Ahad, 24 Mei 2009

SAMSENG RASUAH TAK ADA?



SHABERY CHIK TIDAK SETUJU SAMSENG JALANAN
- mlayau

Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Shabery Cheek tidak bersetuju istilah samseng jalanan digunakan bagi menggantikan gelaran mat rempit untuk merujuk kepada penunggang motosikal yang berlumba secara haram di jalan raya dan turut berkelakukan ganas.

“Gelaran samseng jalanan agak keterlaluan. Hanya segelintir sahaja dari mereka di kalangan mat rempit yang terlibat dengan jenayah manakala sebahagian besar lagi hanya anak muda biasa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Baru-baru ini Ketua Trafik Bukit Aman, Abdul Aziz Yusof berkata istilah mat rempit perlu ditukar kepada samseng jalanan di samping dikenakan hukuman lebih berat termasuk penjara mandatori kepada golongan ini.


KAH KAH KAH… KAH KAH KAH … KAH KAH KAH…

kah kah kah ….MUNKEE NI ADA OTAK SIKIT… kah kah kah..

kah kah kah…..TAK KAN SEMUA YANG MEREMPIT ITU SAMSENG…kah kah kah…

kah kah kah… SAMSENG ORANG JAHAT… MAK REMPIT HANYA CELOK KIRI… CELOK KANAN… NAK BERMAIN MOTOR.. kah kah kah..

woit... BILA NAK TUKAR ISTILAH POLITIK WANG DENGAN RASUAH?... kah kah kah.



10 ulasan:

  1. Barisan Nasional Akan Bubarkan DUN Perak???
    Khabar angin dimana DUN Perak akan dibubarkan kini tersebar luas. Maka keputusan rayuan hari ini amat penting bagi pihak BN kerana mereka perlu memastikan pembubaran DUN Perak ini adalah dikemukakan oleh MB BN iaitu Zambry.

    read more @ http://gomalaysian.blogspot.com/2009/05/keputusan-mahkamah-rayuan-hari-ini.html
    Regards,
    Malaysian Come First
    GoMalaysian.Blogspot.Com
    http://gomalaysian.blogspot.com/n

    BalasPadam
  2. salam.

    takpe, dia tak tukar istilah politik wang tu pun takpe. sebab dalam mindset saya dah memang politik wang = rasuah. dia konar la sini sana pun, tak dapek, jang.

    BalasPadam
  3. Soalan:

    MAT rempit, singkatan 'MAT' tu untuk apa? Mamat? Kemat? Comat? Atau, Gelimat? (rujuk 'gelimat' di youtube).

    Cadangan:

    Motosikal? Remaja? Kaitan..?? 'Remaja Riang Ria Bermotosikal'.

    BalasPadam
  4. kah kah kah...BILA NAK TUKAR...NADI RAKYAT KEPADA NADI KELENTONG...kah kah kah

    BILA NAK TUKAR...RAKYAT DIUTAMAKAN KEPADA...AKHIRNYA PEMIMPIN YANG KENYANG...kah kah kah

    BILA NAK TUKAR...RUMAH PEMIMPIN JENIS BUNGLOW BESAR...KEPADA JENIS TERES...kah kah kah

    BalasPadam
  5. Shaberi harus adakan sukan untuk mat-mat rempit dalam bidang sukan bermoto rempit grand prix.

    Untuk mat motor yang lebeh ganas bolih di adakan pertanding 'Snatch those bags "

    Aktibiti tersebut boleh kurangkan mat-mat motor di jalanraya dan para tourist-tourist akan sedar keunikan Malaysia .
    Mat rempit sudah lama jadi budaya negara ini.
    mat rempit harus digalak untuk jadi pofessional, Shaberri harus galakan kerajaan untuk ada kan gaji minimum , mat rempit mesti ada kerja tetap untuk masok pertandingan Rempit Grand Prix.
    Dah lama sukan moto capcai diberhentikan.
    Kalau shaberi prihatin, harus juga sediakan insuran kemalangan yang lebeh baik untuk mat rempit.

    BalasPadam
  6. bazir duit tax aku jek buat cup prix ke ape utk mat rempit ni..
    layan jek mat2 rempit ni cam penagih/penjenayah senang...
    takde faedah pn aktiviti tu, apsal sume nak sokong utk dilayan baik2..
    nanti jadi cam sekolah takleh rotan murid tu...sekali budak naik kepala..naik tocang..
    dr layan mat rempit, baik layan yg tak merempit, tp takde aktiviti nak buat..
    gunekana wang dana utk rakyat utk yg betul2 menghargai dan sayang kepada negara...
    hanya bazir wang sahaja apabila dikasi kepada warga yg bukan sekadar tak sayang negara, nyawa sendiri pn tak tau nak jaga baik2.

    BalasPadam
  7. Cicit Riau Bayan Putih24 Mei 2009 pada 3:17 PTG

    Kalau suka merempit = Mat Rempit
    kalau suka meMonggol = Mat Monggol
    kalau suka meMandela = Mat Mandela

    Mana citer anak RPK ni Abg Isham? Ekekekekeke

    BalasPadam
  8. POLITIK WANG ITU LAIN,RASUAH ITU LAIN.
    KAH KAH KAH...
    MANA BOLEH TUKAR...
    POLITIKWANG ITU = AKU MEMBERI AKU MERASA.
    RASUAH ITU KEJI...
    POLITIK WANG OK...
    KAH KAH KAH..

    BalasPadam
  9. kalo umno politik wang...
    kalo pas?

    BalasPadam