Ahad, 5 Mei 2024

MEDIA ASING SERANG MADANON - BILA NAK SAMAN BLOOMBERG ?



Media asing serang Malaysia dengan laporan tidak beretika, kata Anwar

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim menyifatkan laporan media asing berhubung pemotongan subsidi bahan api sebagai tidak beretika dan tiada keputusan muktamad dibuat di peringkat kabinet berhubung isu itu.

“Saya dapati kebelakangan ini, mungkin kerana pendirian kita terhadap politik yang tegas, maka media jiran dan antarabangsa terus menyerang dari segi berita yang negatif, umpamanya isu pembangunan kasino (di Johor)…ia tidak pernah dibincangkan dan tidak pernah sampai ke maklumat saya tapi ia dijadikan isu panas.

“Kemudian isu penarikan subsidi diesel, walaupun ada perbincangan awal tapi tidak ada keputusan muktamad berkenaan tarikh pelaksanaan. Kaedahnya perlu diterangkan. Prinsipnya supaya ia tidak membebankan rakyat,” katanya lapor Bernama.

“Kita terima prinsip kebebasan (media) tetapi ada etika berdasarkan fakta. Memetik maklumat perlukan daripada sumber yang boleh dipercayai. Perkara sebegini adalah soal dasar yang memerlukan kerajaan beri notis dan pengumuman,” tambahnya.

Semalam sebuah akhbar berita asing melaporkan Malaysia merancang untuk mengurangkan subsidi bahan api sebagai sebahagian daripada langkah pembaharuan ekonomi.

Laporan itu memetik sumber industri dan kerajaan yang mendakwa harga diesel akan diapungkan mengikut harga pasaran dalam beberapa minggu pasca Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini.

Ia juga mendakwa langkah itu akan diikuti dengan kenaikan harga runcit petrol.

Susulan itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Kabinet belum lagi membincangkan kenaikan harga petrol dan diesel.

Fahmi yang juga jurucakap kerajaan menolak laporan media antarabangsa itu.

“Saya meneliti perkara itu dan saya boleh sahkan di sini saya ahli Jemaah Menteri, kita belum bincang perkara ini pun. Jadi, don’t put the cart before the horse atau jangan umum sesuatu perkara itu sebelum Kerajaan umumkan.

“Kita lihat ada beberapa akhbar yang berpangkalan di luar negara telah mendahului proses dan saya harap semua pihak termasuk media mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi,” katanya

Menteri itu mengingatkan semua media supaya tidak menyiarkan laporan berdasarkan sumber yang belum disahkan atau dikenal pasti. – 5 Mei, 2024.

MEDIA ASING

MULA SERANG

MADANON

KAH KAH KAH

PASAI APA

DEPA SERANG

AMIN

INI SAMA MACAM

NEW YORK TIMES

BUKA KESAH 1MDB

KAH KAH KAH

KALAU FITNAH

MENGAPA TAK SAMAN

BLOOMBERG ?

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

  1. Dia tunggu Najib saman WSJ dulu hari selasa, baru dia nak saman Bloomberg hari rabu, yang dulu didulukan, kah kah kah

    BalasPadam