Sabtu, 4 April 2026
AL-FATIHAH
Ling Liong Sik meninggal dunia
SEPANG — Bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik yang juga pernah menyandang jawatan Presiden MCA meninggal dunia pada usia 83 tahun.
Berita pemergian Presiden Kehormat Seumur Hidup MCA itu disahkan oleh Presiden MCA, Dr Wee Ka Siong, pagi ini.
“Kami menerima berita sedih mengenai Tun Dr Ling yang meninggal dunia hari ini. Maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.
Ka Siong dalam hantaran di Facebooknya menyifatkan Liong Sik bukan sekadar seorang pemimpin, tetapi pembina negara, penyatu masyarakat, dan seorang yang berwawasan.
“Legasinya akan terus hidup melalui institusi yang dibinanya, dasar yang digubalnya, dan kehidupan yang dilaluinya.
Bagi pihak MCA, saya merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mendiang. Semoga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang sukar ini,” katanya.
Ka Siong juga mengarahkan agar bendera parti dikibarkan separuh tiang di semua pejabat MCA di seluruh negara sebagai tanda penghormatan tertinggi dan bagi mengenang pemimpin parti yang legasinya akan terpahat dalam sejarah.
Dr Ling dilahirkan pada 13 September 1943 di Kuala Kangsar, Perak, mendapat pendidikan awal di King Edward VII School, Taiping sebelum melanjutkan pelajaran di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi.
Menerusi catatan “Hari yang menyedihkan, pemergian seorang negarawan, Tun Dr. Ling Liong Sik,” Ka Siong berkata, mendiang terlatih sebagai seorang doktor perubatan, tetapi memutuskan untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam.
“Seperti yang pernah beliau ungkapkan, jika perubatan menyembuhkan satu nyawa pada satu masa, perkhidmatan awam pula berupaya mengangkat kehidupan jutaan rakyat. Keyakinan inilah yang mendorong beliau menceburi bidang politik, satu perjalanan yang meninggalkan kesan mendalam kepada negara kita,” kata Ka Siong.
Mendiang menjadi Presiden keenam MCA pada waktu ketidaktentuan ekonomi dan politik tetapi memimpin parti serta masyarakat berdepan krisis, menyelesaikan pelbagai cabaran, serta memulihkan perpaduan dan keyakinan.
Kepemimpinan beliau bukan sahaja mengukuhkan MCA, malah memperkukuhkan kedudukan masyarakat Cina dalam kerangka nasional yang lebih luas.
Beliau merupakan Ahli Parlimen Mata Kuching selama tiga penggal bermula 1974 sehingga 1986 sebelum dipilih sebagai Ahli Parlimen Labis selama empat penggal bermula tahun 1986 hingga 2004.
Mendiang pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Penerangan, Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri Pendidikan sebelum dilantik ke dalam Kabinet sebagai Menteri Pengangkutan pada tahun 1986.
Sebagai Menteri Pengangkutan selama 17 tahun, mendiang memainkan peranan penting dalam memodenkan infrastruktur Malaysia dengan menyelia pembangunan projek-projek utama yang meningkatkan sistem penerbangan, pelabuhan dan rel negara ke tahap antarabangsa.
Namun, di sebalik politik dan pembangunan infrastruktur, legasi dan transformatif Tun Dr. Ling terletak dalam bidang pendidikan.
Di bawah kepemimpinan mendiang, pembangunan pendidikan menjadi teras utama misi MCA dengan memperluas dan memperkukuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman, yang kini dikenali sebagai Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT), dengan menjadikannya sebuah institusi bertaraf nasional yang membuka peluang kepada puluhan ribu pelajar setiap tahun.
Lebih penting lagi, mendiang merealisasikan impian masyarakat iaitu penubuhan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Setelah bertahun-tahun berusaha gigih, rundingan dan visi yang jelas, pembinaan UTAR diluluskan pada tahun 2001 dan dilancarkan pada tahun 2002, yang merupakan detik bersejarah dalam landskap pendidikan Malaysia.
Ka Siong berkata, visi pendidikan Tun Dr. Ling melangkaui institusi, daripada program memperkasa pendidikan luar bandar hingga sokongan kepada sekolah Cina, mempromosikan pendidikan teknikal hingga memperjuangkan akses dan kesaksamaan, usaha beliau telah mengubah kehidupan yang tidak terkira jumlahnya serta memperkukuh asas modal insan negara.
Walaupun selepas bersara daripada politik, dedikasi mendiang tidak pernah luntur dengan terus menumpukan usaha dalam memajukan pendidikan, memastikan visinya kekal berterusan melangkaui tempoh perkhidmatannya. BebasNews
PELUANG UNTUK MENGHASUT !!!
KAH KAH KAH
KAMI BUKAN
TAK TAHU MINYAK
NAIK SEBAB
PERANG
KAH KAH KAH
KAMI BUKAN NGOK
TAK TAHU
GEO-POLITIK
AMIN
TAPI INI PELUANG
UNTUK HASUT
RAKYAT
BENCI ANWAR
BIN IBRAHIM
AMIN
HASUT UNTUK
TURUN TURUN
DAH HUMBAN
KAH KAH KAH
KHALAS
Anwar bin Ibrahim menyifatkan pihak tertentu yang menyalahkan kerajaan atas kenaikan harga runcit bahan api sebagai 'orang yang kurang cerdik' selain kumpulan yang tidak ambil tahu perkembangan dunia.
Bercakap di Kuantan, Pahang hari ini, Anwar bin Ibrahim berkata, masalah juga menjadi lebih parah apabila pihak terbabit mahu mempolitikkan semua yang berlaku.
"Ada orang yang kurang cerdik di luar sana, dia salahkan kita...
“Kamu tak boleh salahkan kita. Kamu tak baca buku ke? Kamu tak ikut berita ke? Kamu sampai tak tahu apa yang berlaku di dunia ke?
"Kamu tidak tahu ke ada sekatan di Selatan (Selat Hormuz). Ini masalahnya, semua nak dipolitikkan di negara ini," katanya ketika berucap pada program Himpunan Anak Pahang Madani 2026 di Kuantan, Pahang, hari ini.
Kira-kira 7,000 anak muda pelbagai peringkat umur hadir pada himpunan yang turut disertai Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail, dan Menteri Belia dan Sukan, Taufiq Johari itu.
Anwar dalam pada itu mengulangi kenyataan bahawa kerajaan sedang mengatur ekonomi negara bagi menyerap kesan daripada kemelut berpanjangan antara di Iraq dengan AS dan Israel.
"Berapa harga minyak di Malaysia? RON95 antara harga minyak paling rendah di dunia - RM1.99 seliter... orang politik yang tidak mengikuti perkembangan, dia terus marah.
"Tanya di negara-negara jiran, semua beratur (sebab) catuan minyak tak cukup, di negeri jiran... ada masalah di negara-negara jiran ada catuan, tak boleh beli minyak lebih.
"Ada sebuah negara jiran di Asean, lebih 400 kedai minyak sudah ditutup... di Malaysia, alhamdulillah, kita boleh bertahan," jelasnya.
Peruntukan besar buat pendidikan
Dia yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, akhir tahun lalu dan awal tahun ini, Bank Negara Malaysia dalam kenyataan memberitahu perkembangan ekonomi mencatatkan prestasi yang sangat baik dan pelaburan tertinggi dalam sejarah negara.
Katanya, pertumbuhan ekonomi juga melangkaui unjuran awal dengan kekuatan ringgit terbaik di rantau Asia.
"Tapi ada persiapannya, setiap tahun saya cakap peruntukan untuk pemerintahan, bidang pendidikan, bidang pertahanan, bidang kesihatan research, science and technology.
"Anak-anak tahu dalam perbelanjaan negara, peruntukan terbesar adalah di bidang pendidikan sebab kita mahu anak-anak terdidik, anak-anak punya kekuatan... meningkatkan kefahaman mereka dan menjadi benteng bagi ketahanan negara masa depan," katanya.
Ahli Parlimen Tambun itu turut mengingatkan di sebalik perkembangan teknologi – termasuk kecerdasan buatan (AI) – anak muda perlu mempertahankan adab dan akhlak kerana ia menjadi benteng penting dalam memastikan negara ini dalam keadaan aman tenteram.
"Jadi saya tengok anak-anak hari ini, saya bersemangat... saya tak tahu apa ilmu yang anda baca. Saya lalu-lalu tadi ambil foto-foto, semangat saya pun naik tinggi.
"... dari anak Melayu, anak Cina, anak India, anak Orang Asli, tapi mereka berkumpul dan berkawan sebagai sahabat, bangkit mempertahankan negara Malaysia.
"Kenapa? Kenapa nak ditanam kebencian?” katanya.








