Ahad, 8 Disember 2024

DASAR TRUMP BAWA BAHAYA



AS seharusnya 'tidak terbabit' dalam perang Syria

PARIS: Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyifatkan negaranya "tidak seharusnya terbabit" dalam situasi di Syria, di mana pasukan pemberontak yang bergerak pantas sudah mula mengepung ibu kota Damsyik.

"Syria adalah kekacauan dan ia bukan kawan kita. AS tidak sepatutnya terbabit kerana ini bukan perjuangan kita, biarkan berlaku," katanya dalam platform media sosialnya.

Mesej itu ditulis sejurus sebelum tiba di Istana Elysees untuk bertemu dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron semasa berada di Paris untuk upacara pembukaan semula katedral Notre Dame.

Bagaimanapun tidak jelas mengapa Trump membangkitkan isu peranan AS di Syria, walaupun dia mungkin ingin memastikan Presiden, Joe Biden mengelak daripada terbabit situasi di sana sebelum menyerahkan kuasa kepadanya pada 20 Januari depan.

Namun, pentadbiran Biden dilihat tidak memberikan sebarang isyarat awam untuk mempertimbangkan campur tangan sedemikian.

Trump sekian lama mengambil pendekatan pengasingan, dan semasa kempen presiden tahun ini dia menegaskan boleh menamatkan perang Ukraine dan Gaza "dengan cepat.

"Kunjungan Trump ke Paris yang turut dihadiri kira-kira 50 pemimpin dunia untuk upacara Notre Dame, memberinya peluang awal untuk mengukuhkan kehadirannya semula di pentas dunia.

Antara pemimpin itu ialah Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky, yang dijangka berunding dengannya untuk mencari jalan menamatkan perang di Ukraine.

Trump berkata, Russia yang kehilangan lebih 600,000 askar seolah tidak mampu menghentikan perarakan literal ini melalui Syria, sebuah negara yang mereka lindungi selama bertahun-tahun.

"Tetapi sekarang mereka seperti mungkin Assad sendiri, terpaksa keluar dan ia sebenarnya perkara terbaik yang boleh berlaku kepada mereka. Tidak pernah ada banyak manfaat Russia di Syria," tulisnya dalam hantaran di laman sosialnya. - AFP


ADA 28,000

SOLDADU AMERIKA

DI SYRIA

AMIN

DASAR TRUMP

TAK MAHU CAMPUR

BAWA BAHAYA

PADA TRUMP

SENDIRI

AMIN

DAULAH 

TERPENDAM

AKAN MERANCANG

AMIN

APAKAH TRUMP

AKAN DI JIMATKAN?

JENG JENG JENG

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan