Ahad, 8 Mac 2026
PKR TAKUT PADA RAFIZI - KENAPA ?
KENAPA PKR
TAKUT PECAT
RAFIZI
AMIN
APA MAKLUMAT
ANWAR BIN
IBRAHIM ADA
PADA RAFIZI?
KHALAS
ZIONIS NAK JATUHKAN ANWAR BIN IBRAHIM
ZIONIS AMERIKA
JATUHKAN NAJIB
AMIN
ZIONIS AMERIKA
NAIKKAN ANWAR
BIN IBRAHIM
AMIN
SEKARANG ADA
KOMPLOT ZIONIS
NAK JATUHKAN
ANWAR BIN
IBRAHIM
AMIN
TURUN
TURUN TURUN
KHALAS
Pendedahan: Gesaan agar AS campur tangan, dakwaan 'pelampau Islam' dalam laporan disediakan PKR dan perunding Washington
Walaupun Anwar bin Ibrahim menyatakan perkhidmatan perunding asing pada 2016 untuk partinya hanya bertujuan mendesak pembebasannya dari penjara, penelitian sebuah laporan panjang lebar yang disediakan bersama oleh pelobi berpangkalan di Washington dan seorang pemimpin kanan PKR menunjukkan ia sarat dengan tuduhan terhadap kerajaan Najib Razak mengenai "pelampau Islam" dan tindakan "menghalang kebebasan", MalaysiaNow boleh mendedahkan.
Dokumen setebal 84 muka surat itu bertajuk "Kertas Putih mengenai kes Anwar bin Ibrahim: Warganegara Malaysia lwn Kerajaan Malaysia", disediakan bersama oleh pemimpin PKR Sivarasa Rasiah dengan Jared Genser, seorang peguam Amerika Syarikat yang mengetuai Perseus Strategies, firma guaman dan perundingan politik berpangkalan di Washington yang pernah menawarkan khidmatnya kepada perdana menteri.
Dokumen bertarikh 17 April 2016 itu bertujuan memujuk pentadbiran Presiden Barack Obama ketika itu supaya menumpukan perhatian lebih dalam politik dalaman Malaysia dengan matlamat agar kerajaan AS menggunakan pengaruhnya untuk menyuarakan bantahan terhadap kerajaan Najib.
Ia merupakan penulisan yang sarat dengan pandangan keras mengenai sistem keadilan, politik dan ekonomi Malaysia, dan berulang kali menggunakan istilah kontroversi seperti "ekstremisme agama", "fundamentalisme Islam", "Islam konservatif", dan "dasar Islamisasi tanpa keterbukaan" bagi menguatkan hujah mengenai apa yang disifatkan sebagai ancaman yang dibawa kerajaan Najib.
"Sementara itu, pentadbiran Najib juga telah membawa Malaysia ke arah peningkatan Islamisasi. Pemimpin kanan dalam parti Umno pimpinan Najib secara terbuka menyokong seruan golongan Islam konservatif di utara untuk melaksanakan undang-undang jenayah Islam, atau hudud," menurut dokumen itu.
Seorang ahli Parlimen kanan PKR memberitahu MalaysiaNow bahawa dokumen tersebut telah "diedarkan kepada beberapa ahli Kongres AS".
dossier_genser_PKRDosier itu turut merujuk kepada kontroversi mengenai pengharaman penggunaan kalimah "Allah" dalam teks keagamaan bukan Islam, sambil memberi amaran mengenai penerapan dasar Islam di jabatan-jabatan kerajaan.
"Najib sendiri menyokong larangan mahkamah terhadap orang bukan Islam daripada penggunaan perkataan 'Allah', dan pentadbiran Najib telah mewujudkan 'Indeks Syariah' untuk mengukur sejauh mana kerajaan mematuhi prinsip-prinsip Islam merentasi isu perundangan, ekonomi, politik dan sosial dengan matlamat utama untuk membawa penjajaran yang lebih rapat.
"Trend ke arah Islamisasi konservatif dan tidak liberal ini merunsingkan kira-kira satu pertiga penduduk negara ini yang bukan Islam," tambahnya.
Pada 2 Mac, MalaysiaNow mendedahkan kandungan e-mel melibatkan pemimpin kanan PKR pada 2016, yang menunjukkan bagaimana Genser diupah untuk menjalankan kempen intensif bukan sahaja untuk membebaskan Anwar yang ketika itu sedang menjalani hukuman penjara atas sabitan liwat, tetapi juga untuk meyakinkan White House supaya mengenakan tekanan "sangat keras" ke atas kerajaan Najib.
Ia ketika Putrajaya meningkatkan serangan terhadap keluarga Daim Zainuddin kerana mendapatkan khidmat sebuah firma perhubungan awam luar negara bagi melawan tuduhan terhadap bekas menteri kewangan itu, di mana pihak berkuasa mengumumkan siasatan "konspirasi menjatuhkan kerajaan" melibatkan balunya Na'imah Khalid dan agensi berita kewangan Bloomberg.
E-mel daripada Genser itu mencadangkan anak sulung Anwar bin Ibrahim, Nurul Izzah, mengadakan kunjungan ke AS untuk mendepani kempen perhubungan awam yang melibatkan "pertemuan di peringkat tertinggi dengan White House dan Jabatan Negara", di samping penerbitan artikel di media bagi menonjolkan isu permohonan pengampunan diraja oleh Anwar bin Ibrahim.
Pendedahan itu mencetuskan persoalan mengenai sikap pilih kasih kerajaan di sebalik kempen oleh Anwar bin Ibrahim dan pihak berkuasa untuk memburukkan keluarga Daim kerana mendapatkan khidmat firma perhubungan awam asing dalam usaha menangkis tuduhan terhadap bekas menteri kewangan itu.
Polis setakat ini telah mengumumkan siasatan terhadap Na'imah dengan menggunakan undang-undang berkenaan "menggulingkan kerajaan", berdasarkan laporan polis oleh seorang bekas wartawan yang pernah dipecat daripada pasukan komunikasi keluarga Daim.
Laporan polis itu mendakwa bahawa pendedahan oleh Bloomberg mengenai kaitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan "mafia korporat" mungkin merupakan sebahagian daripada rancangan untuk menggulingkan kerajaan Anwar.
Beberapa hari kemudian, Anwar bin Ibrahim mendakwa tokoh Zionis "terkemuka" dan pihak bank turut terlibat dalam rancangan Na'imah, sambil mempertahankan kempen perhubungan awamnya di AS sedekad lalu sebagai hanya tertumpu kepada usaha membebaskannya dari penjara.
Tuduhan itu ditolak oleh peguam Na'imah yang menyatakan aktiviti perhubungan awamnya bertujuan meyakinkan sektor perbankan yang berkaitan dengan dunia perniagaan Daim tentang daya maju kewangan, ketika tokoh perniagaan itu menjadi sasaran serangan Anwar bin Ibrahim dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam bin Baki.
"Tidak ada apa-apa pun mengenai usaha mengguling atau melemahkan kerajaan Malaysia," kata peguam.
Aduan Nurul Izzah kepada Washington: 'Sengketa kaum', 'ekstremisme agama'
Sementara itu, laporan disediakan Sivarasa dan Genser turut memuatkan rencana dan artikel mengenai politik Malaysia yang diterbitkan di akhbar AS, di samping petisyen menggesa pembebasan Anwar yang ditandatangani oleh aktivis, ahli akademik dan pemimpin politik Barat.
Najib_Obama_golf_hawaiiSalah satu artikel itu secara terbuka mengisytiharkan kandungannya: "Apa yang perlu Obama lakukan di Malaysia," menurut tajuk rencana yang diterbitkan oleh US News and World Report di bawah nama Nurul Izzah pada November 2015, menjelang Sidang Kemuncak Asean-AS ke-3 di Kuala Lumpur yang dihadiri Obama.
Dalam penulisannya, Nurul Izzah mengetengahkan pelbagai aduan mengenai Najib.
"Najib kehilangan sokongan rakyat, di mana tinjauan umum mendapati kurang satu dalam empat rakyat Malaysia menyokong kepimpinannya. Matlamat taktik Najib di Malaysia adalah meningkatkan sengketa antara puak, ketidakseimbangan ekonomi dan persekitaran sesuai untuk percambahan ekstremisme di kalangan sebahagian besar penduduk yang tidak dilibatkan dan tidak berpuas hati," tulisnya.
Beliau seterusnya menyentuh halangan yang dikenakan terhadap beberapa pengkritik Najib, termasuk Rafizi Ramli, kini ahli Parlimen Pandan yang beliau sendiri singkirkan secara kontroversi tahun lalu dalam pertandingan merebut jawatan kedua tertinggi dalam PKR selepas bapanya.
Beliau menuduh Umno mencetuskan ketegangan kaum dan ekstremisme agama, "yang merupakan satu lagi masalah yang semakin meningkat di Malaysia", tulisnya.
Menurutnya, AS harus "berdiri bersama semua rakyat Malaysia yang percaya bahawa hak asasi manusia tidak boleh dicabul dan menilai semula kesetiaannya kepada kerajaan yang korup itu".
"Presiden Obama harus menekankan kepada Najib bahawa kepelbagaian budaya dan reformasi demokrasi merupakan satu-satunya cara berkesan untuk mengurangkan ekstremisme agama, serta membendung gelombang ekstremisme di negara kita.
"Dan beliau mesti menyatakan secara terbuka untuk membebaskan ayah saya dan tahanan politik lain," tulis Nurul Izzah.
Tiga bulan kemudian, Genser menulis artikel bernada keras yang membidas Najib, dalam jurnal terbitan The Berggruen Institute, sebuah badan pemikir berpangkalan di Los Angeles yang ahlinya terdiri daripada hartawan kontroversi seperti Eric Schmidt dan Elon Musk, dengan pandangan mengenai demokrasi yang dikritik sebagai berat sebelah dan pro-Barat.
Menulis dalam The World Post, Genser menuduh Najib berpaut pada kuasa dengan memanipulasi persempadanan kawasan pilihan raya, memenuhi tuntutan "etnik Melayu Islam konservatif", melaksanakan dasar pecah belah, dan mengambil tindakan tegas terhadap masyarakat sivil dan media.
Beliau memberi amaran kepada Obama supaya mengambil "hala tuju baharu".
"Obama mesti secara terbuka menuntut pembebasan segera Anwar dan pembatalan tuduhan bermotif politik seperti hasutan dan jenayah lain yang disasarkan kepada ramai aktivis di Malaysia. Sekiranya Obama berdiam diri, ia samalah seperti memberi Najib lesen untuk bertindak sewenang-wenangnya," tulis Genser.
RAFIZI TAK PERLU RISAU
KAH KAH KAH
KES INI SAJE NAK
ALIH CERITA
KORPORAT MAFIA
AMIN
ANWAR NIN
IBARAHIM
TAK BERANI BUKA
KAH KAH KAH
MADAFAKA
TERLIBAT SAMA
KHALAS
Saya sedang menunggu bila SPRM nak panggil – Rafizi
SUBANG JAYA – Rafizi Ramli mendakwa sehingga kini beliau masih belum menerima sebarang panggilan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi kenyataan berhubung siasatan Arm Holdings walaupun siasatan itu telah berlangsung lebih sebulan.
“Setakat ini tiada sebarang maklum balas atau arahan rasmi diterima daripada SPRM sama ada melalui panggilan telefon, emel mahupun media sosial.
“Saya pun sedang menunggu bila dia nak panggil saya, bila dia nak ambil kenyataan saya. Sehingga sekarang masih belum ada apa-apa maklum balas ataupun perintah daripada SPRM,” katanya kepada media selepas melancarkan Program Pinjam Gajet oleh Ayuh Malaysia di sini, hari ini.
Rafizi yang merupakan bekas Menteri Ekonomi berkata, sekiranya pihak berkuasa ingin menghubunginya, ia bukan perkara sukar kerana banyak saluran komunikasi yang boleh digunakan termasuk emel atau mesej di platform media sosial.
Beliau berpandangan, kelewatan tersebut mungkin kerana siasatan masih belum mempunyai bukti kukuh berkaitan sebarang pelanggaran peraturan seperti yang disebut oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sebelum ini.
Menurutnya, SPRM pada peringkat awal memaklumkan siasatan tersebut bukan berkaitan wang, sebaliknya melibatkan kemungkinan pelanggaran peraturan.
“Kalau bersabit dengan pelanggaran peraturan, sebelum mereka boleh memanggil saya, mereka kena cari bukti dulu pelanggaran itu,” katanya.
Beliau berkata, SPRM juga difahamkan telah memanggil beberapa pegawai kanan kerajaan bagi membantu siasatan termasuk Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Dalam pada itu Rafizi mendakwa, siasatan terhadap isu tersebut berkemungkinan menjadi usaha untuk mengalih perhatian daripada isu lain yang melibatkan Azam.
Katanya, jika benar terdapat kes kukuh terhadapnya, beliau percaya tindakan seperti penahanan reman dan pertuduhan sudah lama dilakukan berdasarkan corak tindakan SPRM dalam kes sebelum ini.
“Kalau betul ada sesuatu yang boleh disiasat dan didakwa, saya dah lama kena reman. Tetapi, kes ini sudah lebih sebulan dan saya masih belum dipanggil untuk memberi satu patah kenyataan pun,” katanya.
Mengulas kemungkinan individu lain dipanggil membantu siasatan, Rafizi berkata, perkara itu bergantung sepenuhnya kepada SPRM.
Bagaimanapun, beliau menyifatkan beberapa pemimpin kanan kerajaan turut terlibat dalam program berkenaan termasuk Anwar bin Ibrahim dan Menteri Kewangan II, i Amir Hamzah Azizan.
Katanya lagi, program kerajaan berskala besar lazimnya melibatkan ramai pegawai termasuk pegawai di Jabatan Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri yang menghadiri pelbagai mesyuarat berkaitan.
SPRM sebelum ini mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung satu perjanjian mega antara kerajaan Malaysia dengan Arm Holdings yang dianggarkan bernilai RM1.11 bilion.
Ia susulan penelitian SPRM terhadap maklumat diberikan beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung seorang bekas menteri kanan sebuah kementerian dan siasatan awal SPRM mendapati perjanjian mega tersebut dipercayai dimeterai secara tergesa-gesa oleh Kementerian Ekonomi.
Rafizi pada Khamis mendedahkan, peranan Anwar dalam isu pelaburan kontroversi yang sedang disiasat itu susulan SPRM memohon bantuan awam mengesan bekas pembantunya, James Chai.
Beliau turut mendakwa, Anwar sendiri yang meminta mereka menyusun pertemuan dengan gergasi semikonduktor tersebut. – MalaysiaGazette
BARU KITA FAHAM !!!
WOIT
BARU KITA
SEMUA FAHAM
KENAPA MUHYIDIN
BIKIN KACAU
DALAM BERSATU
DAN PN
KAH KAH KAH
ADA KES
BOLEH KENA PAU
KHALAS
Bicara kes salah guna kuasa, pengubahan wang haram Muhyiddin bermula esok
KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin atas pertuduhan menyalahgunakan kedudukan melibatkan suapan berjumlah RM232.5 juta dan menerima wang RM200 juta hasil aktiviti haram bermula esok di Mahkamah Tinggi, di sini.
Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin, berkata prosiding kes itu akan bermula pada jam 9 pagi di hadapan Hakim Noor Ruwena Md Nurdin.
"Perbicaraan akan bermula dengan pihak pendakwaan menyampaikan kenyataan pembukaan yang menggariskan pertuduhan serta bukti terhadap tertuduh dan dua saksi akan memberi keterangan esok," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Pada 10 November tahun lalu, Hakim Noor Ruwena menetapkan 29 hari untuk perbicaraan kes itu yang dijadualkan pada 9 hingga 11 Mac; 13, 16, 28 dan 29 April; 25 dan 26 Mei; 6 hingga 10, 13 hingga 17 serta 27 hingga 29 Julai, dan bersambung pada 17 hingga 21 dan 26 serta 27 Ogos 2026.
