Khamis, 26 Disember 2024

ANWAR DEMAM !!!


PRABOWO

TAK DEMAM

ANWAR YANG DEMAM


Semalam, Anwar Ibrahim sepatutnya mengadakan mesyuarat dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto di Langkawi.

Tetapi, Anwar yang sudah berada di Langkawi kemudian memaklumkan mesyuarat itu tidak dapat diadakan kerana Prabowo demam.

Katanya, Prabowo meminta mesyuarat itu ditangguhkan beberapa hari.

Bagaimanapun hari ini, Setiausaha Kabinet Indonesia, Teddy Indra Wijaya, menjelaskan,  Prabowo berada dalam keadaan sihat dan tidak demam.

Bahkan beliau menambah, Prabowo menghadiri beberapa siri mesyuarat sebaik pulang dari Sidang Kemuncak D8 di Kaherah, semalam.

“Tidaklah (Prabowo demam),” ujar Teddy sebagaimana dipetik akhbar Kompas.

Malah, kata beliau, sejurus tiba dari Kaherah, Presiden Indonesia itu segera mengadakan mesyuarat tertutup.

“Ada videonya yang telah tersebar,” kata Teddy lagi.

Laporan berita Teddy  itu kemudian segera dikongsi memenuhi ruang media sosial Malaysia,  sambil kecaman menghujani Anwar kerana didakwa tidak berkata benar @ bercakap bohong.

Tidak kurang yang mengaitkan dengan pelbagai bohong berkaitan banyak janjinya sebelum ini.

Ada juga yang berkata, Anwar telah melanggar peraturan diplomatik kerana sewenang-wenangnya memperkatakan tentang keadaan kesihatan pemimpin negara lain.

Yang lain pula mempersoalkan, apakah Anwar mendapat maklumat tidak sahih mengenai Probowo?

Kenapa beliau tidak cuba mendapat maklumat yang tepat sebelum menulis di media sosialnya mengatakan Presiden Indonesia itu demam?

Soalnya, jika benar Prabowo demam sebagaimana ditulis Anwar, bagaimana Setiausaha Kabinet Indonesia sendiri boleh mengatakan sebaliknya?

Sepanjang hari ini, ramai sekali yang berbicara negatif mengenai apa yang dilakukan Anwar itu.

Barangkali “demam” juga beliau lantaran diserang dengan pelbagai kecaman berkaitan hal itu.

Bertambah “demam”  lagi Anwar ialah kerana tiada seorang pun daripada pasukan komunikasi dan penerangan kerajaan madani, termasuk Fahmi Fadzil yang merupakan jurucakap kerajaan, tampil membelanya.

Begitu juga penyokong-penyokong Anwar di media sosial, mereka pun sama tidak berupaya untuk tampil membela.

Kebanyakannya hanya tahu memuji, mengampu dan membodek saja. – ShahbudinHusin 24Disember2024.

https://shahbudindotcom.net/2024/12/prabowo-tak-demam-anwar-yang-demam/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan