Rabu, 25 September 2024

KERAJAAN AKAN RUNTUH ?



Walaupun majoriti dua pertiga, Anwar boleh jatuh bila-bila masa, kata Mahathir


Dr Mahathir Mohamad tampil menyokong keputusan Perikatan Nasional (PN) untuk menolak draf perjanjian dirangka pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk kekal berkuasa, dengan mengatakan ia bertujuan untuk melayani permintaan rakan kongsi terbesarnya - DAP - dengan menghalang isu berkait Islam dan Melayu daripada menjadi naratif politik.

Bekas perdana menteri itu berkata walaupun dengan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, kerajaan campuran sentiasa berdepan dengan kejatuhan seterusnya menamatkan pentadbiran Anwar.

Beliau berkata kedudukan Anwar semakin terdedah kerana pemimpin Umno dan ahli Parlimen masih tidak sehaluan dengan DAP.

"Jika Umno tidak sokong gabungan, Sarawak juga tidak akan sokong," kata Mahathir merujuk kepada GPS, rakan kongsi yang dilihat tiada pilihan tetapi menyertai kerajaan Anwar selepas pilihan raya umum 2022.

"Jika Umno dan Sarawak tidak sokong, kerajaan akan jatuh. Oleh itu mulut orang Melayu perlu ditutup. Dengan itu diperkenal 3R dan kemudian MoU," katanya merujuk kepada singkatan bagi perkara menyentuh Melayu, Islam dan raja.

PN muncul sebagai blok pembangkang Melayu terbesar sejak merdeka, setelah menang di kubu kuat Umno pada Pilihan Raya Umum ke-15 dan pilihan raya negeri yang diadakan sembilan bulan selepas itu.

Manakala PH sering menuduh gabungan itu mengeksploitasi sentimen "3R" untuk kekal relevan dalam kalangan orang Melayu, yang turut menyaksikan pemimpin dan penyokong pembangkang sering menjadi sasaran siasatan polis di bawah Akta Hasutan.

Mahathir berkata langkah untuk mengharamkan "3R" adalah untuk melayani kehendak DAP, yang merupakan rakan kongsi terbesar dalam gabungan persekutuan.

"Parti yang terkuat dalam gabungan ini ialah DAP dengan 40 kerusi. Bagi PMX (Anwar) tuntutan DAP perlu dilayan jika ia ingin kekal sebagai PM. 

"Sebaliknya Umno dengan wakil rakyat Melayunya agak tidak senang bekerjasama dengan DAP," tambahnya.

Draf MoU disediakan kerajaan campuran Anwar merupakan respons kepada gesaan supaya ahli Parlimen pembangkang diberi peruntukan sama rata.

Antara lain, kerajaan meletakkan syarat ahli Parlimen pembangkang tidak boleh mencabar kedudukan Anwar sehingga akhir penggal.

Ia turut meletakkan syarat melarang pembangkang daripada membangkitkan isu yang ditakrifkan sebagai "3R".

PN menganggap syarat itu bukan sahaja tidak demokratik tetapi juga menghalang mereka daripada memainkan peranan sebagai pembangkang.

Idea MoU itu dicetuskan Anwar walaupun beliau berulang kali mendakwa mempunyai sokongan majoriti dua pertiga.

Selepas pilihan raya umum lalu, PH yang dipimpin Anwar bergabung dengan Barisan Nasional diketuai presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi. 

Gabungan itu kemudiannya disertai GPS, yang menjelaskan keputusan itu sebagai mematuhi titah diraja.

MoU itu menyerupai perjanjian ditandatangani bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob dan PH pada 2021, yang bertujuan menghalang pilihan raya mengejut di tengah-tengah pandemik Covid-19 disebabkan kejatuhan kerajaan.

Inti utama perjanjian antara Ismail dan PH adalah agar kerajaan meluluskan undang-undang menghalang ahli Parlimen melompat parti, langkah yang dilihat ketika itu memberikan kelebihan kepada PH.

WOIT

KAH KAH KAH

KERAJAAN AKAN

RUNTUH?

KAH KAH KAH

BIAR BETUL

PASAL MELAYU

DALAM UMNO

TAK SUKA DAP?

JENG JENG JENG

PASAL MELAYU

DALAM UMNO 

TAK SUKA ZAHID

JENG JENG JENG

INILAH MASA

SABAH SARAWAK

BOLEH MINTA 

APA SAJA

KAH KAH KAH

PASTI DAPAT

KALAU TIDAK

KERAJAAN RUNTUIH

AMIAN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan