Isnin, 6 Julai 2026

BANGUN MELAWAN JANGAN HANYA BERHARAP


KEJAHATAN

KEZALIMAN

HANYA AKAN

HANCUR JIKA

KITA SEMUA 

BANGUN MELAWAN 

AMIN 

HARAPAN 

DAN DOA

TAK LAKU

KHALAS


Unknown commented on
 "NASEHAT ANWAR BIN IBRAHIM"

Lama-kelamaan akan muncul kesedaran bahawa setiap yang tidak benar akan dihancurkan, begitu juga usahawan mee segera kita yang muncul setiap kali perubahan kepemimpinan negara, semuanya halal mencari peluang keutamaan projek, payung masuk sama, mohon diberikan juga projek besar, 

peliknya datang kosong hidup mewah teramat sangat kemudian balik kosong juga, apa nak sangat sampai berbillion tak pernah membantu tak pernah sedekah pun? Pelik kan tetapi nak masuk syurga secara percuma pakai duit rasuah komisen kah kah kah

JAGA KEPENTINGAN BANGSA NEGARA TIDAK SALAH


JAGA 

KEPENTINGAN

BANGSA & NEGARA

TIDAK SALAH

KHALAS

Unknown commented on
 "POLITIK PERKAUMAN -
 SAPA RAMAI AKAN MENANG"

Politik perkauman okay saja kalau untuk menjaga kaum masing-masing, ini untuk merompak mencuri menyamun harta negara atas nama agama kaum apa cerita? Bukan baru berlaku jadi janganlah bodoh sangat seperti tidak sedar sekian lama berlaku kah kah kah kah kalau masih bodoh susah amin

PAGI INI


PAGI INI





PAGI INI

SENIN 6 JULAI    2026

PERANG HARI KE 123

RUNDING HARI KE 16 ?


IRAN MASIH BERKABUNG
Lagi 3 hari jenazah  Pemimpin  Agong Iran dan keluarganya akan di kebumikan. Berjuta warga Iran telah keluar memberi salam  AL-FATIHAH terakhir untuk Ayatollah Ali Khomenei.

FIFA
Tahniah Trump – buktikan FIFA juga MAKAN RASUAH – kah kah kah – Pemain Amerika dapat KAD MERAH – hukuman tak boleh main satu pusingan. Mat Teram beri tekanan – semua di batal – KAH  KAH KAH.

SELATAN EROPAH TERBAKAR
Panas panas – wilayah SELATAN Sepanyol. Portugal , France, Greece -  menjadi mangsa hutan terbakar – Panas yang amat hangat.

PETAI
Apakah ada kemungkinan Petai boleh di tanam di Hyde Park kota London – bila  UK menjadi bumi tropika – kah kah kah

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar sejuk dan basah.  Matahari dah bersinar. Lopak air disana sini. Petang kemarin hujan – subuh tadi hujan – gua bangun jam 3 pagi tutup tingkap dan pintu balkoni.

Langit biru berawan putih – KL & KL Sentral berkabus nipis. 

TuK Tuk Tuk dari bukit – suara Terkukur berlagu. Cengkerik  gumbira bumi basah. Di Wakaf Pertama gua nampak ramai dah menunggu.
Bila gua berjalan ke Wakaf Tiga Siti muncul  bersama Abang . Siti menunggu gua bersenam.

Pulang ke Wakaf Pertama – semua dapat nasi dan Friskies – Pagi ini Terkukur datang solo, Gua gumbira ramai datang makan.

Berjalan pulang Siti seperti biasa mengekor hingga ke lorong – dia tahu akan dapat makan tanpa gangguan Ibu Garang.

Hari ini gua rasa akan panas – jika petang hujan malam sejuk santai. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM MENYAMBUT
PAGI SENIN

BRO 
Lu jaga alam ini. Alam ini akan jaga lu kembali – lu buat baik pada alam – alam akan buat baik pada lu.

BRO
Jika lu tak ada jiwa halus untuk melihat alam ertinya jiwa lu tidak hidup

BRO
Masa yang lu gunakan untuk melihat pokok dan hutan bukan masa yang terbuang. Amin

LAKUKAN DISINI
LAKUKAN SEKARANG
SELAMAT BEKERJA