Selasa, 16 November 2010

SATU LAGI BANTAHAN




KENYATAAN MEDIA
MUSTAFFA KAMIL AYUB
NAIB PRESIDEN KEADILAN / CALON TIMBALAN PRESIDEN KEADILAN

16 NOVEMBER 2010

PERJALANAN PEMILIHAN 2010 MASIH BELUM MEMUASKAN. PEMILIHAN 2010 MESTILAH DITANGGUHKAN. TINDAKAN TEGAS JPP DAN KEPIMPINAN DIPERLUKAN.


Saya ingin menegaskan bahawa perjalanan pemilihan beberapa hari yang lalu masih belum memuaskan. Unsur-unsur kelompongan yang paparkan dalam memorandum lalu masih berterusan.

Beberapa aduan tambahan sedang dalam proses dan beberapa orang calon juga sedang memfailkan beberapa kes khusus untuk disiasat.

Ingin ditegaskan bahawa saya meneruskan bertanding jawatan timbalan presiden di dalam protes. Dalam ertikata kita masih sangsi dengan perjalanan pemilihan yang ada, namun demi menyelamatkan perjuangan dan parti serta keadaan, saya meneruskan pertandingan.

Saya tetap berpendirian yang juga mewakili sejumlah anggota yang signifikan, bahawa pemilihan 2010 mestilah ditangguhkan bagi memberi masa segala aduan dan bantahan ditangani, proses penambahbaikan JPP, logistik dan semua persiapan pemilihan. Dalam masa yang sama mengambil tindakan tegas dalam membetulkan dakwaan dan tanggapan meluas campurtangan pimpinan tertentu memperalatkan JPP.

Tidak ada aibnya kepimpinan mendengar keluhan akarumbi dalam persoalan ini. Malahan rakyat Malaysia akan melihat betapa kepimpinan KEADILAN benar-benar peka dengan sebarang permasalahan, bermula dengan pengendalian persoalan dalaman dan kemudiannya keluhan rakyat keseluruhannya.

KEADILAN sewajarnya benar-benar tampil mewakili aspirasi rakyat serta menawarkan model yang terbaik kepada rakyat Malaysia termasuk proses pemilihan parti yang demokratik dari segi konsep serta perlaksanaannya.


“KESINAMBUNGAN PERJUANGAN”
“KEMBALIKAN SUARA RAKYAT”



MUSTAFFA KAMIL AYUB
Naib Presiden KEADILAN
Calon Timbalan Presiden KEADILAN


12 ulasan:

  1. http://www.freemalaysiatoday.com/fmt-english/politics/pakatan-rakyat/12927-phantoms-haunt-pkr-kelana-jaya-too

    Komen sikit bro..

    BalasPadam
  2. Bukti dah smakin banyak didedahkan, tapi takde satu pun penjelasan konkrit dari yang kat atas2.

    Kesian Zaid, cari keadilan untuk rakyat dalam sebuah parti yg bernama "Parti KeADILan Rakyat". Kenyataannya "Keadilan" yang ditemui hanyalan sekadar nama bagi sebuah parti yang sekarang jelas bukan untuk rakyat.

    Para pemimpinnya dah semakin menyimpang atau mungkin kembali kepada naluri asal parti lama mereka2 dulu.

    Lantak korang la...

    BalasPadam
  3. Pemilihan MPP di Cabang Pasir Salak,terpaksa dibuat dibawah pejabat apabila bekas Pemangku Ketua Cabang Pasir Salak Hj Mustaffa Kamil Ayub yang juga calon Timbalan Presiden tidak membenarkan pejabat itu digunakan sebagai pusat pemilihan MPP.


    Menurut kata Ketua Cabang Pasir Salak Hj Osman Abd Rahman(Calon MPP), salah seorang bekas AJK Cabang telah menghantar sms pada jam 12.45 pagi(Sabtu) memaklumkan kepada beliau bahawa tidak dibenarkan menggunakan pejabat untuk tujuan pemilihan atas ARAHAN HJ MUSTAFFA KAMIL AYUB.Bagi menyelesaikan situasi itu, Ketua Cabang terpaksa menyewa 3 buah khemah secara tergesa-gesa bagi mengelak timbul sebarang masalah.


    Ternyata perasaan dendam dan iri hati masih tebal dalam diri Mustaffa.Layakkah beliau untuk diangkat sebagai Timbalan Presiden..?

    Alasan yang beliau berikan, tuan empunya rumah kedai tersebut tidak beri kebenaran..? Ye ke tuan kedai tak bagi kebenaran..? mengapa masa pemilihan cabang tidak timbul sebarang masalah..!

    Ketika pemilihan cabang di Pasir Salak yang lalu, semasa ucapan aluan, beliau telah menyatakan kepada ahli-ahli yang hadir supaya memilih beliau sebagai Ketua Cabang kerana beliau adalah bakal Menteri Besar Perak sekiranya PR kembali memerintah negeri.

    Itu belum cerita bagimana beliau berjumpa Datuk Seri Anwar bersama-sama YB Yunus, Jamal dan Osman dan menuntut supaya beliau dilantik sebagai MB Perak (walaupun kalah) semasa PR menubuhan Kerajaan Negeri Perak waktu itu. Belum bertanding dah mengaku sebagai MB Perak..Sedarlah wahai Hj Mus..ahli cabang menolak kamu mentah-mentah.


    Kalau berceramah,bercakap soal Islam dialah NO 1, tapi sifat yang ada dalam diri beliau tidak pernah beliau muhasabah.

    BalasPadam
  4. Kalau Azmin yang protes: Hari ni protes semalam dah ambil tindakan!

    Ahli PKR dah jadi anjing = "Anjing menyalak bukit"

    KAH KAH KAH (pinjam gelak tuan tanah)

    BalasPadam
  5. mari pakat masuk pas semua...

    BalasPadam
  6. yang tak puas hati tu pasal apa?

    Sebutlah satu-satu.
    perjalanan tak betul tu bahagian mana?
    Kenapa main sembunyi2 ni

    kita parti bawahan ni nak tahu juga
    part mana yang tak betul
    part mana yang tak adil
    part mana yang masih lompong

    bagi tahu la mustafa
    jangan bagi kita orang main teka teki
    kang parti lingkup terus

    yang kutuk sana sini pun bukan tahu sangat cerita sebenar
    yang sokong sana sini pun bukan tahu sangat cerita sebenar

    semua main teka teki
    semua main hentam keromo

    Mustafa kena jelaskan
    mana lompongnya
    mana tak betulnya
    mana sengetnya
    mana tak adilnya

    baru semua ahli faham!!

    BalasPadam
  7. Kalau dah asal usulnya dari umNO....maka akan jadi la benda benda macam ni. Berpuak-puak nakkan kuasa dan pangkat. Masih menebal lagi jiwa umNO tu sebenarnya.

    Jom pakat-pakat masuk PAS.

    BalasPadam
  8. kalau aku dangan kawan-kawan aku nampak muka kau tukar tiub kat kongres.kita orang akan ludah muka kau sorang sekali.

    kau bukan ahli parti tapi tapi kau bikin onar dalam parti ini.siapa kau tukar tiub.

    di kelantan waktu kongres terhegeh-hegeh makan kat vip.kau kan mengaku sosialis apa hal kau x tegur dia orang tapi kau join..kau sosialis taik kuching...

    kau perosak parti blah lah kau..aku nak tengok muka kau kali ni kat kongres..memang kau akan kena ludah.

    BalasPadam
  9. mamat ini ker yang pergi bagai pahlawan, balek bagai pondan?

    BalasPadam
  10. Aii...

    Takkan si Mustafa je nak kena jelaskan, yang kat atas2 tu korang taknak suh bercakap ke?

    Kalau yang kat atas2 tu main dok senyap je, baik turun je kat bawah. Dok kat atas tu mungkin dengar tak brapa jelas, cuba dok kat bawah mungkin boleh join skali aktiviti cakap2 nih.

    BalasPadam
  11. kebanyakan mp dan adun PKR masih masih menjiwai pemerentahan ala UMNOAPCO, nak kaya cepat sahingga boleh dibeli macam sundal.

    minta rakyat beri sokongan pada PAS..

    BalasPadam