Kira-kira 30 saksi pendakwaan akan dipanggil untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes itu.
Pada 7 Oktober 2025, Jabatan Peguam Negara menolak representasi Muhyiddin bagi menggugurkan tujuh pertuduhan terhadapnya.
Muhyiddin, 78, yang ketika kejadian memegang jawatan Perdana Menteri dan Presiden BERSATU, didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM232.5 juta berkaitan Projek Jana
Wibawa daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi parti berkenaan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.
Ahli Parlimen Pagoh itu didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Seksyen terbabit memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Beliau juga berdepan tiga pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM200 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun Ambank dan CIMB Bank milik Bersatu di cawangan bank berkenaan di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur antara Februari 2021 dan Julai 2022.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.
RAYA HARI JUMAAT?
RAYA HARI
JUMAAT?
SABTU?
KAH KAH KAH
SEKALI LAGI
UMAT ISLAM
KELAM KABUT
KAH KAH KAH
AMIN
Aidilfitri jatuh pada Jumaat, 20 Mac di UAE
SHARJAH: Akademi Sains Astronomi, Angkasa Lepas dan Teknologi Sharjah (SAASST) melalui balai cerap astronominya mengeluarkan penentuan astronomi tepat mengenai anak bulan Syawal 1447 Hijrah, yang dijangka berlaku pada Jumaat, 20 Mac, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).
Menurut SAASST, 20 Mac akan menandakan hari pertama Aidilfitri di seluruh Emiriah Arab Bersatu, sekali gus mengesahkan yang Ramadan akan genap 30 hari.
Ia berkata pengiraan astronomi menunjukkan tiada anak bulan yang kelihatan pada Rabu, 18 Mac (29 Ramadan), iaitu malam cerapan anak bulan.
Pada malam itu, bulan terbenam sebelum matahari di ufuk barat, justeru Khamis, 19 Mac akan melengkapkan bulan Ramadan.
Balai cerap itu memaklumkan yang kesebarisan permukaan bulan di langit Sharjah akan berlaku pada 4:24 pagi waktu UAE pada Khamis.
Menjelang waktu matahari terbenam pada hari itu, usia anak bulan hanya kira-kira14 jam enam minit, dengan jarak sudut 6.5 darjah dari matahari dan berada kira-kira enam darjah di atas ufuk barat, serta hanya bertahan 29 minit selepas matahari terbenam.
Keadaan kritikal ini menjadikan pencerapan anak bulan hampir mustahil, walaupun menggunakan teleskop dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar di kawasan tempatan.
Menurut laporan itu, teknik pengimejan canggih mungkin dapat merakam imej samar anak bulan, namun kebarangkaliannya masih rendah.
Walau bagaimanapun, beberapa negara Arab dan Islam mungkin berjaya melihat anak bulan sama ada dengan mata kasar atau teleskop kerana faktor geografi yang lebih sesuai.
SAASST menegaskan ramalannya yang dengan izin Allah, Jumaat 20 Mac akan menandakan 1 Syawal dan sambutan Aidilfitri bagi UAE dan kebanyakan negara Islam.
Namun, negara yang bergantung sepenuhnya kepada cerapan mata kasar atau teleskop khususnya yang memulakan Ramadan pada Khamis, 19 Februari, bukannya Rabu seperti di UAE mungkin akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac.
PRESIDEN TRUMP DIMINTA ARAH SOLDADU MASUK KE BUMI IRAN
TRUMP WAJIB
ARAH SOLDARU
MASUK KE IRAN
AMIN
RAKYAT IRAN
DAH LAMA TUNGGU
KAH KAH KAH
KHALAS
JANJI SEJATI - JANJI DI TEPATI
JANJI SEJATI
JANJI DITEPATI
AMIN
Unknown commented on
"JANJI SEJATI
KHORRAMSHAHR SAMPAI"
janji iran bukan janji dicapati
PELURUH BERPANDU BERANAK-ANAK
PELURU BERPANDU
BERANAK-ANAK
AMIN
Unknown commented on
"PELURU BERPANDU
BARU DARI IRAN"
Ini canggih peluru boleh beranak banyak...kakakaka..hantar semua weiiiii...kasi sama dia...nanti peluru abih tunggu ler...balasan...kakakaka..
GULINGKAN KERAJAAN UNTUK SELAMATKAN MALAYSIA
GULING KERAJAAN
KALAU NAK LIHAT
ORANG JAHAT
MASUK PENJARA
AMIN
BUKAN MALAIKAT
YANG PERLU DI GERUNI
Tamrin Tun Ghafar
Sabtu - 07/03/26
1. Kalau betul lebih 2/3 sokongan yang di banggakan selama ini yang menjadi benteng Anwar di Parlimen , kini benteng tersebut sudah mula bocor dan roboh , jika tidak mengapa kalah pengundian baru - baru ini
2. Bukan itu sahaja , ada 3 lagi Rang Undang - Undang ( RUU ) yang di bentangkan Kerajaan Madanon di tarik balik atas alasan yang tidak munasabah dan tidak masuk akal iaitu bagi tujuan membaik pulih RUU tersebut
3. Penarikan tersebut SEBENAR NYA Kerajaan Anwar takut rahsia sebenar apa yang di bangga - bangga kan itu bukan lah SEBENAR NYA reality tetapi sudah menjadi mimpi ngeri
4. Bukan sahaja rakyat biasa , malah masih terdapat beberapa Ahli Parlimen penyokong Kerajaan TERNGANGA mendengar ucapan Anwar yang di penuhi retorik dan pembohongan seolah - olah ayer kencing Anwar itu manis di minum
5. Jumlah RUU yang di bentangkan atau termasuk di tarik balik SEBELUM SEMPAT di bentangkan ada 4 kesemuanya
6. Bermula dengan RUU Batu Puteh ; Kerajaan membentangkan berdasarkan Lapuran RCI yang di tubuhkan atas arahan Agong sendiri kerana DENDAM
7. Tujuan utama RUU itu ialah mempenjarakan Tun Dr. Mahathir yang konon nya cuai menjalankan tugas Perdana Menteri sehingga menyebabkan MARUAH Bangsa dan Negeri Johor tercalar tetapi sebenar nya Sultan Sir Ibrahim , moyang kepada Agong sekarang lah yang mengadaikan pulau tersebut kepada Singapura melalui sepucuk surat bertarikh 21 hb September 1955
8. Selepas 10 Ahli Parlimen berucap memberi pandangan masing - masing , RUU atau Bil tersebut di tarik balik dengan alasan Kerajaan hendak baik pulih LAPURAN ASAL RCI TERSEBUT
9. Bagaimana Kerajaan boleh lakukan baik pulih terhadap lapuran RCI tersebut , Wallahualam !!
10. RUU URA atau RUU Urban Renewal Act sudah beberapa kali di baik pulih dan di bentangkan semula , akhir nya Kerajaan terpaksa tarik balik . Sehingga sekarang RUU URA itu senyap saja
11. Entah bila kedua - dua RUU atau Bil tersebut akan di bentangkan semula itu menjadi tanda tanya
12. Baru - baru ini RUU yang menghadkan tempoh Perdana Menteri TELAH KALAH
13. Kesokan hari nya RUU memisahkan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya di tarik balik ; mengapa ? tiada alasan yang di beri - mungkin TAKUT KALAH sama seperti RUU sehari sebelum nya
14. Alasan menarik balik membuktikan Kerajaan MEMANDANG RENDAH taraf Ahli - Ahli Parlimen samada yang menyokong atau pun yang menentang dengan membentangkan RUU atau Bil yang tidak di kemas kini
15. Perkara sama walaupun hanya 1 sahaja RUU atau Bil KALAH jika berlaku di Negara - Negara yang mengamalkan demokrasi seperti Malaysia , Perdana Menteri Negara tersebut seperti di Great Britain , Jepun dan South Korea AKAN LETAK JAWATAN SERTA MERTA , melainkan di Malaysia yang mana Anwar selaku Perdana Menteri TIDAK PEDULI DAN TIDAK BERMORAL LANGSUNG kerana terlalu taksub dan gila kuasa
16. Di England , Andrew , adik kepada King Charles di tangkap polis oleh kerana perhubungan beliau lapuran tersebut mengatakan ia nya karut ; kalau karut , bukan kah MUDAH Anwar menang dan membersihkan diri
20. Sudah hampir setahun rancangan Anwar menyaman BLOOMBERG juga hanya dongen kosong sahaja dalam isu konon nya 'fitnah' beliau mengarahkan Azam Baki tidak terus menyiasat Farhash Wafa Salvador
21. Sudah hampir 2 tahun Peguam Negara dan Polis MASIH bermain ping pong tidak menggambil kenyataan Anwar dan Farhash berhubung kes saman Yusoff Rawther terhadap mereka berdua
22. Sedarkah Peguam Negara dan IGP , mereka AKAN DI DAKWA kerana GAGAL menjalankan tugas apabila Anwar hilang kuasa
23. Semasa itu TIDAKAH mereka merasa malu kepada anak bini , saudara mara di kampung , jiran dan kawan - kawan apabila di gari dan berpakaian penjara ?
24 . Taktik Anwar melambat kan perbicaran dengan pada saat akhir menukar Peguam Bela beliau dan dengan itu meminta penangguhan
25. 3 hari lepas Anwar di denda Mahkamah RM50,000 kepada Yusoff Rawther kerana MENARIK BALIK IMUNITI yang di pohon beliau
26. Anwar ini TIDAK BOLEH DI PERCAYAI LANGSUNG , KAKI PEMBOHONG DAN KAKI KELENTONG
27. BAK KATA TUN DR. MAHATHIR :
ANWAR ADALAH
PATHOLOGICAL LIAR
TAK BOLEH DI UBATI LAGI
28. Anwar bukan Nabi dan Malaikat yang harus di geruni
Wassalam
Terima Kasih
POLIS NAIK TARAF
SATU MALAYSIA
SEMUA TAHU
POLIS KAKI PAU
KAH KAH KAH
SEKARANG POLIS
DAH NAIK TARAF
KAH KAH KAH
DENGAN BANGGA
POLIS MENYAMUN
KHALAS
Dua pegawai, seorang anggota polis ditahan terlibat kes samun di Gombak
KUALA LUMPUR – Dua pegawai kanan polis dan seorang anggota antara enam individu yang ditahan susulan kes samun berkumpulan di Gombak, 27 Februari lalu.
Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu jam 7.30 pagi dan operasi khas mengesan serta menangkap suspek dilancarkan.
“Hasil siasatan serta risikan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Selangor bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak telah membuat siri tangkapan bermula 2 Mac lalu.
“Seramai enam lelaki tempatan ditahan di beberapa lokasi berbeza melibatkan tiga suspek dikenal pasti sebagai penjawat awam (dua pegawai kanan dan seorang anggota).
“Manakala tiga lagi adalah orang awam di mana salah seorang daripadanya mempunyai 20 rekod lampau dan kesemua suspek kini direman sehingga 8 Mac,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah beliau, dalam operasi itu polis turut merampas wang tunai berjumlah RM1,498, pelbagai barang kes termasuk kenderaan jenis Mercedes Benz, Cherry Omoda 5, Van Hiace.
“Selain itu, turut dirampas tiga helai vest bertulis ‘polis’, dua ketulan emas seberat 100gram dan 13 telefon bimbit pelbagai jenama.
“Polis juga giat mengesan dua lagi suspek yang masih bebas hasil pendedahan maklumat daripada suspek yang ditangkapan,” jelasnya.
Tegas beliau, siasatan telus dan menyeluruh sedang dijalankan tanpa kompromi, walaupun tindakan kes tersebut melibatkan pasukan sendiri.
Jelasnya lagi, tindakan tegas akan diambil bagi memastikan integriti dan keselamatan masyarat sentiasa terpelihara. – MalaysiaGazette




.png)

