Saya akan kekal sebagai MB Selangor sehingga akhir penggal – Amirudin
KUALA LUMPUR – Amirudin Shari akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor sehingga akhir penggal ini.
Amirudin berkata, beliau telah dinasihatkan dan mendapat perkenaan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menyebut tentang perkara itu kepada umum.
“Sebagaimana nasihat Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah) kepada saya dan Tuanku perkenan untuk saya menyebut nasihat ini kepada semua.
Saya akan kekal di Selangor sehingga ke akhir penggal ini demi menjamin kestabilan ekonomi dan kerajaan perpaduan negeri Selangor,” katanya.
Isu jawatan Menteri Besar Selangor timbul berikutan desas desus Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dikaitkan dengan jawatan tersebut.
Malah sebelum ini media melaporkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu bakal menyertai Parti Keadilan Rakyat.
Namun, Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi berkata ,beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Zafrul untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Amirudin menjawat jawatan Menteri Besar Selangor ke-16 sejak Jun 2018 selain memegang jawatan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor dan Naib Presiden PKR.
Sementara itu, menurut sumber, sebelum ini terdapat beberapa siri rundingan berkaitan pertukaran Menteri Selangor.
”Memang perkara ini ada betulnya. Tengku Zafrul difahamkan akan sertai PKR untuk menjadi MB. Ada tangan-tangan tertentu memastikan ini berjaya. Bagaimanapun beliau sedang tunggu ‘restu’ Presiden UMNO.
“Selain daripada Tengku Zafrul, ada seorang lagi ahli UMNO yang ketika ini sedang berdepan dengan penggantungan keahlian juga dijangka akan sertai PKR dan pengumuman akan dilakukan dalam masa terdekat,” kata sumber itu. –
kenapa nak jatuhkan amir adakah amir pakai cawat besi... kah kah kah
BalasPadamMasa Azmin Ali jadi MB Selangor, masa itu lah Kerajaan Negeri sangat top form
BalasPadam