Khamis, 5 Disember 2024

BAKAL DNAA ?


Vivy, suami didakwa pecah amanah dana pelaburan PNB, Khazanah berjumlah RM8 juta

KUALA LUMPUR – Pengasas platform e-dagang FashionValet,  Vivy Sofinas Yusof dan suami,  Fadzarudin Shah Anuar hari ini didakwa atas pertuduhan pecah amanah dana pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) berjumlah RM8 juta.

Bagaimanapun Vivy, 37, dan Fadzarudin, 36, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa secara berasingan di hadapan Hakim Rosli Ahmad di Mahkamah Sesyen, di sini.

Mengikut pertuduhan, pasangan itu didakwa dengan niat bersama sebagai Pengarah Fashion Valet Sdn Bhd yang telah diamanahkan dana pelaburan Khazanah dan PNB telah melakukan pecah amanah dana pelaburan tersebut.

Ia di mana kedua-dua tertuduh membuat pembayaran berjumlah RM8 juta daripada akaun bank milik syarikat Fashion Valet Sdn. Bhd. (Fashion Valet) kepada syarikat 30 Maple Sdn. Bhd. tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah syarikat Fashion Valet.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara di 36-40 Medan Setia 2, Plaza Damansara Bukit Damansara, di sini, pada 21 Ogos 2018.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman pemenjaraan tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun dan sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya  Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Ashok Athimulan. 

WOIT

APAKAH

MAMAT DAN MINAH

LAKI BINI INI

AKAN DI DNAA?

KAH KAH KAH

AMIN

ORANG RAMAI

NAK LIHAT MEREKA

MASUK PENJARA

BARU SERONOK

HARI RAYA

TAHUN DEPAN

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

  1. apa yang patut kes prima facie dulu & pendakwaan teruskan kes hingga selesai & mahkamah yg putuskan bersalah atau tidak? kahkahkah kahkahkah kahkahkah

    BalasPadam