Ahad, 8 Mac 2026

KIBARKAN BENDERA MERAH


KIBARKAN BENDERA

MERAH

KHALAS 

FATWA JIMATKAN TRUMP & NETANYAHU


FATWA BARU

JIMATKAN

TRUMP & SETANYAHU

AMIN

PKR TAKUT PADA RAFIZI - KENAPA ?

 

KENAPA PKR

TAKUT PECAT 

RAFIZI

AMIN

APA MAKLUMAT 

ANWAR BIN 

IBRAHIM ADA

 PADA RAFIZI?

KHALAS

RAYA NAK BERJALAN - PAKAI MINYAK BANYAK


RAYA NAK BERJALAN

PAKAI MINYAK BANYAK

KHALAS

ZIONIS NAK JATUHKAN ANWAR BIN IBRAHIM


ZIONIS AMERIKA

JATUHKAN NAJIB

AMIN

ZIONIS AMERIKA

NAIKKAN ANWAR

BIN IBRAHIM

AMIN

SEKARANG ADA

KOMPLOT  ZIONIS

NAK JATUHKAN

ANWAR BIN

IBRAHIM

AMIN

TURUN

TURUN TURUN

KHALAS

Pendedahan: Gesaan agar AS campur tangan, dakwaan 'pelampau Islam' dalam laporan disediakan PKR dan perunding Washington
Walaupun  Anwar bin  Ibrahim menyatakan perkhidmatan perunding asing pada 2016 untuk partinya hanya bertujuan mendesak pembebasannya dari penjara, penelitian sebuah laporan panjang lebar yang disediakan bersama oleh pelobi berpangkalan di Washington dan seorang pemimpin kanan PKR menunjukkan ia sarat dengan tuduhan terhadap kerajaan Najib Razak mengenai "pelampau Islam" dan tindakan "menghalang kebebasan", MalaysiaNow boleh mendedahkan.

Dokumen setebal 84 muka surat itu bertajuk "Kertas Putih mengenai kes Anwar bin Ibrahim: Warganegara Malaysia lwn Kerajaan Malaysia", disediakan bersama oleh pemimpin PKR Sivarasa Rasiah dengan Jared Genser, seorang peguam Amerika Syarikat yang mengetuai Perseus Strategies, firma guaman dan perundingan politik berpangkalan di Washington yang pernah menawarkan khidmatnya kepada perdana menteri.

Dokumen bertarikh 17 April 2016 itu bertujuan memujuk pentadbiran Presiden Barack Obama ketika itu supaya menumpukan perhatian lebih dalam politik dalaman Malaysia dengan matlamat agar kerajaan AS menggunakan pengaruhnya untuk menyuarakan bantahan terhadap kerajaan Najib.

Ia merupakan penulisan yang sarat dengan pandangan keras mengenai sistem keadilan, politik dan ekonomi Malaysia, dan berulang kali menggunakan istilah kontroversi seperti "ekstremisme agama", "fundamentalisme Islam", "Islam konservatif", dan "dasar Islamisasi tanpa keterbukaan" bagi menguatkan hujah mengenai apa yang disifatkan sebagai ancaman yang dibawa kerajaan Najib.

"Sementara itu, pentadbiran Najib juga telah membawa Malaysia ke arah peningkatan Islamisasi. Pemimpin kanan dalam parti Umno pimpinan Najib secara terbuka menyokong seruan golongan Islam konservatif di utara untuk melaksanakan undang-undang jenayah Islam, atau hudud," menurut dokumen itu.

Seorang ahli Parlimen kanan PKR memberitahu MalaysiaNow bahawa dokumen tersebut telah "diedarkan kepada beberapa ahli Kongres AS".

dossier_genser_PKRDosier itu turut merujuk kepada kontroversi mengenai pengharaman penggunaan kalimah "Allah" dalam teks keagamaan bukan Islam, sambil memberi amaran mengenai penerapan dasar Islam di jabatan-jabatan kerajaan.

"Najib sendiri menyokong larangan mahkamah terhadap orang bukan Islam daripada penggunaan perkataan 'Allah', dan pentadbiran Najib telah mewujudkan 'Indeks Syariah' untuk mengukur sejauh mana kerajaan mematuhi prinsip-prinsip Islam merentasi isu perundangan, ekonomi, politik dan sosial dengan matlamat utama untuk membawa penjajaran yang lebih rapat.

"Trend ke arah Islamisasi konservatif dan tidak liberal ini merunsingkan kira-kira satu pertiga penduduk negara ini yang bukan Islam," tambahnya.

Pada 2 Mac, MalaysiaNow mendedahkan kandungan e-mel melibatkan pemimpin kanan PKR pada 2016, yang menunjukkan bagaimana Genser diupah untuk menjalankan kempen intensif bukan sahaja untuk membebaskan Anwar yang ketika itu sedang menjalani hukuman penjara atas sabitan liwat, tetapi juga untuk meyakinkan White House supaya mengenakan tekanan "sangat keras" ke atas kerajaan Najib.

Ia ketika Putrajaya meningkatkan serangan terhadap keluarga Daim Zainuddin kerana mendapatkan khidmat sebuah firma perhubungan awam luar negara bagi melawan tuduhan terhadap bekas menteri kewangan itu, di mana pihak berkuasa mengumumkan siasatan "konspirasi menjatuhkan kerajaan" melibatkan balunya Na'imah Khalid dan agensi berita kewangan Bloomberg.

E-mel daripada Genser itu mencadangkan anak sulung Anwar bin Ibrahim, Nurul Izzah, mengadakan kunjungan ke AS untuk mendepani kempen perhubungan awam yang melibatkan "pertemuan di peringkat tertinggi dengan White House dan Jabatan Negara", di samping penerbitan artikel di media bagi menonjolkan isu permohonan pengampunan diraja oleh Anwar bin Ibrahim.

Pendedahan itu mencetuskan persoalan mengenai sikap pilih kasih kerajaan di sebalik kempen oleh Anwar bin Ibrahim dan pihak berkuasa untuk memburukkan keluarga Daim kerana mendapatkan khidmat firma perhubungan awam asing dalam usaha menangkis tuduhan terhadap bekas menteri kewangan itu.

Polis setakat ini telah mengumumkan siasatan terhadap Na'imah dengan menggunakan undang-undang berkenaan "menggulingkan kerajaan", berdasarkan laporan polis oleh seorang bekas wartawan yang pernah dipecat daripada pasukan komunikasi keluarga Daim.

Laporan polis itu mendakwa bahawa pendedahan oleh Bloomberg mengenai kaitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan "mafia korporat" mungkin merupakan sebahagian daripada rancangan untuk menggulingkan kerajaan Anwar.

Beberapa hari kemudian, Anwar bin Ibrahim mendakwa tokoh Zionis "terkemuka" dan pihak bank turut terlibat dalam rancangan Na'imah, sambil mempertahankan kempen perhubungan awamnya di AS sedekad lalu sebagai hanya tertumpu kepada usaha membebaskannya dari penjara.

Tuduhan itu ditolak oleh peguam Na'imah yang menyatakan aktiviti perhubungan awamnya bertujuan meyakinkan sektor perbankan yang berkaitan dengan dunia perniagaan Daim tentang daya maju kewangan, ketika tokoh perniagaan itu menjadi sasaran serangan Anwar bin Ibrahim dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam bin Baki.

"Tidak ada apa-apa pun mengenai usaha mengguling atau melemahkan kerajaan Malaysia," kata peguam.

Aduan Nurul Izzah kepada Washington: 'Sengketa kaum', 'ekstremisme agama'

Sementara itu, laporan disediakan Sivarasa dan Genser turut memuatkan rencana dan artikel mengenai politik Malaysia yang diterbitkan di akhbar AS, di samping petisyen menggesa pembebasan Anwar yang ditandatangani oleh aktivis, ahli akademik dan pemimpin politik Barat.

Najib_Obama_golf_hawaiiSalah satu artikel itu secara terbuka mengisytiharkan kandungannya: "Apa yang perlu Obama lakukan di Malaysia," menurut tajuk rencana yang diterbitkan oleh US News and World Report di bawah nama Nurul Izzah pada November 2015, menjelang Sidang Kemuncak Asean-AS ke-3 di Kuala Lumpur yang dihadiri Obama.

Dalam penulisannya, Nurul Izzah mengetengahkan pelbagai aduan mengenai Najib.

"Najib kehilangan sokongan rakyat, di mana tinjauan umum mendapati kurang satu dalam empat rakyat Malaysia menyokong kepimpinannya. Matlamat taktik Najib di Malaysia adalah meningkatkan sengketa antara puak, ketidakseimbangan ekonomi dan persekitaran sesuai untuk percambahan ekstremisme di kalangan sebahagian besar penduduk yang tidak dilibatkan dan tidak berpuas hati," tulisnya.

Beliau seterusnya menyentuh halangan yang dikenakan terhadap beberapa pengkritik Najib, termasuk Rafizi Ramli, kini ahli Parlimen Pandan yang beliau sendiri singkirkan secara kontroversi tahun lalu dalam pertandingan merebut jawatan kedua tertinggi dalam PKR selepas bapanya.

Beliau menuduh Umno mencetuskan ketegangan kaum dan ekstremisme agama, "yang merupakan satu lagi masalah yang semakin meningkat di Malaysia", tulisnya.

Menurutnya, AS harus "berdiri bersama semua rakyat Malaysia yang percaya bahawa hak asasi manusia tidak boleh dicabul dan menilai semula kesetiaannya kepada kerajaan yang korup itu".

"Presiden Obama harus menekankan kepada Najib bahawa kepelbagaian budaya dan reformasi demokrasi merupakan satu-satunya cara berkesan untuk mengurangkan ekstremisme agama, serta membendung gelombang ekstremisme di negara kita.

"Dan beliau mesti menyatakan secara terbuka untuk membebaskan ayah saya dan tahanan politik lain," tulis Nurul Izzah.

Tiga bulan kemudian, Genser menulis artikel bernada keras yang membidas Najib, dalam jurnal terbitan The Berggruen Institute, sebuah badan pemikir berpangkalan di Los Angeles yang ahlinya terdiri daripada hartawan kontroversi seperti Eric Schmidt dan Elon Musk, dengan pandangan mengenai demokrasi yang dikritik sebagai berat sebelah dan pro-Barat.

Menulis dalam The World Post, Genser menuduh Najib berpaut pada kuasa dengan memanipulasi persempadanan kawasan pilihan raya, memenuhi tuntutan "etnik Melayu Islam konservatif", melaksanakan dasar pecah belah, dan mengambil tindakan tegas terhadap masyarakat sivil dan media.

Beliau memberi amaran kepada Obama supaya mengambil "hala tuju baharu".

"Obama mesti secara terbuka menuntut pembebasan segera Anwar dan pembatalan tuduhan bermotif politik seperti hasutan dan jenayah lain yang disasarkan kepada ramai aktivis di Malaysia. Sekiranya Obama berdiam diri, ia samalah seperti memberi Najib lesen untuk bertindak sewenang-wenangnya," tulis Genser.

RAFIZI TAK PERLU RISAU


KAH KAH KAH

KES INI SAJE NAK

ALIH CERITA

KORPORAT MAFIA

AMIN

ANWAR NIN

IBARAHIM 

TAK BERANI BUKA

KAH KAH KAH

MADAFAKA

TERLIBAT SAMA

KHALAS

Saya sedang menunggu bila SPRM nak panggil – Rafizi

SUBANG JAYA –  Rafizi Ramli mendakwa sehingga kini beliau masih belum menerima sebarang panggilan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi kenyataan berhubung siasatan Arm Holdings walaupun siasatan itu telah berlangsung lebih sebulan.

“Setakat ini tiada sebarang maklum balas atau arahan rasmi diterima daripada SPRM sama ada melalui panggilan telefon, emel mahupun media sosial.

“Saya pun sedang menunggu bila dia nak panggil saya, bila dia nak ambil kenyataan saya. Sehingga sekarang masih belum ada apa-apa maklum balas ataupun perintah daripada SPRM,” katanya kepada media selepas melancarkan Program Pinjam Gajet oleh Ayuh Malaysia di sini, hari ini.

Rafizi yang merupakan bekas Menteri Ekonomi berkata, sekiranya pihak berkuasa ingin menghubunginya, ia bukan perkara sukar kerana banyak saluran komunikasi yang boleh digunakan termasuk emel atau mesej di platform media sosial.

Beliau berpandangan, kelewatan tersebut mungkin kerana siasatan masih belum mempunyai bukti kukuh berkaitan sebarang pelanggaran peraturan seperti yang disebut oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sebelum ini.

Menurutnya, SPRM pada peringkat awal memaklumkan siasatan tersebut bukan berkaitan wang, sebaliknya melibatkan kemungkinan pelanggaran peraturan.

“Kalau bersabit dengan pelanggaran peraturan, sebelum mereka boleh memanggil saya, mereka kena cari bukti dulu pelanggaran itu,” katanya.

Beliau berkata, SPRM juga difahamkan telah memanggil beberapa pegawai kanan kerajaan bagi membantu siasatan termasuk Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri,  Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Dalam pada itu Rafizi mendakwa, siasatan terhadap isu tersebut berkemungkinan menjadi usaha untuk mengalih perhatian daripada isu lain yang melibatkan Azam.

Katanya, jika benar terdapat kes kukuh terhadapnya, beliau percaya tindakan seperti penahanan reman dan pertuduhan sudah lama dilakukan berdasarkan corak tindakan SPRM dalam kes sebelum ini.

“Kalau betul ada sesuatu yang boleh disiasat dan didakwa, saya dah lama kena reman. Tetapi, kes ini sudah lebih sebulan dan saya masih belum dipanggil untuk memberi satu patah kenyataan pun,” katanya.

Mengulas kemungkinan individu lain dipanggil membantu siasatan, Rafizi berkata, perkara itu bergantung sepenuhnya kepada SPRM.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan beberapa pemimpin kanan kerajaan turut terlibat dalam program berkenaan termasuk  Anwar bin Ibrahim dan Menteri Kewangan II, i Amir Hamzah Azizan.

Katanya lagi, program kerajaan berskala besar lazimnya melibatkan ramai pegawai termasuk pegawai di Jabatan Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri yang menghadiri pelbagai mesyuarat berkaitan.

SPRM sebelum ini mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung satu perjanjian mega antara kerajaan Malaysia dengan Arm Holdings yang dianggarkan bernilai RM1.11 bilion.

Ia susulan penelitian SPRM terhadap maklumat diberikan beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung seorang bekas menteri kanan sebuah kementerian dan siasatan awal SPRM mendapati perjanjian mega tersebut dipercayai dimeterai secara tergesa-gesa oleh Kementerian Ekonomi.

Rafizi pada Khamis mendedahkan, peranan Anwar dalam isu pelaburan kontroversi yang sedang disiasat itu susulan SPRM memohon bantuan awam mengesan bekas pembantunya, James Chai.

Beliau turut mendakwa, Anwar sendiri yang meminta mereka menyusun pertemuan dengan gergasi semikonduktor tersebut. – MalaysiaGazette

 

BARU KITA FAHAM !!!


WOIT

BARU KITA 

SEMUA FAHAM

KENAPA MUHYIDIN

BIKIN KACAU

DALAM BERSATU

DAN PN

KAH KAH KAH

ADA KES 

BOLEH KENA PAU

KHALAS


Bicara kes salah guna kuasa, pengubahan wang haram Muhyiddin bermula esok


KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes bekas Perdana Menteri  Muhyiddin Yassin atas pertuduhan menyalahgunakan kedudukan melibatkan suapan berjumlah RM232.5 juta dan menerima wang RM200 juta hasil aktiviti haram bermula esok di Mahkamah Tinggi, di sini.

Timbalan Pendakwa Raya,  Wan Shaharuddin Wan Ladin, berkata prosiding kes itu akan bermula pada jam 9 pagi di hadapan Hakim Noor Ruwena Md Nurdin.

"Perbicaraan akan bermula dengan pihak pendakwaan menyampaikan kenyataan pembukaan yang menggariskan pertuduhan serta bukti terhadap tertuduh dan dua saksi akan memberi keterangan esok," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pada 10 November tahun lalu, Hakim Noor Ruwena menetapkan 29 hari untuk perbicaraan kes itu yang dijadualkan pada 9 hingga 11 Mac; 13, 16, 28 dan 29 April; 25 dan 26 Mei; 6 hingga 10, 13 hingga 17 serta 27 hingga 29 Julai, dan bersambung pada 17 hingga 21 dan 26 serta 27 Ogos 2026.

Kira-kira 30 saksi pendakwaan akan dipanggil untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes itu.

Pada 7 Oktober 2025, Jabatan Peguam Negara menolak representasi Muhyiddin bagi menggugurkan tujuh pertuduhan terhadapnya.

Muhyiddin, 78, yang ketika kejadian memegang jawatan Perdana Menteri dan Presiden BERSATU, didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM232.5 juta berkaitan Projek Jana

Wibawa daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi parti berkenaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Ahli Parlimen Pagoh itu didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Seksyen terbabit memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Beliau juga berdepan tiga pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM200 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun Ambank dan CIMB Bank milik Bersatu di cawangan bank berkenaan di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur antara Februari 2021 dan Julai 2022.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

RAYA HARI JUMAAT?


RAYA HARI

JUMAAT?

SABTU?

KAH KAH KAH

SEKALI LAGI

UMAT ISLAM 

KELAM KABUT

KAH KAH KAH

AMIN 


Aidilfitri jatuh pada Jumaat, 20 Mac di UAE

SHARJAH: Akademi Sains Astronomi, Angkasa Lepas dan Teknologi Sharjah (SAASST) melalui balai cerap astronominya mengeluarkan penentuan astronomi tepat mengenai anak bulan Syawal 1447 Hijrah, yang dijangka berlaku pada Jumaat, 20 Mac, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).

Menurut SAASST, 20 Mac akan menandakan hari pertama Aidilfitri di seluruh Emiriah Arab Bersatu, sekali gus mengesahkan yang Ramadan akan genap 30 hari.

Ia berkata pengiraan astronomi menunjukkan tiada anak bulan yang kelihatan pada Rabu, 18 Mac (29 Ramadan), iaitu malam cerapan anak bulan.

Pada malam itu, bulan terbenam sebelum matahari di ufuk barat, justeru Khamis, 19 Mac akan melengkapkan bulan Ramadan.

Balai cerap itu memaklumkan yang kesebarisan permukaan bulan di langit Sharjah akan berlaku pada 4:24 pagi waktu UAE pada Khamis.

Menjelang waktu matahari terbenam pada hari itu, usia anak bulan hanya kira-kira14 jam enam minit, dengan jarak sudut 6.5 darjah dari matahari dan berada kira-kira enam darjah di atas ufuk barat, serta hanya bertahan 29 minit selepas matahari terbenam.

Keadaan kritikal ini menjadikan pencerapan anak bulan hampir mustahil, walaupun menggunakan teleskop dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar di kawasan tempatan.

Menurut laporan itu, teknik pengimejan canggih mungkin dapat merakam imej samar anak bulan, namun kebarangkaliannya masih rendah.

Walau bagaimanapun, beberapa negara Arab dan Islam mungkin berjaya melihat anak bulan sama ada dengan mata kasar atau teleskop kerana faktor geografi yang lebih sesuai.

SAASST menegaskan ramalannya yang dengan izin Allah, Jumaat 20 Mac akan menandakan 1 Syawal dan sambutan Aidilfitri bagi UAE dan kebanyakan negara Islam.

Namun, negara yang bergantung sepenuhnya kepada cerapan mata kasar atau teleskop khususnya yang memulakan Ramadan pada Khamis, 19 Februari, bukannya Rabu seperti di UAE mungkin akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac.

SATU JEMPUTAN DARI DAPUR JALANAN


MARI KITA 

RAYAKAN

BUDAYA KITA

KHALAS

PRESIDEN TRUMP DIMINTA ARAH SOLDADU MASUK KE BUMI IRAN


TRUMP WAJIB

ARAH SOLDARU

MASUK KE IRAN

AMIN

RAKYAT IRAN

DAH LAMA TUNGGU

KAH KAH KAH

KHALAS 

JANJI SEJATI - JANJI DI TEPATI


 JANJI SEJATI

JANJI DITEPATI

AMIN


Unknown commented on 
"JANJI SEJATI 
KHORRAMSHAHR SAMPAI"
janji iran bukan janji dicapati

PELURUH BERPANDU BERANAK-ANAK


PELURU BERPANDU

BERANAK-ANAK

AMIN

Unknown commented on
 "PELURU BERPANDU
 BARU DARI IRAN"

Ini canggih peluru boleh beranak banyak...kakakaka..hantar semua weiiiii...kasi sama dia...nanti peluru abih tunggu ler...balasan...kakakaka..

GULINGKAN KERAJAAN UNTUK SELAMATKAN MALAYSIA


GULING KERAJAAN

KALAU NAK LIHAT

ORANG JAHAT

MASUK PENJARA

AMIN 

BUKAN  MALAIKAT  
 YANG PERLU   DI GERUNI

Tamrin   Tun  Ghafar
Sabtu  -  07/03/26

1.   Kalau  betul  lebih  2/3  sokongan  yang  di banggakan  selama  ini  yang  menjadi  benteng  Anwar  di Parlimen ,  kini  benteng  tersebut  sudah  mula  bocor  dan  roboh ,  jika  tidak  mengapa  kalah  pengundian  baru  -  baru  ini

2.  Bukan  itu  sahaja ,  ada  3  lagi Rang  Undang - Undang  ( RUU )  yang  di bentangkan  Kerajaan  Madanon  di tarik  balik  atas  alasan  yang  tidak  munasabah  dan  tidak  masuk  akal  iaitu  bagi  tujuan  membaik  pulih  RUU  tersebut

3.   Penarikan    tersebut   SEBENAR NYA Kerajaan  Anwar  takut  rahsia  sebenar  apa  yang  di bangga - bangga kan itu  bukan lah  SEBENAR NYA  reality  tetapi sudah  menjadi mimpi  ngeri  

4.   Bukan  sahaja  rakyat  biasa ,  malah  masih  terdapat  beberapa  Ahli Parlimen  penyokong Kerajaan  TERNGANGA  mendengar  ucapan  Anwar  yang  di penuhi  retorik  dan  pembohongan  seolah  -  olah  ayer  kencing  Anwar  itu  manis  di minum

5.  Jumlah  RUU  yang  di  bentangkan  atau  termasuk  di tarik  balik  SEBELUM  SEMPAT di bentangkan  ada  4  kesemuanya

6.  Bermula  dengan  RUU  Batu  Puteh  ;  Kerajaan  membentangkan  berdasarkan  Lapuran  RCI  yang  di tubuhkan  atas  arahan  Agong  sendiri  kerana  DENDAM

7.   Tujuan  utama  RUU  itu  ialah  mempenjarakan  Tun Dr. Mahathir  yang  konon nya  cuai menjalankan tugas  Perdana  Menteri   sehingga  menyebabkan  MARUAH  Bangsa  dan  Negeri  Johor  tercalar tetapi  sebenar nya  Sultan Sir Ibrahim ,  moyang  kepada  Agong  sekarang lah  yang  mengadaikan  pulau  tersebut  kepada  Singapura  melalui sepucuk  surat  bertarikh  21 hb  September 1955

8.    Selepas  10  Ahli  Parlimen  berucap  memberi  pandangan  masing - masing , RUU  atau  Bil  tersebut  di tarik  balik  dengan  alasan  Kerajaan  hendak  baik  pulih  LAPURAN  ASAL  RCI  TERSEBUT

9.  Bagaimana  Kerajaan  boleh  lakukan  baik pulih terhadap lapuran  RCI   tersebut ,  Wallahualam !!

10.   RUU  URA   atau  RUU   Urban  Renewal  Act sudah  beberapa  kali  di baik  pulih  dan  di bentangkan    semula ,  akhir nya  Kerajaan  terpaksa  tarik  balik .  Sehingga  sekarang RUU  URA  itu  senyap  saja

11.    Entah  bila  kedua - dua   RUU  atau   Bil  tersebut  akan  di bentangkan semula  itu  menjadi  tanda  tanya

12.  Baru - baru  ini  RUU  yang menghadkan  tempoh  Perdana  Menteri  TELAH  KALAH

13.   Kesokan  hari nya  RUU   memisahkan  kuasa  Peguam Negara  dan  Pendakwa  Raya  di tarik  balik ;  mengapa ? tiada alasan  yang  di  beri -  mungkin  TAKUT  KALAH   sama  seperti  RUU   sehari  sebelum nya

14.   Alasan  menarik  balik  membuktikan  Kerajaan  MEMANDANG  RENDAH  taraf  Ahli - Ahli  Parlimen  samada  yang menyokong  atau pun yang menentang  dengan  membentangkan  RUU  atau  Bil  yang  tidak  di kemas kini

15.  Perkara  sama  walaupun  hanya 1  sahaja  RUU  atau  Bil  KALAH jika  berlaku di  Negara - Negara  yang  mengamalkan  demokrasi  seperti  Malaysia ,  Perdana  Menteri  Negara  tersebut seperti di  Great  Britain , Jepun  dan  South  Korea AKAN  LETAK  JAWATAN  SERTA  MERTA ,  melainkan  di Malaysia  yang  mana  Anwar  selaku  Perdana  Menteri  TIDAK  PEDULI  DAN  TIDAK BERMORAL  LANGSUNG  kerana  terlalu  taksub  dan  gila  kuasa

16.   Di England , Andrew ,  adik  kepada  King Charles  di tangkap  polis  oleh  kerana  perhubungan  beliau   lapuran  tersebut  mengatakan  ia nya  karut ;  kalau  karut ,  bukan kah  MUDAH  Anwar  menang  dan  membersihkan  diri

20.   Sudah  hampir  setahun  rancangan  Anwar  menyaman BLOOMBERG  juga  hanya  dongen  kosong  sahaja dalam  isu konon nya  'fitnah' beliau  mengarahkan  Azam  Baki  tidak  terus  menyiasat  Farhash  Wafa Salvador

21.   Sudah  hampir  2  tahun  Peguam  Negara  dan  Polis  MASIH  bermain  ping pong  tidak  menggambil  kenyataan   Anwar  dan  Farhash  berhubung  kes  saman  Yusoff  Rawther  terhadap  mereka  berdua

22.    Sedarkah  Peguam  Negara  dan  IGP  ,   mereka  AKAN  DI DAKWA  kerana  GAGAL  menjalankan tugas  apabila  Anwar  hilang  kuasa

23.   Semasa  itu  TIDAKAH  mereka  merasa  malu  kepada  anak bini , saudara mara  di kampung   , jiran  dan  kawan - kawan  apabila  di gari  dan  berpakaian  penjara ?

24 .    Taktik  Anwar   melambat kan  perbicaran  dengan  pada  saat  akhir  menukar  Peguam  Bela  beliau dan  dengan  itu  meminta  penangguhan

25.   3  hari  lepas  Anwar  di denda Mahkamah RM50,000  kepada  Yusoff Rawther  kerana  MENARIK  BALIK  IMUNITI  yang  di pohon  beliau

26.   Anwar  ini  TIDAK  BOLEH  DI PERCAYAI  LANGSUNG , KAKI  PEMBOHONG  DAN  KAKI  KELENTONG

27.   BAK  KATA  TUN  DR. MAHATHIR : 

ANWAR  ADALAH
PATHOLOGICAL  LIAR

TAK  BOLEH  DI UBATI  LAGI

28.   Anwar  bukan   Nabi  dan  Malaikat  yang  harus  di geruni


Wassalam
Terima  Kasih

MADAFAKA KENA SAMAN LAGI

MADAFAKA

KENA SAMAN LAGI

KHALAS 

POLIS NAIK TARAF


SATU MALAYSIA

SEMUA TAHU

POLIS KAKI PAU

KAH KAH KAH

SEKARANG POLIS

DAH NAIK TARAF

KAH KAH KAH

DENGAN BANGGA

POLIS MENYAMUN

KHALAS 

Dua pegawai, seorang anggota polis ditahan terlibat kes samun di Gombak

KUALA LUMPUR – Dua pegawai kanan polis dan seorang anggota antara enam individu yang ditahan susulan kes samun berkumpulan di Gombak, 27 Februari lalu.

Ketua Polis Selangor,  Shazeli Kahar berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu  jam 7.30 pagi dan  operasi khas mengesan serta menangkap suspek dilancarkan.

“Hasil siasatan serta risikan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Selangor bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak telah membuat siri tangkapan bermula 2 Mac lalu.

“Seramai enam lelaki tempatan ditahan di beberapa lokasi berbeza melibatkan tiga suspek dikenal pasti sebagai penjawat awam (dua pegawai kanan dan seorang anggota).

“Manakala tiga lagi adalah orang awam di mana salah seorang daripadanya mempunyai 20 rekod lampau dan kesemua suspek kini direman sehingga 8 Mac,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, dalam operasi itu polis turut merampas wang tunai berjumlah RM1,498, pelbagai barang kes termasuk kenderaan jenis Mercedes Benz, Cherry Omoda 5, Van Hiace.

“Selain itu, turut dirampas tiga helai vest bertulis ‘polis’, dua ketulan emas seberat 100gram dan 13 telefon bimbit pelbagai jenama.

“Polis juga giat mengesan dua lagi suspek yang masih bebas hasil pendedahan maklumat daripada suspek yang ditangkapan,” jelasnya.

Tegas beliau, siasatan telus dan menyeluruh sedang dijalankan tanpa kompromi, walaupun tindakan kes tersebut melibatkan pasukan sendiri.

Jelasnya lagi, tindakan tegas akan diambil bagi memastikan integriti dan keselamatan masyarat sentiasa terpelihara. – MalaysiaGazette