Rabu, 10 Januari 2024

HARGA BARANG


HARGA BARANG


RABU 10 JANUARI 2024
TAHUN BARU DAH MASUK 10 HARI
JENG JENG JENG

MALAYSIA MASIH HEBOH
DENGAN LANGKAH DUBAI
KAH KAH KAH

BAWANG OOO BAWANG
KELMARIN GUA BACA
BERITA PENGGUNA MARAH
HARGA BAWANG NAIK

GUA GUNA BAWANG TIAP HARI
GUA MASUK BAWANG SEGAR
DALAM SALAD
JADI GUA TAHU HARGA BAWANG

TIGA MINGGU DULU BAWANG
NAIK HARGA DARI 5RM KE 8RM
UNTUK SEKILO
NAIK 3 RM MENDADAK

SABTU LALU GUA BELI BAWANG
DAH ADA DUA HARGA
8RM SEKILO BAWANG DARI INDIA
7RM SEKILO BAWANG DARI CHINA
GUA BELI BAWANG
DARI INDIA
GUA CUBA  ELAK
BELI BAHAN MAKANAN DARI CHINA
KERANA
LEBAI GOOGLE BERI NASEHAT
AWAS BANYAK MAKANAN PALSU
DARI CHINA MERAH

GERMAN
PAK TANI SEDANG BERDEMO
MEREKA RANCANG DUDUK
DI JALAN RAYA SELAMA 1 MINGGU
BUKAN DUDUK KOSONG
MEREKA BAWA LORI
TREKTAR JENTOLAK
MESIN KERETA
DUDUK DEKAT PUSAT BANDAR
MEREKA BANTAH SABSIDI
MINYAK DISEL DI TARIK

KERAJAAN DAH SETUJU  TANGGUH
UNTUK TAHUN INI
PAK TAN MAHU PROGRAM
INI DIBATAL SEMUANYA

GERMAN DALAM KRISIS
ADA DUIT BERI PADA UKRAINE
TAK DA DUIT CUKAI
RAKYAT SENDIRI
KAH KAH KAH

AMERIKA
TOLAK GENCATAN SENJATA DI GAZA
PERANG DI TERUSKAN
KALAU ADA GENCATAN SENJATA
AMERIKA KAAT :
YANG UNTUNG HAMAS

AMERIKA MAHU
BANTUAN KEMANUSIAN
DI HANTAR KE GAZA
AMERIKA DALAM POKET ZIONIS

KOREA SELATAN
LULUS AKTA HARAMKAN
JUAL DAGING ANJING
JENG JENG JENG

HOKKIEN
PAGI INI BASAH SEGAR
MATA HARI TAK KELIHATAN
KL & KL SENTRAL BERKABUS NIPIS
PETANG KELMARIN HUJAN 
TAK LAMA TAPI BASAH

CENGKERIK BERSIMPONI
HA HA HA
GUA TERNAMPAK SAEKOR PIPIT
BERSENDIRIAN ATAS JALAN
MUNGKIN DI TINGGAL OLEH KAWAN
WATAK PIPIT 
MEREKA TERBANG CARI MAKAN
DENGAN KAWAN KAWAN

HUJAN PANAS HUJAN
MENJADIKAN BUMI SUBUR
KEMBOJA BUNGA RAYA
DAN PELBAGAI BUNGA
KEMBANG BERSERI
DI HOKKIEN

HARI INI AKAN PANAS
BALKONI GUA DAH PENUH
DENGAN CAHAYA  MATA HARI
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT RABU
DENGAN SENYUMAN

BRO
SAPA YANG BIJAK?
DIA YANG BELAJAR 
DARI SEMUA ORANG

SAPA YANG BERKUASA ?
DIA YANG MENTADBIR
 DENGAN JUJUR

SAPA YANG KAYA ?
DIA YANG MERASA CUKUP

SAPA DIA TU ?
TAK DA SAPA

BRO
CIK GU YANG PALAT
BERI TAHU
CIK GU YANG BAIK
MENERANGKAN
CIK GU YANG BIJAK
MENUNJUKKAN
CIK GU YANG GURU
MEMBERI INSPIRASI

BRO
SOSOK BIJAK BERSUARA
KERANA DIA ADA SESUATU
UNTUK DICAKAPKAN
MAT BEBAL BERCAKAP
KERANA DIA NAK BERCAKAP
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERABU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan