Penyanyi rap Iran Toomaj Salehi bebas selepas hukuman mati dibatalkan
DUBAI: Penyanyi rap Iran, Toomaj Salehi dibebaskan dari penjara semalam, selepas menamatkan hukuman setahun kerana bersuara menentang rejim Iran, lapor agensi berita Mizan milik badan kehakiman Iran, hari ini.
Salehi dijatuhi hukuman mati pada April oleh Mahkamah Revolusioner atas tuduhan yang dikaitkan dengan pergolakan di negara itu dari tahun 2022 hingga 2023, walaupun Mahkamah Agung Iran membatalkan hukuman itu pada Jun.
Lagu-lagunya disifatkan menjuruskan kepada protes selama berbulan-bulan yang dicetuskan oleh kematian dalam tahanan polis, Mahsa Amini, seorang wanita Kurdish Iran berusia 22 tahun yang ditahan kerana didakwa memakai tudung tidak sesuai yang melanggar kod pakaian Islam Iran.
Susulan itu, Salehi ditangkap pada Oktober 2022 selepas membuat kenyataan awam yang menyokong protes di seluruh negara.
Kematian Amini pada September 2022 mencetuskan bantahan yang menjadi cabaran terbesar kepada pemimpin negara Republik Islam itu dalam beberapa dekad.
Misi penyiasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata pada Mac lalu, kematian Amini adalah menyalahi undang-undang dan disebabkan oleh "keganasan fizikal dalam tahanan pihak berkuasa" dan wanita Iran masih mengalami diskriminasi sistematik. - REUTERS
Regim iran...iran bukan demokratik kira isle nie tak demokratik ..serupa diktator macam korea utara...ini kenapa TT dan pejuang melayu isle tak bising bising boikot boikot probok probok?asyik yahudi zionis bagai? Dah kena jubo planta otak dah alih ke lutut atau kote ke?
BalasPadam