TAUFAN MELANDA
TRUMP DAN NAJIB
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh53e2y9JrhCzpYQsml7AZfs8zmuWG74XkcvDN40WT8CCF2QRjEh97Mdcau6UwWC9qexZ0X2sRxDFpTa4r8-hF2n6PSPPt_DXPvGRXTVs_afgf8PsroMSWLjaOoRfm23c0nZKKtDeP4nIdC/s320/WALL+STREET+JOURNAL.jpg)
Ketika tulisan ini digarap trajedi sedang melanggar Amerika. Laporan terus sampai tentang taufan Irma yang sedang menuju ke Florida. Ribut taufan Irma ini bergerak 105 batu satu jam.
Ada kepongan dan ada ribut taufan. Apa sabenarnya sedang berlaku? Kenapa Najib ke Amerika? Kenapa Trump menjemput Najib? Apa berita dibelakang taufan Irma? Apa yang tersurat dan apa yang tersirat?
Kesahnya bagini: Ketika Trump berkempen dahulu ada seorang Mamat bernama Encik Healy Baumgardner- Nardone. Mamat ini gila sampai nak mati bertungkus lumus kerkempen untuk memastikan Trump menang.
Berpolitik bertujuan untuk mendapat kuasa. Kuasa ingin dirampas atau dimiliki untuk dapat menguasai punca punca ekonomi. Kuasa dan ekonomi macam isi dengan kuku.
Di Amerika, di Peranchis atau di Malaysia hukum ini sama. Malah hukum sosial ini sama sahaja dimana pun dalam dunia ini. Kuasa dan ekonomi berjalan sebaris. Malah asas kehidupan manusia adalah ekonomi. Ekonomi paling asas ialah mencari makan, tempat tinggal dan pakai.
Maknanya untuk kita terus hidup kita perlu makan, rumah dan pakaian. Ertinya kita perlu pekerjaan. Ertinya Si Mamat Healey perlu hidup untuk cari makan.
Justeru sesudah Trump menang si Mamat Healey ini tidak pula dilantik untuk bekerja dalam kabinet Trump. Tapi untuk ‘ cari makan’ bukan hanya satu cara menjawat jawatan dengan Presiden. Si Mamat Healy ini menubuhkan syarikat lobi bernama Godfrey Group Limited.
Apa dia syarikat lobi ini?
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgMlgJTypvGp1Q5vSK5kD2ACs9fannfUADd1dsKtGqGpzcDpuhUuW7z_DxMEkmq21oMhUUVuFXpj78I_k0McgGdRxtrvcuU01QzeP2f-c1EMBQJnS5GRblbGgCVr285hydzq03fyi454Qay/s320/NAJIB+LARI+POLIS+AMERIKA++KEJAR.jpg)
Kerja para pelobi ini ialah melobi para Senator atau ahli Dewan Kongres atau Presiden untuk meluluskan atau membatalkan undang-udang yang ini atau akta yang itu.
Misalnya syarikat rokok akan melobi Presiden agar tidak meluluskan akta pengharaman iklan rokok dimedia. Atau syarikat pembuat senjata api akan menggunakan khidmat pelobi untuk melobi Kongres agar tidak meluluskan akta mengharamkan warga Amerika dari memiliki senjata api. Atau kumpulan LGBT melobi untuk diluluskan hak kahwin sajenis.
Hakikatnya makhlok pelobi ini akan memujukan rayu para Senator atau ahli Kongres atau Presiden untuk kepentingan towkay atau negara yang melanggan mereka.
Di Malaysia makhlok ini dikenali sebagai ‘ ghurka’ atau ‘ pejaga gate’. Kalau nak jumpa Najib , atau Menteri Besar atau nak berjumpa Rosmah maka khidmat ‘ penjaga gate’ ini diperlukan. Makhlok ini juga diupah. Berapa bayaran tidak diketahui. Ini kerana di Malaysia ini para ghurka dan penjaga gate ini tidak berdaftar saperti di Amerika. Di Malaysia jadi ‘ghurka ‘ bukan jawatan resmi. Justeru tidak ada sumbangan KWSP.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj3sP88YiXeGRFrbtAHCoBpJg1xGnXualhB9mUYuEAzXmsNLWx9771fPjAKCH8V6uDvZfatofsODvXZmUMk7FhiyuQeBE6ZhGcv_bT-OrzExV03Mr2dOO52TDtP2Oahv6SpEWgiYuzKzIpK/s1600/PINK+DIAMOND.jpg)
Hakikatnya ada fulus semua lulus.
Kalau Najib dijemput datang ke Rumah Puteh untuk tujuan apa? Apa hebatnya berada di Rumah Puteh?
Mula-mula semua pasti ingin tahu apa untungnya Trump jumpa Najib. Jawabnya senang sahaja. Bila Trump berjumpa Najib maka satu beban atas dirinya telah selesai. Segala hutang piutang Trump dengan Encik Healey selesai. Segala janji manji berbalas budi dengan syarikat Godfrey tuntas. Trump tidak mengeluar Healey walau pun satu sen. Yang wajib membayar hutang Trump ialah Najib. Bila Najib membayar Syarikat Godfrey Group Ltd maknanya kita semua rakyat Malaysia yang membayar bil Najib. Cilaka ke tidak celaka pekara ini?
Lalu diwar warkan bahawa Trump minta bantuan agar Amerika dapat berkerja sama dengan Malaysia dalam usaha meminggirkan Korea Utara. Ini cerita resmi untuk bacaan warga Amerika. Kesah karut lagi marut ini telah diketahui lama.
Ada lagi satu cerita yang terselit terkepit tersorok. Saperti hadis saheh yang belum diumumkan. Trump ini sorang kontrektor bukan dari kelas F. Dia kontrektor bertaraf dunia. Trump juga seorang ahli peniagaan yang berjaya. Dia buat bangunan dan membuka kilang di China Merah. Dia mendirikan hotel enam bintang di Bali Indonesia.
Maka pastilah Encik Healy ketika merayu Trump agar menjemput Najib akan bersurah tentang pulau pulau di Sabah, pantai-pantai di Sarawak dan tanah-tanah dalam bandar Malaysia yang boleh ‘ dibuka’ oleh Najib kepada Trump jika Najib dijemput.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiTGQASOw-rx1U7b-r1n_kYFv70PzbKsH74iC9LFt4BNJ6vY2WAf-220w4vscgVjeCpjLuUezAuhPkT4LHZACDeYHZ_foJ3BoSJ_GDWRWZaoEa8Ua68Rh4nB_ALUkV_x_PeQl2uzZ-QK3f-/s200/NAJIB+-+SIAL.jpg)
Tetapi sesudah Najib dijemput kenapa akhbar Washington Post (WP) dan Wall Street Journal (WSJ) mengeluarkan berita mengutuk Trump kerana menjemput Najib. Malah WSJ menulis lidah pengarang - baca sekali lagi - LIDAH PENGARANG - meminta Trump membatalkan jempuatn keatas Najib.
Ini lidah pengarang dari WSJ bukan lidah pengarang dari Harakah atau Baca Ria. WSJ ini adalah akhbar wajib untuk semua ahli politik Amerika. WSJ ini mengariskan apakah dasar yang wajib diambil oleh Amerika.
Akhbar WSJ adalah suara hati Wall Street - wilayah peniagaan terunggul dalam dunia. Turun naik nilai dolar, nilai apa sahaja mata wang dan harga minyak, harga emas dan harga semua galian dalam dunia ini - semua bergantung dengan Wall Street.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiI87v2YquV4XIPB56uMheLG_g8FITBGhcJzMCc5K49bLANj24l3rIOTaLxktXw_P5sW_SfdLt8jZs411qGADlTZvDoffJ6PbNJnV_n8jotwaNrcnybbzbaefKt0ZtXMY3NOeSqfn6laLuf/s320/sirul_altantuya_najib_600.jpg)
Semua ahli perniagagan dunia dan tuan pemilik modal di Amerika akan membaca WSJ kecuali Mat Tokan ganja dari Harlem yang tidak membaca WSJ.
Sepintas lalu kelihatan semua ini saperti perangai Mat Saleh kurang ajar. Tak tahu budi bahasa. Tidak sopan kepada tetamu. Kenapa akhbar numero uno paling berpengaruh di Amerika mengutuk Najib.
Jawabnya senang sahaja. Media Amerika dan elit politik Amerika mahu menyingkirkan Najib isteri Rosmah… opps… maaf Najib suami Rosmah. Ini bukan kerana mereka menyokong hak demokrasi rakyat Malaysia. Atau media Amerika menyokong perjuangan Otai Reformasi yang mahu Anwar dibebaskan. Atau bersetuju dengan dasar Pakatan Harapan. Bukan. Bukan. Bukan.
Jadi kenapa media elit Amerika mahu Najib digulingkan?
Memang jelas ada konspirasi terancang untuk menyingkirkan Najib dari menjadi Perdana Menteri Malaysia. Memang jelas elit media dan elit politik Amerika mahu Najib diundurkan.
Ingati kembali : pada 20 Julai 2016 - Peguam Negara Amerika Puan Loretta Lynch telah memulakan siastan sivil terhadap kes rompakan 1MDB.
Ini permulaan kita berkenalan dengan jantan China bernama Jho Low, dengan Riza Aziz anak Rosmah dengan suami pertamanya dan dengan Tuan MO1.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhmIJ0cS0FiwQ30mWj_l6cqcChpjuv3AGsEYovgtnFDNj-UtG_SOJEpf-lyBeQCJq_p2N-O9P_0whEmtrJwtBpcr_RACqjV7MKHyY6rAilG44RHyizzqJ6r-Pkm0X89_Hm8DSZYuq-LTopL/s320/Najib-Razak-Interpol-Red-Notice1.jpg)
Skandal 1MDB ini telah meledak untuk menjadi kes rompakan yang terbesar dalam dunia. Belum ada tahap rompakan yang pernah berlaku saperti yang telah berjaya dilakukan oleh Najib dan Rosmah.
Dalam saman sivil awal ini Jabatan Keadilan Amerika - Department Of Justice (DOJ) tidak menyebut nama Rosmah atau Najib.
Tup Tup bulan Ogos 2017 - satu tahun kemudian semua beralih. Kali ini 1MDB dari kes sivil telah menjadi kes jenayah. Kali ini DOJ telah menyebut nama isteri MO1. Nama isteri MO1 ini muncul keran ada rantai intan berlian yang dihadiahkan oleh jantan China Jho Low kepada Rosmah.
Rupa-rupanya bukan Rosmah sahaja yang mendapat hadiah. Leonardo diCaprio jejaka kacak Holywood telah mendapat hadian lukisan dan tropi Oscar milik arwah Marlon Brando. Model Cun Bergetah Miranda Kerr juga saperti Rosmah telah mendapat intan berlian.
Pada minggu itu - media dan akhbar diseluruh dunia heboh bagai nak rak saperti Korea Utara telah meledakan bom nuklear. Ini kerana berita terbaru dari DOJ ada memuatkan protoganis jejaka kacak, ada Minah Cun Bergetah dan ada sama kesah Mak Janda Gemok.
Sebelum Najib bergerak ke Amerika, akhbar WSJ telah mencadanghkan agar jemputan ini dibatalkan. Alasan yang paling afdal ialah Amerika dalam darurat kerana serangan Irma yang sedang menuju ke pantai Florida.
Ketika tulisan ini digarap diberitakan Najib tidak akan mengadakan sidang akhbar bersama Presiden Truimp. Apakah Najib dan suaminya Rosmah… opss maaf… dan isterinya Rosmah dapat menepis taufan media Amerika? Kenapa Najib masuk ke dalam perangkap taufan media Amerika ini.
Kita tunggu minggu hadapan. (tt)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjr8RNDwQsD4pFedvTS9SQoPYADtbTliBTY00x-6XrgRtuEu0ma8X_4AfVBtx90UGBy_BlE14GuioNhxL33SeYOQIhHt2OEUaD9tuNArqsDQ7qoerOJcd6lzffdnFDO_Voefx7r-pdmPjBs/s280/Altantuya+-+drag+murder+visual.jpg)
--------------------
insya allah, dua dua terus mampos
BalasPadamtapi
jangan mampos terus!
mesti kena dera teruk dulu!!!
dua dua kerabat mesti PUPUS
Saya cuma nampak 2 youtuber yg bagi komen sesuatu yg tak pernah berlaku dengan
BalasPadamtaufan atlantic, iaitu boleh naik power dan buat corner baring dari darat menghala
ke pantai semula.
Kalau main nombor sudah kena jackpot toto 67milion dah.
Kenapa? Tak percaya! KahKahKah
IRMA TURNS BACK TOWARD THE GULF/HOUSTON WATCH.
https://www.youtube.com/watch?v=-Jwq2aQXK1E
"Hurricane Irma energy soars over Houston after a 5000 mile journey - Seriously, what are the odds?"
https://www.youtube.com/watch?v=bnHs-qgJ18Y
Controlling Hurricanes: Harvey, Irma, And Now Jose? ( Dane Wigington GeoengineeringWatch.org )
https://www.youtube.com/watch?v=BFlSCPPRRYE