Khamis, 2 Julai 2026
MEMUKUL BANDUAN DALAM PENJARA
MEMUKUL BANDUAN
DALAM PENJARA
SAMA SEPERTI
MEMUKUL
S. JIBENG
AMIN
Lima pengawal Penjara Taiping akan didakwa cederakan banduan
Lima warden yang ditempatkan di Penjara Taiping akan didakwa esok (Jumaat) kerana mencederakan banduan dalam insiden yang sebelum ini digambarkan oleh pihak penjara sebagai “rusuhan”.
Tiga warden akan didakwa atas pertuduhan menyerang dan menyebabkan kecederaan manakala dua lagi akan didakwa kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.
Polis pada satu kenyataan hari ini berkata pertuduhan itu berkaitan kecederaan terhadap tiga mangsa.
Pada 17 Jan lalu, sekumpulan besar tahanan yang dipindahkan ke Penjara Taiping diserang oleh pengawal ketika mereka sedang dibawa dari sebuah dewan sementara ke blok penjara yang berada dalam keadaan sangat teruk dan tidak sesuai untuk didiami manusia.
Menurut laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), para banduan sebelum itu gagal mencapai persetujuan dalam rundingan agar mereka tidak dipindahkan ke blok berkenaan.
Bagaimanapun, mereka tidak melawan apabila pengawal memaksa mereka berpindah.
Sebaliknya, pengawal yang bertindak ganas sebelum kemudian menggambarkan banduan terbabit sebagai mencetuskan rusuhan.
Bagaimanapun, bukti CCTV mendapati tiada sebarang kejadian banduan bertindak ganas.
Sebelum ini, Suhakam memulakan siasatan awam berhubung dakwaan lebih 100 tahanan di Penjara Taiping diserang kira-kira 60 warden ketika proses pemindahan dari Dewan B ke Blok E, menyebabkan seorang tahanan, Gan Chin Eng, maut.
Gan ditahan reman di Penjara Taiping sejak 2020 atas kesalahan berkaitan dadah dan sedang menunggu prosiding mahkamah ketika meninggal dunia.
Siasatan awam Suhakam mendapati penderaan dan kecuaian di Penjara Taiping menunjukkan kegagalan sistemik dalam pengurusan dan pentadbiran penjara tersebut.
BUKAN ROKET SAINS
WOIT
BILA HUTAN
DITEBANG AIR
JADI CETEK
AMIN
INI BUKAN
ROKET SAINS
AMIN
DUNIA MAKIN
PANAS & AIR
MAKIN KURANG
AMIN
JANGAN TEBAANG
HUTAN
AMIN
GALI SUNGAI
BUKAN JAWAPAN
HANYA PROJEK
UNTUK KRONI
JUAL PASIR
KHALAS
Sultan Pahang tekankan lagi keperluan atasi isu sungai cetek
Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini mengulangi kebimbangan baginda terhadap isu keperluan mendesak mendalamkan sungai-sungai yang cetek di Pahang.
Titah Sultan Pahang itu, pembinaan benteng penghalang banjir atau pelaksanaan projek tebatan banjir tidak akan berkesan sekiranya dasar sungai terus dibiarkan cetek akibat mendapan.
"Saya sentiasa menekankan bahawa mana-mana kampung atau bandar yang terletak di sepanjang sungai perlu dipastikan aliran sungainya didalamkan.
"Tak guna bina benteng setinggi mana sekalipun jika sungai sarat dengan keladak dan terus menjadi cetek.
"Sungai kita semakin cetek dan air akhirnya akan melimpah ke kawasan sekitar. Ini formula yang sangat mudah... bukannya rocket science (terlalu rumit untuk difahami)," titah baginda.
Al-Sultan Abdullah bertitah demikian ketika merasmikan Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Lembing yang bernilai RM6 juta dan terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar raya Kuantan hari ini.
Hadir sama di majlis itu adalah Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail, Timbalan Menteri Ekonomi yang juga Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah, dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Aiman Athirah Sabu.
Dalam perkembangan sama, baginda turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada atas peruntukan dana yang besar bagi projek infrastruktur di Pahang.
Antaranya termasuk projek tebatan banjir di Sungai Lembing yang bernilai RM100 juta dan mula dilaksanakan pada 2024.
Projek tebatan banjir itu dijadualkan siap sepenuhnya menjelang awal tahun depan.
"Projek-projek ini amat diperlukan kerana Sungai Lembing adalah antara kawasan yang dilanda banjir hampir setiap tahun.
"Jika mahu tahu sama ada Pahang akan banjir atau tidak, lihat Sungai Lembing.
“Jika Sungai Lembing banjir, kemungkinan besar Kuantan juga akan banjir... itu sudah lama menjadi penanda aras bagi kami di Pahang," titah baginda.
Awal tahun lalu, Al-Sultan Abdullah pernah menitahkan agar usaha mendalam dan melebarkan sungai di seluruh negeri dilaksanakan segera.
Baginda menegaskan, isu mendapan itu mengakibatkan banyak sungai di beberapa daerah di Pahang menjadi cetek, sekali gus mengakibatkan limpahan air dan kejadian banjir yang makin kerap berlaku.
Sementara itu, menyentuh mengenai Sungai Lembing, Al-Sultan Abdullah mengimbau sejarah pekan yang menjadi pusat utama aktiviti perlombongan bijih timah dengan mempunyai warisan kaya selain pernah didokumentasikan dalam pelbagai penulisan buku.
"Ia pernah menjadi sebuah bandar perlombongan yang pesat membangun semasa zaman penjajahan British.
"Bagaimanapun, aktiviti perlombongan akhirnya merosot disebabkan faktor ekonomi dan keadaan pasaran ketika itu," titah baginda.
Sungai Lembing pernah digelar El Dorado of the East adalah pusat perlombongan bijih timah utama negara bermula awal 1900-an sehinggalah operasi perlombongannya ditutup sepenuhnya pada 1986.
DUIT BOLEH BELI AMPON
BERAPA JUTA
DOLAR JO LO
LOBI UNTUK
DAPAT AMPUN
AMIN
KALAU ADA DUIT
AMPON MUDAH
SAMPAI
AMIN
KENAPA ANWAR
BIN IBRAHIM
TIDAK BANTAH ?
AMIN
ADA MASYUUUK
KE?
KHALAS
Jho Low mungkin antara 250 individu terima pengampunan Trump sempena Hari Kemerdekaan AS
AHLI perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, dilaporkan antara kira-kira 250 individu yang mungkin dipertimbangkan untuk menerima pengampunan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sempena sambutan ulang tahun ke-250 Hari Kemerdekaan negara itu pada 4 Julai ini.
Menurut laporan The Atlantic, penyanyi kumpulan Fugees, Pras Michel, turut berada dalam senarai individu yang dipertimbangkan untuk menerima pengampunan berkenaan.
Michel sebelum ini disabitkan bersalah kerana berkomplot dengan Jho Low serta seorang pegawai kerajaan China bagi mengatur kempen melobi untuk menghentikan siasatan jenayah AS terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Laporan itu menyebut wakil Jho Low tidak memberi sebarang maklum balas terhadap permintaan media untuk mengulas perkara berkenaan.
Memetik sumber yang mengetahui perbincangan itu, The Atlantic melaporkan Rumah Putih sedang meneliti cadangan mengumumkan 250 pengampunan sempena ulang tahun ke-250 kemerdekaan AS menerusi inisiatif dikenali sebagai '250 pengampunan bagi 250 tahun'.
Bagaimanapun, menurut laporan itu, penasihat Trump masih berbelah bahagi sama ada pengampunan secara besar-besaran itu wajar diteruskan.
Seorang penasihat dilaporkan berkata, meskipun terdapat kajian yang menunjukkan langkah itu boleh memberi kelebihan politik kepada Trump, sebarang keputusan dijangka tidak dibuat sebelum sambutan Hari Kemerdekaan.
Penyokong cadangan itu pula berpendapat pengampunan berkenaan akan menyerlahkan kuasa Presiden selain mengukuhkan imej Trump sebagai pemimpin yang bersifat pemaaf.
Sementara itu, laporan berkenaan turut menyatakan cadangan pengampunan besar-besaran itu mencetuskan pelbagai usaha melobi, termasuk membabitkan pihak dari luar negara yang mahu mendapatkan akses kepada Presiden.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Anwar bin Ibrahim, berkata kerajaan Malaysia tidak akan mengemukakan bantahan sekiranya Jho Low memohon pengampunan daripada Trump.
Beliau dilaporkan berkata, walaupun Putrajaya tidak menyokong usaha berkenaan, keputusan sama ada mahu memberikan pengampunan adalah hak kerajaan AS.
Anwar bin Ibrahim turut menegaskan Jho Low masih perlu berdepan sistem perundangan Malaysia.
Jho Low didakwa menjadi dalang penyelewengan sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion (kira-kira RM17.7 bilion) daripada dana 1MDB bersama dua bekas pegawai Goldman Sachs.
Pada 13 Mei lalu, The Wall Street Journal melaporkan permohonan pengampunan yang dikemukakan Jho Low kepada Trump masih belum diputuskan.
Pada 2024, Jho Low mencapai penyelesaian dengan United States Department of Justice untuk memulangkan AS$100 juta yang menjadi tuntutan dalam saman pelucuthakan sivil.
Skandal 1MDB turut membawa kepada sabitan dan pemenjaraan bekas Perdana Menteri, Najib bin Razak, yang kini turut memohon pengampunan di Malaysia.
AL-FATIHAH
AL-FATIHAH
AMIN
Mohamad Sabu wakili Malaysia ke upacara pengebumian jenazah Ayatollah Ali Khamenei
KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, dijadualkan berlepas ke Tehran, esok, bagi mewakili Malaysia ke upacara pengebumian jenazah bekas Pemimpin Tertinggi Iran, Allahyarham Ayatollah Ali Khamenei.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memaklumkan bahawa beliau menerima jemputan untuk menghadiri upacara berkenaan, namun tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen tugas.
"Bagi upacara pengebumian Khamenei di Tehran, kita akan menghantar Menteri Pertanian untuk mewakili negara," katanya pada sesi soal jawab sempena Meja Bulat Asia-Pasifik ke-37, di sini, hari ini.
Khamenei, 86, terkorban di kediamannya di tengah Tehran pada 28 Februari lalu akibat serangan bersama dilancarkan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran.
Jenazah Allahyarham akan disemadikan di Maqam Imam Reza di Mashhad pada 9 Julai ini selepas siri upacara penghormatan terakhir dan perarakan jenazah yang berlangsung di Tehran serta Qom.
Majlis penghormatan terakhir Allahyarham dijadualkan berlangsung selama enam hari bermula 4 Julai ini.
MADAFAKA BUAT KAYA BERSAA GENG
MADAFAKA
YANG BERKUASA
BUAT KAYA
BERSAMA GENG
AMIN
Unknown commented on
"PEJABAAT DUTA AMERIKA DI BEDIL"
Mengapa semua kategori penjahat menjadi pemerintah sekarang? Adakah sudah sampai kiamat? Atau sengaja manusia mengangkat tangan yang perasuah pencuri perompak perogol sebagai pemimpin negara? Kah kah kah kah adakah kerana ada peluang dan ruang untuk cuci segala kemungkaran yang sudah sedang dibuat? Kah kah kah kah
Unknown commented on
"KEMPEN ANTI ROHINGYA
DI TERUSKAN"
Siapa jaga agensi kerajaan sekarang? Team baru Madafaka yang tidak menang pilihanraya pun, ketua siapa sama juga tidak mendapat sokongan majoriti rakyat, tetapi sebaik berkuasa mula buat projek keuntungan sendiri makan komisen pembelian setiap projek atas nama agama bangsa negara amin kah kah kah kah
Unknown commented on
"UNDANG UNDANG
KAWAL SUARA RAKYAT"
Betul lah Madafaka semakin teruk sekarang, yang ada duit buat jenayah apapun akan dilepaskan, orang-orang biasa dikenakan tindakan undang-undang, ini berlaku di semua agensi kerajaan, tak kira jabatan apa, semuanya mengharapkan duit kopi untuk bekerja, tak ada lagi etika,
agama digunakan sebagai pelindung pelacuran sekarang, kalau penjenayah pun sedar undang undang hanya kepada yang tiada duit mampus, sekarang ini penjenayah siber dilindungi oleh bank polis pendakwaan semuanya bebas manakala mangsa terus ditekan untuk mengakui demi keuntungan mereka amin kah kah kah kah
MALAM KEMARIN
MALAM KEMARIN
DI TENGAH MALAM
KETIKA BULAN MEGAMBANG
MALAM TANPA BINTANG
KERANA DALAM DALAM KOTA
LE CHATEAU SUNYI
JALAN PENUH CAHAYA
SATU MALAM YANG INDAH
DI RAKA MUNTUK KENANGAN
AMIN
SADIQ CALON WEF ?
SAHIH KE SADIQ
CALON WEF?
AMIN
JIKA SAHIH
TERIMA KASIH
BERI MAKLUM
KHALAS
Unknown commented on
"CARI JANTAN LAIN !"
mamat ni WEF Young Global Leader..
anak angkat Klaus Schwab
commie boomer mana tau benda ni
masih duk cerita politik left-right
FAHMI TIKUS LACHAU 3R
FAHMI TIKUS
HILANG DI MANA?
AMIN
SELALU GILA
BERTINDAK BILA
MAT REMPIT
KUTUK RAJA
KAH KAH KAH
BILA ZAKAR SHI
BILA TONI PUA
KUTUK RAJA
KENAPA TAK
BERANI
BERTINDAK
KAH KAH KAH
KLIM KERAJAAN
TITAH - 3R LANCAU
KHALAS
Pua: Bolehkah saya saman fitnah seseorang yang berkuasa?
Ketua jawatankuasa disiplin DAP Tony Pua membangkitkan persoalan mengenai risiko memulakan tindakan undang-undang terhadap mereka yang mencemarkan reputasinya.
Itu kali kedua dia mengemukakan kebimbangan sedemikian secara terbuka dalam tempoh dua minggu.
Kenyataannya tertumpu kepada sama ada seseorang patut membawa “seseorang yang berkuasa” ke mahkamah, dan sama ada berbuat demikian akan mengundang lebih banyak laporan polis terhadapnya.
“Jika seseorang yang berkuasa tersilap fakta dan mencemarkan reputasi saya, bolehkah atau patutkah saya menyaman kerana memfitnah?
“Adakah saya mempunyai hak untuk membela diri? Atau adakah saya akan menerima lebih banyak laporan polis?” soalnya dalam hantaran ringkas di Facebook.
Dia tidak menyebut sebarang nama atau insiden khusus.
Namun tulisan bekas anggota parlimen itu dibuat selepas titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai laluan LRT3 Shah Alam.
Malaysiakini telah menghubungi Pua untuk mendapatkan komennya.
Mei lalu, laporan polis dibuat terhadapnya susulan kenyataannya bahawa Malaysia mengamalkan sistem raja berpelembagaan yang mana kuasa raja-raja Melayu secara amnya terhad kepada bidang tertentu.
Dia juga berkata rakyat Malaysia tidak “hidup dalam sistem yang mana raja boleh mengeluarkan titah perintah mengikat yang menggubal semua aspek kehidupan kita”.
Pada masa itu, kenyataan Pua dipercayai dibuat susulan titah Sultan Sharafuddin yang mencadangkan anggota Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan Wong Siew Ki dan bekas exco kerajaan negeri Ronnie Liu melawat Dataran Selangor untuk lebih memahami maksud Rukun Negara.
Awal hari ini, Malaysiakini melaporkan Sultan Sharafuddin, menteri kewangan sebelum ini Lim Guan Eng dan Pua, sebagai pembantu menteri, mengurangkan kos pelaburan projek LRT3.
Titah baginda perkara itu dilakukan kerana mereka menganggapnya sebagai projek mega serta tidak faham bahawa LRT3 dibina untuk kemudahan rakyat.
Sultan Sharafuddin menambah bahawa saiz setiap stesen dikecilkan, bilangan gerabak dikurangkan, dan lima stesen dibatalkan.
Bagaimanapun, baginda mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana mengembalikan semula lima stesen yang dibatalkan dan meluluskan pembinaan rumah mampu milik di sekitar stesen dan di sepanjang laluan LRT3.
Pada 22 Jun, Pua juga mengemukakan soalan yang sama, sambil memikirkan sama ada berbuat demikian boleh menyebabkan dia menghadapi masalah bawah Akta Hasutan.
Seperti hantaran terbarunya, dia tidak menyebut sebarang nama, tetapi kenyataan itu hadir selepas komen Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika negeri itu bersiap sedia untuk pilihan raya negeri.
“Apabila ahli keluarga diraja kanan terlibat secara terbuka secara langsung (atau secara tidak langsung) dengan politik dan kempen politik, menunjukkan berat sebelah dan keberpihakan, adakah mereka tidak tertakluk kepada sanggahan dan bidasan?” soal Pua.
"Dalam kes sedemikian, adakah ahli keluarga diraja ini kebal daripada kritikan? Adakah Akta Hasutan masih terpakai?” katanya lagi.
PENDATANG HARAM BAWA JENAYAH
PEDATANG HARAM
DARI CHINA
LEBIH BAHAYA
DARI ROHINGYA
KHALAS
Polis tumpas sindiket pertaruhan Piala Dunia FIFA 2026 dalam talian, tahan 32 warga China
KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan satu sindiket pertaruhan bola sepak dalam talian sempena Piala Dunia FIFA 2026 susulan penahanan 32 warga China dalam serbuan di sebuah unit kedai pejabat di Cheras, awal pagi semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus, berkata serbuan pada 2.40 pagi itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras yang menyaksikan penahanan 29 lelaki dan tiga wanita berusia antara 20 hingga 40 tahun.
Beliau berkata polis turut merampas 28 komputer, telefon bimbit pelbagai jenama, modem internet serta pelbagai peralatan lain yang dipercayai digunakan dalam kegiatan berkenaan.
"Sindiket ini didapati mengendalikan pertaruhan bola sepak menerusi laman web 6288.com dan menggunakan unit kedai pejabat berkenaan sebagai pusat operasi yang telah beroperasi selama tiga minggu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Fadil berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 4(1)(e) Akta Pertaruhan 1953 dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63.
"Kesemua suspek direman selama empat hari sehingga 4 Julai ini bagi membantu siasatan," katanya.
Beliau berkata Polis Kuala Lumpur akan terus mempergiat Op Soga XI sepanjang tempoh Piala Dunia FIFA 2026 dengan memberi tumpuan terhadap ejen pertaruhan, penganjur dan individu yang terbabit dalam kegiatan perjudian sama ada secara fizikal mahupun dalam talian. BERNAMA
TABUR SEMAI BENIH REPUBLIKAN
TABUR SEMAI
BENIH
REPUBLIKAN
KHALAS
Unknown commented on
"BENIH REPUBLIKAN"
dulu pembela elitis.
pangkat kebesaran pingat yang tersemat di dada.
rasa megah waktu terima mengadap untuk gambar itu digantung di dinding rumah buat tatapan orang.
tanda awak orang kenamaan ada pangkat itu ini pernah mengadap ketua negeri.
bila pihak yang mengurniakan pangkat pingat semua itu tidak menyebelahi awak, maka keluar kenyataan macam ini ya?
kenapa tidak keluar kenyataan macam ini sewaktu mengadap terima pangkat pingat kebesaran?
atau awak kutip pangkat pingat kebesaran itu di tepi jalan?
BERSATU GULINGKAN MADAFAKA
WAJIB BERSATU
SATU TUJUAN
GULINGKAN
MADAFAKA
AMIN
Unknown commented on
"NGA KO MENG BANTU
MELAYU BERSATU"
Penyatuan melayu? Ohhh please fuck off berapa parti melayu daa, kalahkan mic dan mca..kakakaka...











