Isnin, 6 Julai 2026
KAPAL DISERANG DI LAUT MERAH
INI KERJA
SAPA?
AMIN
LANUN TUJUAN
MEROMPAK
AMIN
HOUTHI TUJUAN
POLITIK
KHALAS
Kapal kargo diserang di perairan Laut Merah Yaman
ADEN (Yaman): Sebuah kapal kargo diserang penyerang bersenjata yang tidak dikenali di luar pantai Laut Merah Yaman, hari ini, sekali gus mencetuskan amaran kecemasan, menurut Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO), lapor Xinhua.
Dalam kenyataan yang dimuat naik di platform media sosial X, UKMTO memaklumkan bahawa ia menerima laporan mengenai insiden itu yang berlaku kira-kira 30 batu nautika di barat daya bandar pelabuhan Hodeidah.
UKMTO menyatakan bahawa pihak berkuasa sedang menyiasat insiden berkenaan dan tidak memberikan butiran segera mengenai penyerang, kemalangan jiwa atau kerosakan pada kapal terbabit.
Ia turut menasihatkan kapal yang transit di kawasan berkenaan supaya berhati-hati dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan.
Insiden terbaru itu berlaku di tengah-tengah kebimbangan keselamatan yang berterusan di Laut Merah dan Teluk Aden, menyaksikan kapal komersial menghadapi siri serangan, cubaan menaiki kapal, serta insiden berkaitan pelanunan dalam beberapa bulan kebelakangan in
BANGUN MELAWAN JANGAN HANYA BERHARAP
KEJAHATAN
KEZALIMAN
HANYA AKAN
HANCUR JIKA
KITA SEMUA
BANGUN MELAWAN
AMIN
HARAPAN
DAN DOA
TAK LAKU
KHALAS
Unknown commented on
"NASEHAT ANWAR BIN IBRAHIM"
Lama-kelamaan akan muncul kesedaran bahawa setiap yang tidak benar akan dihancurkan, begitu juga usahawan mee segera kita yang muncul setiap kali perubahan kepemimpinan negara, semuanya halal mencari peluang keutamaan projek, payung masuk sama, mohon diberikan juga projek besar,
peliknya datang kosong hidup mewah teramat sangat kemudian balik kosong juga, apa nak sangat sampai berbillion tak pernah membantu tak pernah sedekah pun? Pelik kan tetapi nak masuk syurga secara percuma pakai duit rasuah komisen kah kah kah
JAGA KEPENTINGAN BANGSA NEGARA TIDAK SALAH
JAGA
KEPENTINGAN
BANGSA & NEGARA
TIDAK SALAH
KHALAS
Unknown commented on
"POLITIK PERKAUMAN -
SAPA RAMAI AKAN MENANG"
Politik perkauman okay saja kalau untuk menjaga kaum masing-masing, ini untuk merompak mencuri menyamun harta negara atas nama agama kaum apa cerita? Bukan baru berlaku jadi janganlah bodoh sangat seperti tidak sedar sekian lama berlaku kah kah kah kah kalau masih bodoh susah amin
PAGI INI
PAGI INI
PAGI INI
SENIN 6 JULAI 2026
PERANG HARI KE 123
RUNDING HARI KE 16 ?
IRAN MASIH BERKABUNG
Lagi 3 hari jenazah Pemimpin Agong Iran dan keluarganya akan di kebumikan. Berjuta warga Iran telah keluar memberi salam AL-FATIHAH terakhir untuk Ayatollah Ali Khomenei.
FIFA
Tahniah Trump – buktikan FIFA juga MAKAN RASUAH – kah kah kah – Pemain Amerika dapat KAD MERAH – hukuman tak boleh main satu pusingan. Mat Teram beri tekanan – semua di batal – KAH KAH KAH.
SELATAN EROPAH TERBAKAR
Panas panas – wilayah SELATAN Sepanyol. Portugal , France, Greece - menjadi mangsa hutan terbakar – Panas yang amat hangat.
PETAI
Apakah ada kemungkinan Petai boleh di tanam di Hyde Park kota London – bila UK menjadi bumi tropika – kah kah kah
HOKKIEN
Pagi ini cerah segar sejuk dan basah. Matahari dah bersinar. Lopak air disana sini. Petang kemarin hujan – subuh tadi hujan – gua bangun jam 3 pagi tutup tingkap dan pintu balkoni.
Langit biru berawan putih – KL & KL Sentral berkabus nipis.
TuK Tuk Tuk dari bukit – suara Terkukur berlagu. Cengkerik gumbira bumi basah. Di Wakaf Pertama gua nampak ramai dah menunggu.
Bila gua berjalan ke Wakaf Tiga Siti muncul bersama Abang . Siti menunggu gua bersenam.
Pulang ke Wakaf Pertama – semua dapat nasi dan Friskies – Pagi ini Terkukur datang solo, Gua gumbira ramai datang makan.
Berjalan pulang Siti seperti biasa mengekor hingga ke lorong – dia tahu akan dapat makan tanpa gangguan Ibu Garang.
Hari ini gua rasa akan panas – jika petang hujan malam sejuk santai. Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM MENYAMBUT
PAGI SENIN
BRO
Lu jaga alam ini. Alam ini akan jaga lu kembali – lu buat baik pada alam – alam akan buat baik pada lu.
BRO
Jika lu tak ada jiwa halus untuk melihat alam ertinya jiwa lu tidak hidup
BRO
Masa yang lu gunakan untuk melihat pokok dan hutan bukan masa yang terbuang. Amin
LAKUKAN DISINI
LAKUKAN SEKARANG
SELAMAT BEKERJA







