RoS umum keputusan permohonan pinda perlembagaan Umno selewatnya 16 Julai
Keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) berhubung permohonan pindaan perlembagaan Umno akan diketahui selewat-lewatnya pada 16 Julai ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh RoS dalam kenyataan ringkas kepada Bernama hari ini.
Mei lepas, Umno sebulat suara meluluskan pindaan perlembagaan parti yang membolehkan pemilihan parti diadakan tidak melebihi tempoh enam bulan selepas pilihan raya umum, untuk memberi ruang kepada ahli menumpukan usaha kepada gerak kerja pilihan raya.
Notis pindaan perlembagaan itu dikemukakan kepada RoS pada 17 Mei, dan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini dilaporkan berkata RoS mempunyai masa sehingga 60 hari untuk membuat keputusan berhubung permohonan pindaan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan