Ahad, 8 Disember 2024

BANJIR OMBAK KE DUA


26 kampung di Gua Musang, Machang dan Tampin diramal banjir mulai Selasa ini

KUALA LUMPUR – Kira-kira  26 kampung yang terletak dalam lingkungan lima kilometer radius Sungai Nenggiri, Sungai Kelantan di Kelantan dan Sungai Gemencheh di Negeri Sembilan diramal banjir mulai Selasa ini, 10 Disember hingga Jumaat, 13 Disember ini,

Amaran itu dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) susulan amaran hujan berterusan di peringkat berjaga-jaga oleh Jabatan Meteorologi Khamis lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan JPS,  kampung berisiko di Sungai Nenggiri dalam daerah Gua Musang ialah Kampung Pasir Tumboh Lama, Kampung Kala, Kampung Jeram Tekoh, Kampung Dalam Lah, Kampung Kuala Betis, Kampung Kuala Sungai, Kampung Bertam Lama, Kampung Bertam Baru, dan Kampung Pasir Tumbuh Baru.

Manakala lokasi terlibat di Sungai Kelantan dekat Machang pula ialah Kampung Pasir Senor, Kampung Kerilla, Kampung Kuala Hau, Kampung Temangan Lama, Temangan, Kampung Pauh, Kampung Telok Choh, Kampung Belukar Panjang, Kampung Bukit Besi, dan Kampung Pertok.

Katanya, banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada jangkaan.

Oleh itu, amaran dikeluarkan bagi memastikan semua penduduk yang berada di kawasan yang dijangka banjir mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi pengurusan bencana.

Amaran sama turut dikeluakran kepada penduduk di Sungai Gemencheh dan Sungai Dua di Tampin.

Lokasi terlibat ialah Kampung Air Kuning, Kampung Tengah, Kampung Gedok, Kampung Sungai Dua, Taman Kasturi, Kampung Tenai dan Kampung Air Gelugor. – 

SEMUA SIAP

SEDIA

AMIN

KL PANAS TERIK

DARI KEMARIN

AMIN

WILAYAH LAIN

MACAM MANA?

AMIN

INI WATAK

MALAPETAKA

 IKLIM

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan