Selasa, 17 Disember 2024

MAT MOHONG DAH MENTAL ?



Langkah Anwar lantik

 bekas pemimpin Thailand 

yang disabitkan sebagai

 penasihat cetus kritikan
Media sosial dibanjiri pelbagai reaksi susulan pengumuman Anwar Ibrahim untuk melantik bekas perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, sebagai penasihatnya apabila Malaysia mengambil alih sebagai pengerusi Asean tahun depan.

Mereka rata-rata meluahkan rasa terkilan dengan langkah Anwar menamakan seorang yang pernah disabitkan kesalahan jenayah, di samping rekod buruk rasuah dan penindasan terhadap umat Islam di selatan Thailand.

Di sebalik pelbagai jenaka yang merujuk kedua-dua pemimpin mempunyai persamaan kerana pernah disabitkan jenayah dan dipenjarakan - Thaksin atas tuduhan rasuah dan Anwar atas tuduhan liwat - beberapa diplomat menganggap Malaysia memulakan kepengerusian Asean dengan langkah yang salah.

Seorang bekas duta mempersoalkan sama ada perdana menteri lebih mempercayai pemimpin Thailand itu daripada pasukan pakar dasar luar di Wisma Putra.

"Apa yang dia lakukan? Apakah dia tak mampu melaksanakan tugas itu? Adakah bermakna Kementerian Luar dan institusi dasar luar negara kita tidak layak menasihatinya, sehinggakan memerlukan bantuan orang luar?" kata diplomat veteran itu yang enggan dinamakan.

Sementara itu, bekas duta, Dennis Ignatius, menyifatkan pelantikan itu sebagai "pelik" dan "sama sekali tidak perlu".

"Lazimnya, negara Asean menggunakan tempoh mereka sebagai pengerusi untuk mempamerkan kepimpinan mereka dan memberikan sumbangan unik mengukuhkan Asean," Ignatius, seorang diplomat veteran dengan pengalaman lebih tiga dekad yang pernah berkhidmat sebagai duta Malaysia ke Chile, Argentina dan Kanada, di samping pelbagai jawatan diplomatik di London, Beijing dan Washington, memberitahu MalaysiaNow.

Ignatius mempersoalkan apakah Anwar menganggap tiada penasihat yang sesuai dalam kalangan pakar tempatan, sambil mencadangkan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz sebagai calon yang sesuai untuk peranan tersebut.

"Selain itu, Thaksin - seorang tokoh yang sangat kontroversi - adalah pilihan yang pelik. Najib lebih layak. Ia pasti menimbulkan kemarahan di negara-negara Asean," tambahnya.

Dalam nada sama, seorang penganalisis berkata langkah Anwar memilih Thaksin mencetuskan tanda tanya sama ada ia menandakan kemerosotan Malaysia yang satu ketika dulu memainkan peranan besar dalam pelbagai pertubuhan global terkemuka.

'Isyarat kemunduran'

Penganalisis geopolitik Samirul Ariff Othman berkata pelantikan Thaksin menunjukkan kurangnya keyakinan terhadap keupayaan negara untuk menerajui Asean, ketika Malaysia bukan lagi menjadi pilihan institusi global.

"Melantik orang asing dengan rekod kontroversi pada ketika ini berisiko menghantar isyarat kemunduran. Jika Malaysia mahu kembali kepada kedudukannya sebagai pemimpin yang berkebolehan di Asean, ia perlu yakin dengan pakar dan diplomat tempatan," Samirul, pensyarah adjung di Universiti Teknologi Petronas, memberitahu MalaysiaNow.

Beliau mengingatkan penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Bank Pembangunan Islam, serta sumbangan Razali Ismail, tokoh diplomat Malaysia yang pernah menjadi pengerusi Majlis Keselamatan PBB dan Perhimpunan Agung.

Menurutnya, sejarah menunjukkan Malaysia mempunyai ramai bakat diplomat.

"Rakyat bertanya, mengapa pilih pemimpin asing sedangkan negara telah melahirkan diplomat dan pakar strategi yang hebat yang membentuk bukan sahaja Asean tetapi juga institusi global lain?"

Pelantikan Thaksin diumumkan Anwar pada sidang media bersama anak pemimpin Thailand itu, Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra, di Putrajaya, semalam.

"Terima kasih kerana bersetuju dengan perkara ini, kerana kami memerlukan manfaat daripada pengalaman seorang negarawan seperti beliau," kata Anwar.

Thaksin, yang digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2006 sebelum melarikan diri ke Dubai, disabitkan dengan rasuah dan salah guna kuasa pada 2008, tahun sama Anwar dihadapkan tuduhan meliwat pembantunya dan kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara sebelum diberikan pengampunan diraja pada 2018.

Tahun lalu, Thaksin kembali ke Thailand dan dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun, tetapi dipendekkan kepada satu tahun oleh raja Thailand.

Bagaimanapun, Thaksin tidak pernah tinggal walaupun sehari dalam penjara atas alasan kesihatan. Pada Mei lalu, akhbar Bangkok Post melaporkan beliau melanggar perintah parolnya apabila dilihat bercuti di Phuket, di mana peluang itu turut digunakan untuk mengadakan pertemuan dengan Anwar.

Samirul berkata walaupun Thaksin mempunyai pengalaman luas sebagai seorang pentadbir dan juga dalam lapangan hubungan antarabangsa, kerajaan yang dipimpin beliau masih terpalit dengan peristiwa pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Narathiwat pada 2004.

"Pembunuhan beramai-ramai Tak Bai, episod tragis ketika beliau menjadi perdana menteri Thailand, masih segar dalam ingatan dan mengguris hati majoriti Melayu Islam di Malaysia," katanya. 

"Kebanyakan orang menganggap ianya parut yang tidak boleh hilang dengan mudah, tidak kiralah sama ada Thaksin sudah dipulihkan dalam landskap politik Thailand."

Pada 25 Oktober 2004, tentera dan polis Thailand menggunakan kekerasan untuk meleraikan ribuan penunjuk perasaan di luar balai polis Tak Bai di Narathiwat, selatan Thailand, mengakibatkan tujuh penunjuk perasaan ditembak mati.

Tentera kemudiannya menyumbat kira-kira 1,300 orang ke dalam 26 trak, di mana 78 daripada mereka lemas dalam perjalanan ke sebuah pusat tahanan sejauh 150km. 

Human Rights Watch ketika itu melaporkan bahawa ramai tahanan lain dinafikan rawatan perubatan, sehingga ada yang mengalami kecederaan serius, termasuk yang terpaksa dipotong anggota badan.

MAT MOHONG

DAH MENTAL

KE ?

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan