Lebih 100 pelarian Rohingya diselamatkan selepas bot karam dekat Indonesia
BANDA ACEH: Lebih 100 pelarian Rohingya termasuk wanita dan kanak-kanak diselamatkan selepas bot mereka karam di perairan Indonesia, kata Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR), hari ini.
Etnik Rohingya yang kebanyakannya beragama Islam didakwa dianiaya dengan teruk di Myanmar dan ribuan daripada etnik ini mempertaruhkan nyawa mereka setiap tahun dalam perjalanan laut yang panjang dan berbahaya untuk sampai ke Malaysia atau Indonesia.
"Kami menerima laporan daripada kerajaan Aceh Timur bahawa terdapat 116 pelarian secara keseluruhan," kata pegawai UNHCR, Faisal Rahman kepada AFP, hari ini.
"Buat masa ini, pelarian masih berada di pantai dan belum diputuskan ke mana mereka akan dihantar.
Rahman berkata, bot kayu yang membawa pelarian itu ditemui separuh karam tidak jauh dari pantai di pantai timur laut pulau Sumatera.
Seorang nelayan tempatan, Saifudin Taher berkata, bot itu ditemui memasuki perairan Aceh Timur pagi tadi, dan beberapa jam kemudian ia hampir karam.
"Semua penumpang terselamat, tetapi seorang daripada mereka sakit dan ... segera diberikan rawatan," kata Saifudin kepada AFP, sambil menambah bot itu hanya 100 meter dari pantai, dan pelarian boleh berjalan dengan mudah ke tempat yang selamat.
Bulan lalu, seramai 152 pelarian Rohingya akhirnya dibawa ke darat selepas berlabuh selama beberapa hari di perairan Aceh Selatan, sedang pegawai memutuskan sama ada untuk membenarkan mereka mendarat.
Indonesia tidak menandatangani konvensyen pelarian PBB dan berkata ia tidak boleh dipaksa untuk menerima pelarian dari Myanmar.
Sebaliknya, ia menyeru negara jiran untuk berkongsi beban dan mencari tempat baharu untuk pelarian Rohingya yang tiba di pantai negara itu.
Ramai penduduk Aceh yang mengalami konflik berdarah selama beberapa dekad, bersimpati dengan nasib saudara sesama Muslim mereka.
Namun, terdapat sebahagian yang berkata, kesabaran mereka diuji dan mendakwa Rohingya menggunakan sumber terhad dan kadangkala mencetuskan konflik dengan penduduk tempatan.
Ada tak kau orang dengar Anwar Ibrahim kata sesuatu...!?
BalasPadamBab isu papantanda bahasa kebangsaan dan pemandu especially Type C mabuk dan pemandu Type M yang kemalangan korang perasan tak satu patah ulasan dan komen Dari Anwar Ibrahim keluar dari mulut hancing papa.
https://vt.tiktok.com/ZSjg7T7Hx/
Anak anak papa yang lain tungang tungging nak jawab isu ini.. itu pun jawapan ke laut dalam.
Papangang Anwar Ibrahim lansung tak terkata apa apa. Anak anak papa lansung senyap bisu.
https://vt.tiktok.com/ZSjV7kcx8/
Mudah nak faham sebab anak Papa Dan Papangang Anwar Ibrahim barua DAP.
Link bawah papan tanda tulisan Cina diturunkan dan kompaun dikenakan... Agak agak Anwar Ibrahim akan bersuara atau tidak...!? Anwar Ibahim akan bersuara pertahan tulisan Cina atau sokong PBT .!? Rakyat sedang tungguuuu dan lihat reaksi Anwar Ibahim..!
https://vt.tiktok.com/ZSjqLWuoV/
Helok wakil parlimen minta Anwar Ibrahim mengulas sikit silap Menteri Pelancongan ini.. tak kan senyap jadi setan bisu..!!!
Mudah nak fahamkan..
Ko org perasan tak... Anwar Ibrahim lansung tak bagi sebarang ulasan pasal penggunaan bahasa, kibar bendera, pemandu Type C mabuk sampai membunuh pengguna jalan raya.. Anwar Ibrahim lansung tak jawab...
Banganggg..!!
Ya kapal akan bocor chun chun apabila sampai kat indon kalau tak bocor dah pasti indon akan halau macam kat acheh...TT tido ka
BalasPadam