Ahad, 2 Ogos 2026
BEBAS DARI LOKAP JINJANG - 2 0GOS 2015 - 11 TAHUN DULU
DARI ARKIB
TUKAR TIUB
BEBAS DARI
LOKAP JINGANG
2 OGOS 2015
11 TAHUN DULU
GAMBAR BERSAMA
PEGUAM
TERIMA KASEH
saya baru saje dibebaskan
dari lokap jinjang
terima kaseh pada peguam yang bijaksana
terima kaseh pada semua kawan-kawan
ada kawan anta sms
ada kawan bertweet
nak baru tahu
bila masuk lokap
talipon tak boleh bawa masuk
malah satu barang pun tak boleh bawa masuk pakaian pun diganti
seluar dalam pun tak boleh pakai
pasal seluar dalam ni gwa tak hal
semenjak pulang malaysia
gwa tak ada lagi pakai seluar dalam
jadi jangan marah
bila sms tak dibalas
talipon tidak diangkat
tak caya ke?
SiLA CUBA
Tanpa Nama berkata...
Oi Isham, Apesal ko asyik berkawan ngan kapir aje? Xde keh kawan melayu?
2 Ogos 2015 pada 5:35 PTG
Tanpa Nama berkata...
selamat kembali...
2 Ogos 2015 pada 5:52 PTG
panglimo potaseh berkata...
TT jo yang jengjeng koropai puteh, apo isi eeaa agak ehh ... Aniwei walaupun keluar masuk lokap, tapi sumo geng kito ni masih mampu sonyum ... insyaallah bakal jadi ahlul syurga. Hanya Allah yang mengetahuinya.
2 Ogos 2015 pada 5:55 PTG
Tanpa Nama berkata...
Lawan tetap lawan, gwa pun hairan masuk blog tuan, ari ni habok apa cerita pun takde.Ingat tuan pegi kawin bidadari awek adun PAS talaq3, rupanya masuk lokap.kah...kah...kah...
2 Ogos 2015 pada 6:04 PTG
Tanpa Nama berkata...
Se-lamat pulang .
Pasal seluar dalam, nak pakai atau tidak, ni tak penting.
Datuk dan moyang kita tak pernah pakai se-luar dalam.
pakai saje sarung terus kayuh basikal.
Yang pakai se-luar dalam, sila jangan pakai jenis Saiful.
2 Ogos 2015 pada 6:23 PTG
Tanpa Nama berkata...
Alhamdulilah
Baca dalam The Msia Insider , TUAN GURU ISHAM sudah bebas
Alhamdulilah
Sabar SAJA
Tak tangkap nanti bebudak Bahalol tak dapat claim Over Time pulak
Bagi chance saja lah anak bini nak makan Kentucky jugak kan
Kepala Otak !!!!!!
2 Ogos 2015 pada 6:24 PTG
DIDI KOTA BELUD berkata...
Baguih..baguih...baguih...makcik felda cakap kalao tak pakai seluar dalam...jin tu berjuntai juntai kek tolur kerandut..berbuai buai dio...sojukkkk....kakkakaaka..itu masalah besar kalau kono tongkap dek mato mato...terpaksalah t shirt tu ko sarung buat celana..lubang leher ikat kemah kemah..yolah..takut jin tu jatub kek simen lokap...bortamboh kosojukan jin tu.....kakkakakaka....bulu banyak tak..???...manyakkkkkkkkk......kakakkakakaa
2 Ogos 2015 pada 6:26 PTG
Tanpa Nama berkata...
Ada manusia yg takut bayang2 bang.
Takut hilang kuasa
Dia ingat kuasa tu makbapak dia org punya
Syabas bang Hisham
Yg sentiasa perihatin pada rakyat
2 Ogos 2015 pada 7:12 PTG
Saiful berkata...
Tk senor tt..muchas gracias...the freeman
2 Ogos 2015 pada 7:20 PTG
Tanpa Nama berkata...
Laa Ankel sham tak tau ka masuk lokap kena paras semua..selama ni kena tahan tapi tak kena lokap laa...mmmm...ngeri ankel sham...lu populer senang la ramai mai nak jamin...lu bayangkan kalau yang marhaen, yang tak glemer lak tu...nak plak tak dak famili ..pakai rapat 14 hari la...Tak dak sapa peduli..pengalaman baru di bulan apa ni ek...kah kah kah...perang diteruskan
2 Ogos 2015 pada 8:39 PTG
Tanpa Nama berkata...
kabi net lama lemah
kabi net baru ampuh
sejak angkat sumpah
berkicau kicau bising
saban hari bising
bila bising apa maksudnya ?
kabo kabo memberikan.keyakinan
isu penat rompak.rakyat.sudah sampai felda
kesan gst sudah sampai danok
kesan ringgit jatuh sudah sampai golok
mami siam cebik bibir tengok ringgit
asyik turun saban hari
semua takut pegang ringgit
sapa punca ? sapa pakar negara ? sapa munkee ?
munkee lesbian dapat jawatan
sapa lawan kena cantas
sapa bodek naik pangkat
malaysia beruntung
pahlawan bugis jadi piem
wak jawa jadi timbalam.piem
kah kah.kah
untung.jadi org indon kita serumpun
Kah kah kah
3 Ogos 2015 pada 5:19 PG
Tanpa Nama berkata...
najiba pandai najiba cerdik najiba bijak
zaman lembut sudah berlalu
zaman diktator sudah bermula
keluar tanduk.demi kuasa
keluar fatwa demi wang
keluar.amaran demi kedudukan
3 juta ahli.sokong katanya
27 juta rakyat meluat menyampah meludah
Kah kah kah
nak.dekat raya bagi gula sekilo
Bagi beras.sekampit
Bagi susu cap.gantung
Kah kaj kaj
3 Ogos 2015 pada 5:23 PG
Tanpa Nama berkata...
ingatkan ilang pegi mencari menantu abah.. janggal gak blog tak update.. dah jumpa menantu abah ni..sakit bisul.. la ni ramai yang sakit bisul ni..
macam zulbisul jugak la.. tak pernah kebah dengan bisulnya..
3 Ogos 2015 pada 8:17 PG
Catat
WUJUD POLITIK BARU
POLITIK BARU
PENYATUAN
MELAYU
AMIN
PULANG KE BUMI
ASAL
TANAH MELAYU
KHALAS
Kejayaan bentuk kerajaan negeri baharu bukan penamat – Asyraf Wajdi
KUALA LUMPUR – Kejayaan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan baharu di Negeri Sembilan bukan penamat, sebaliknya permulaan kepada amanah yang lebih besar.
Setiausaha Agung UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bertekad, amanah itu akan dipikul dengan penuh rasa tanggungjawab melalui sebuah pentadbiran yang stabil, bersih, berintegriti dan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat.
“Kemenangan ini membuktikan bahawa dua parti terbesar orang Melayu memilih jalan muafakat serta meletakkan kepentingan rakyat mengatasi segala-galanya.
“Insya-Allah lahirlah sebuah kekuatan yang membawa rahmat dan keberkatan,” ujarnya hantaran menerusi laman sosial Facebook hari ini.
Beliau mengulas kemenangan BN dan PN memperoleh majoriti 25 dari 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan semalam.
Asyaf Wajdi selanjutnya menyatakan, kemenangan itu bukanlah kerana kekuatan, kebijaksanaan atau usaha kita semata-mata tetapi semuanya berlaku dengan izin, rahmat dan pertolongan Allah SWT.
Ujarnya, segala perbezaan berjaya dirapatkan di Negeri Sembilan demi satu tekad yang sama iaitu mengembalikan kestabilan politik, memacu kemajuan negeri dan mengutamakan kebajikan rakyat.
“Terima kasih kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan atas mandat dan kepercayaan yang diberikan BN dan PN.
“Kemenangan ini bukan penamat, sebaliknya permulaan kepada amanah yang lebih besar. Semoga Allah SWT terus memelihara permuafakatan ini dan mengurniakan Negeri Sembilan sebuah masa depan yang lebih maju, sejahtera dan diberkati. – MalaysiaGazette
TAK SALAH TIMBULKAN ISU BANGSA SENDIRI
BUKAN JENAYAH
MELAYU TIMBULKAN
ISU MELAYU
CHINA ISU CHINA
INDIA ISU INDIA
AMIN
YANG SALAH
IALAH RASUAH
SALAH GUNA
KUASA
TIPU RAKYAT
DAN
JUAL NEGARA
PADA ZIONIS
AMERIKA
KHALAS
Jika Umno main isu kaum, bagaimana MCA menang di kawasan Melayu?
Naib Presiden Umno, Wan Rosdy Wan Ismail menafikan dakwaan bahawa BN menggunakan sentimen kaum dan politik identiti sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Menteri Besar Pahang itu menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai tidak logik serta tidak menggambarkan realiti keputusan PRN tersebut.
"Saya nafikan dakwaan itu. Jika benar kita memainkan isu perkauman, bagaimana calon MCA boleh menang di kawasan yang majoriti pengundinya orang Melayu?
"Orang Melayu tetap memberikan sokongan kepada calon MCA. Ini jelas membuktikan kita tidak memainkan isu perkauman sepanjang kempen," katanya ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Aspirasi Pahang 1st Himpunan 1,000 Pendekar Silat di Temerloh, Pahang, hari ini.
Wan Rosdy berkata, keputusan PRN Negeri Sembilan membuktikan pengundi di negeri itu membuat pilihan berdasarkan kewibawaan calon serta kestabilan kerajaan.
Sebelum ini, Pengarah Pilihan Raya PH, Amirudin Shari dilaporkan berkata politik identiti dan kempen berbaur perkauman yang mendominasi PRN Negeri Sembilan menjadi antara faktor kekalahan gabungan itu.
Menurutnya, isu tersebut telah menenggelamkan perbincangan mengenai prestasi pentadbiran serta manifesto yang diketengahkan PH sepanjang kempen.
"Malangnya, manifesto bukan menjadi perbincangan, bukan menjadi topik perbincangan. Perbincangan lebih kepada sama ada ini Melayu atau bukan Melayu, sama ada anda menyokong DAP atau tidak.
"Saya rasa kebanyakan daripada anda telah melihat video kempen semalam yang mendakwa PH tidak tahu mengucap kalimah syahadah.
"Saya fikir inilah cara politik identiti dimainkan di lapangan,” katanya yang juga Menteri Besar Selangor.
PRN Negeri Sembilan yang keputusannya diumumkan semalam menyaksikan gabungan BN dan PN berjaya membentuk kerajaan negeri selepas menguasai 25 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
BN muncul sebagai parti terbesar dengan memenangi 18 kerusi DUN, manakala PN memperoleh tujuh kerusi.
PH pula memenangi baki 11 kerusi, selain menyaksikan dua pemimpin utamanya tewas iaitu bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun di Linggi dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke di Chennah.
Sementara itu, mengulas mengenai bentuk kerjasama antara BN dan PN di Negeri Sembilan, Wan Rosdy berkata sebarang kerjasama politik antara Umno dan PN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan dibincangkan pada masa akan datang.
"Kita belum bincang lagi perkara itu. Sekarang kita selesaikan dahulu urusan di Negeri Sembilan.
"Selepas itu barulah kita bincang perkara lain. Mungkin selepas itu kita akan melihat pula perkembangan di Melaka," katanya.
PRU 16 AKAN DI UMUM ?
SEMPAT KE
PRN MELAKA?
KAH KAH KAH
MADAFAKA
TUMBANG
ATAU
UMUM PRU16
KAH KAH KAH
KHALAS
Rauf umum `BN Plus' formula rundingan kerjasama dengan parti lain hadapi PRN Melaka
MELAKA: Momentum kemenangan hasil persefahaman Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, semalam mendorong kepada kewujudan 'BN Plus' di Melaka.
Formula yang bakal diguna pakai pada PRN Melaka itu menterjemahkan sikap terbuka BN negeri untuk mengadakan rundingan dengan mana-mana pihak, namun sebarang perbincangan itu tidak bermakna akan berakhir dengan pembentukan kerjasama atau perjanjian politik.
Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN negeri, Ab Rauf Yusoh, berkata pendekatan BN Plus itu memberi ruang kepada semua pihak untuk mengadakan perbincangan, namun setiap keputusan akan dibuat berdasarkan kepentingan dan kekuatan BN di negeri ini.
Beliau berkata, setakat ini tiada sebarang gabungan dimuktamadkan secara rasmi dan BN Melaka tidak terikat dengan mana-mana bentuk kerjasama politik dengan parti lain.
DI LAPOR HILANG
DI LAPOR HILANG
JANTAN GAMBAR DI BAWAH INI
DI LAPORKAN HILANG SEJAK DUA HARI LALU
ORANG RAMAI DI BERI INGATAN
TERUTAMA ANAK MUDA LELAKI
BERHATI HATI BILA BERHADAPAN
DENGAN JANTAN INI
JUSTERU
JIKA TERNAMPAK SOSOK JANTAN INI
SEGERA PUKUL TALIPON PIHAK POLIS
DAN BEJAGA-JAGA
SEBELUM APA APA BRLAKU
AMIN
PARTI CERET BERET BUNGKUS
PARTI
CERET BERET
UNTUK SELAMAT
PERLU BERGABUNG
DENGAN MADAFAKA
AMIN
JIKA TIDAK
TUTUP KEDAI
KHALAS
Hampir semua deposit Bersatu hangus, Berjasa pula kekal deposit
Bersatu sekali lagi mengalami kekalahan besar lantas menimbulkan persoalan, adakah parti pimpinan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin itu masih relevan selepas PAS secara hakikatnya menyingkirkannya daripada PN?
Keputusan pilihan raya Negeri Sembilan menunjukkan Bersatu kehilangan deposit di 23 dari 24 kerusi ditandinginya selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya 12.5 peratus undi untuk mendapatkan kembali wang deposit.
Antara calon yang kehilangan deposit ialah Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz yang bertanding di Sikamat.
Satu-satunya calon Bersatu yang berjaya mengekalkan deposit ialah R Sanjeevan, pemangku ketua sayap bersekutu parti itu, yang meraih 19 peratus undi di Jeram Padang.
Sebelum ini, penganalisis yang ditemui Malaysiakini berkata jika mahu kekal relevan, Bersatu sekurang-kurangnya perlu menjadi pemecah undi PN namun parti itu turut gagal berbuat demikian.
Sementara itu, Parti Wawasan Negara yang merupakan serpihan Bersatu dan dipimpin bekas timbalan Muhyiddin, Hamzah Zainudin memenangi tiga dari empat kerusi ditandinginya menggunakan logo PN dan calonnya yang tewas tidak hilang deposit.
Satu lagi tamparan terhadap Bersatu berlaku di Nilai apabila Berjasa, parti serpihan PAS, berjaya mengekalkan deposit dengan meraih 18 peratus undi manakala calon Bersatu hanya memperoleh dua peratus undi.
Menurut electiondata.my, kali terakhir Berjasa bertanding pada pilihan raya dan berjaya mengekalkan deposit ialah pada PRN Kelantan 1995.
Urimai yang bertanding di dua kerusi menggunakan logo Bersatu turut kehilangan deposit.
Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali pada kenyataan selepas kekalahan teruk itu berkata parti berkenaan akan mengkaji keputusan pilihan raya bagi memperkukuh kedudukannya.
Dia berkata Bersatu juga akan mempertimbangkan pembentukan gabungan baru berteraskan golongan sederhana dan progresif.
Kenyataan itu dipercayai merujuk Ikatan Prihatin Rakyat, gabungan longgar yang dibentuk Muhyiddin bersama parti komponen PN dan beberapa parti pembangkang lain, termasuk Urimai, Putra, Berjasa, Parti Kemajuan Malaysia dan Parti Perikatan India Muslim Nasional.
Sementara itu, PH turut kehilangan deposit di Palong apabila calon Amanah hanya meraih sembilan peratus undi manakala calon BN memperoleh 88 peratus undi.
PSM, semua calon bebas dan parti Orang Asli juga kehilangan deposit mereka.
PROJEK HUMBANKAN ANWAR BIN IBRAHIM BERJAYA
INI ADALAH
PERJOEK
PERPADUAN
MELAYU UNTUK
HUMBANKAN
ANWAR
BIN IBRAHIM
KHALAS
Gelombang ‘perpaduan Melayu’ BN-PN: PH dalam bahaya
Keputusan pilihan raya Negeri Sembilan menjadi petunjuk kukuh pengundi Melayu yang memilih BN atau PN sejak lima tahun lalu kekal dengan pilihan mereka.
Dengan menyatukan undi Melayu, BN dan PN berjaya meraih 25 kerusi sekali gus memperoleh majoriti dua pertiga di Negeri Sembilan manakala PH tersisih dengan hanya 11 kerusi tanpa seorang pun Adun Melayu di pihaknya.
Bercakap secara ringkas kepada Malaysiakini selepas pilihan raya, ahli sains politik Universiti Sunway Wong Chin Huat berkata keputusan itu menunjukkan BN dan PN yang berkempen atas agenda perpaduan Melayu saling memberikan undi antara satu sama lain.
Ahli sains politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Syaza Shukri pula berkata keputusan pengundian menunjukkan pengundi Melayu yang menyokong BN dan PN mempunyai dorongan tinggi untuk keluar mengundi kali ini.
“Kita selalu fikir apabila peratusan keluar mengundi tinggi, ia disebabkan keghairahan pihak pembangkang untuk melakukan perubahan.
“Dan situasi hari ini, PH dilihat sebagai penyandang (di peringkat negeri dan persekutuan), maka naratif perubahan menentang PH berjaya membawa keluar pengundi Melayu yang mahu mengalahkan PH, khususnya DAP dan menjadi pihak yang mengembalikan ‘kepimpinan Melayu’,” kata Syaza.
Bagi analisis peratusan undi, Malaysiakini akan membuat perbandingan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kali terakhir ketiga-tiga gabungan utama bertanding sesama sendiri di semua kawasan di Negeri Sembilan.
Ini berbeza dengan pilihan raya negeri lalu apabila PH dan BN menjadi rakan kerjasama serta berkongsi undi.
Berdasarkan perbandingan itu, peratusan undi PH di Negeri Sembilan merosot daripada 44.9 peratus pada PRU15 kepada 40.2 peratus dalam pilihan raya 1 Ogos.
Sementara itu, jumlah gabungan undi BN dan PN meningkat daripada 54.2 peratus pada PRU15 kepada 56 peratus. Bersatu yang bertanding menentang PN pula meraih 2.6 peratus undi.
Keseluruhan kadar keluar mengundi bagi PRN Negeri Sembilan pula mencecah 72.6 peratus — 4.3 mata peratusan lebih tinggi daripada PRN 2023 dan 5.9 mata peratusan lebih rendah berbanding PRU15.
Kerusi bertukar tangan
Kekalnya sokongan pengundi BN dan PN dapat dilihat dengan lebih jelas menerusi keputusan di lima kerusi DUN yang diramalkan Malaysiakini akan dirampas daripada PH.
Kerusi berkenaan, termasuk Chennah yang disandang Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mencatatkan jumlah peratusan undi BN dan PN melebihi 50 peratus ketika PRU15 — angka yang berjaya dikekalkan pada pilihan raya 1 Ogos.
Malah, peratusan undi dalam pengundian semalam hanya berbeza beberapa mata peratusan berbanding corak pengundian penduduk kawasan terbabit di peringkat parlimen pada PRU15.
Di Chennah, kadar keluar mengundi mencecah 74.6 peratus, sembilan mata peratusan lebih tinggi daripada PRN 2023, sekali gus menunjukkan pengundi Cina keluar beramai-ramai bagi mempertahankan Loke.
Bagaimanapun, keputusan itu dilihat akhirnya ditentukan faktor demografi. Pertambahan pengundi Bumiputera di kawasan berkenaan membolehkan MCA — dengan sokongan undi Melayu — mencatat kemenangan tipis menerusi majoriti 688 undi.
Selain itu, BN turut berjaya merampas Repah, kawasan yang menyaksikan PH memperoleh 58 peratus undi ketika PRU15.
PRU mengejut?
Kemenangan di Repah dipercayai hasil gabungan kadar keluar mengundi lebih rendah dalam kalangan pengundi Cina yang menyokong PH, serta kemungkinan berlaku peralihan sebahagian undi masyarakat India kepada BN.
Ia juga memberi petunjuk, sekiranya kerjasama BN dan PN diteruskan, sebarang kemerosotan sokongan atau kadar keluar mengundi dalam kalangan bukan Melayu dan orang Melayu progresif yang sebelum ini memilih PH boleh memburukkan lagi kekalahan ditanggung gabungan itu.
Kelompok pengundi ini semakin kecewa terhadap PH dan tanggapan gabungan itu meninggalkan cita-cita reformasi, meskipun kebimbangan berasaskan kaum mungkin mendorong sebahagian mereka untuk terus mengundi gabungan berkenaan.
Dalam senario sedemikian, PH juga dijangka kehilangan banyak kerusi di peringkat parlimen serta di negeri seperti Melaka, Perak, Kedah, Pahang, malah Pulau Pinang.
Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi sudah memberi isyarat gabungan itu berhasrat meneruskan kerjasama dengan PN pada PRN Melaka akan datang.
Jangkaan turut meningkat bahawa kedua-dua gabungan itu mungkin memberi tekanan kepada Perdana Menteri Anwar. bin Ibrahim supaya mengadakan pilihan raya umum mengejut.







