Ahad, 1 Disember 2024

LAWAN PLASTIK


Lebih 100 negara sokong perjanjian hadkan pengeluaran barangan plastik

BUSAN: Rundingan perjanjian antarabangsa bagi membendung pencemaran plastik dijangka berakhir dengan perdebatan sengit pada hari terakhir perbincangan, dengan lebih 100 negara menyokong usul mengehadkan pengeluaran plastik global.

Mereka kini berdepan dengan segelintir negara pengeluar minyak yang mahu perjanjian itu hanya ia hanya tertumpu kepada pengurusan sisa.

Mesyuarat kelima dan terakhir Jawatankuasa Rundingan Antara Kerajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau INC-5, bertujuan menghasilkan perjanjian antarabangsa yang mengikat secara sah dijadualkan berakhir di Busan pada hari ini.

Perjanjian yang diharapkan hasil daripada rundingan berkenaan berpotensi menjadi perjanjian paling penting berkaitan perlindungan alam sekitar serta pengurangan pelepasan karbon sejak Perjanjian Paris 2015.

Setakat ini, negara peserta masih berdepan dengan pendapat berbeza mengenai skop asas perjanjian.

Satu cadangan yang diusulkan Panama, disokong lebih 100 negara, menetapkan laluan untuk sasaran pengurangan pengeluaran plastik global, manakala cadangan lain tidak membenarkan sekatan pengeluaran secara langsung.

Sehingga semalam, beberapa perunding menyatakan terdapat negara tertentu yang masih tidak berganjak daripada tuntutan mereka.

Duta Khas Kesatuan Eropah (EU) untuk Iklim dan Alam Sekitar, Anthony Agotha, berkata lebih 100 negara menyatakan matlamat yang tinggi, namun hanya sekumpulan kecil negara sahaja yang pada dasarnya melengah-lengahkan masa dan tidak maju ke hadapan.

"Kita perlu menangani kitaran hayat plastik secara menyeluruh kerana kita tidak boleh menyelesaikan krisis terbabit hanya dengan kitar semula dan tidak boleh bergantung kepada satu cara sahaja," katanya.

Sebilangan kecil negara pengeluar petrokimia seperti Arab Saudi dengan tegas menentang usaha menyasarkan pengeluaran plastik dan cuba menggunakan taktik prosedur untuk melengahkan rundingan.

Arab Saudi bagaimanapun tidak memberikan sebarang komen segera.

Mengikut data Eunomia, China, Amerika Syarikat (AS), India, Korea Selatan dan Arab Saudi adalah lima negara pengeluar utama polimer pada 2023.

Dengan hanya beberapa jam berbaki untuk rundingan yang dijadualkan dan keputusan dilihat sukar dicapai, beberapa perunding dan pemerhati bimbang rundingan berkenaan mungkin gagal atau dilanjutkan ke sesi lain.

Ketua Delegasi Panama, Juan Carlos Monterrey Gomez, berkata mereka kini berada 'di persimpangan jalan'.

"Menunda perkara ini ke mesyuarat lain akan menjadi tamparan besar bukan sahaja kepada kesihatan bumi, tetapi juga kesihatan manusia. Kita mesti menghasilkan keputusan yang meningkatkan perjuangan berkenaan," katanya.

Pengeluaran plastik dijangka meningkat tiga kali ganda menjelang 2050 dan mikroplastik telah ditemui di udara, hasil daripada tanaman, malah dalam susu ibu manusia.

Kumpulan alam sekitar yang memantau rundingan berkenaan mengkritik dokumen dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa, Luis Vayas Valdivieso, kelmarin yang boleh menjadi asas kepada perjanjian disebabkan isu terbabit seperti tidak cukup untuk menangani bahan kimia berbahaya atau kesihatan manusia.

Bahan kimia berbahaya dalam plastik termasuk lebih 3,200 jenis yang ditemui menurut laporan Program Alam Sekitar PBB 2023, yang menyatakan wanita dan kanak-kanak terutamanya mudah terdedah kepada hasil toksik bahan berkenaan.

Menurut Agotha, mereka percaya bahawa pemimpin utama rundingan berkenaan dengan sokongan majoriti yang begitu besar mampu untuk mencapai kejayaan dalam penutupan INC-5 kali ini. - REUTERS


LANGKAH TEPAT

UNTUK UMAT

MANUSIA

AMIN

LAKUKAN YANG

BAIK UNTUK

ALAM SEKITAR

AMIN

BERTINDAK

SEKARANG 

SEBELUM BUMI

HANCUR

KHALAS

1 ulasan:

  1. lancau la amerika dan boneka2nya.. lu minyak dah habis, lu nak lawan plastik la, apa la.. dulu lu punya meniaga petrolium, semua lu kata ok.. la nie, lu nak paksa semua pakai bateri... lepas tu lu nak rembat ree malaysia.. dulu bijih timah nak support lu punya Revolusi Industri-1 & 2.. lepas tu lu guna plastik la, chip semua tu bagai, emas bagai mana lu rompak utk RI-3.. skang nie Revolusi ke-4 amerika nak AI robot power by battery.. mana pulak lu rembat, SG4 banyak tanah REE... fantek tul.... ini utk lu shaja, takyah post dalam lu punya block..

    BalasPadam