Selasa, 10 Disember 2024

ZAHID ENGGAN BELA NAJIB


Untuk apa dia nak sokong PH lagi, kata orang kuat Najib selepas PN gesa usul 'titah tambahan'


Salah seorang penyokong kuat Najib Razak membidas ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menyokong Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, selepas pembangkang membawa usul membahaskan titah tambahan awal tahun ini oleh bekas Yang di-Pertuan Agong supaya bekas perdana menteri itu menjalankan baki hukuman yang dikurangkan sebagai tahanan rumah.

Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, Isham Jalil membandingkan usul itu dengan sikap wakil rakyat "pro-Zahid" yang disifatkannya berdiam diri dan tidak memperjuangkan nasib bekas pemimpin tertinggi mereka yang kini sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Menurut Isham, sebaliknya, nasib Najib kini diperjuangkan ahli Parlimen pembangkang apabila beberapa wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) meminta kerajaan menjawab dakwaan kewujudan titah tambahan seperti mana yang dinyatakan dalam afidavit ditandatangani anak bekas pemimpin itu baru-baru ini.

"Yang tandatangan usul membahas titah tambahan Najib di Parlimen yang dibawa oleh ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan hari ini pun ramai di kalangan ahli-ahli Parlimen PAS.

"Ahli-ahli Parlimen yang mengikut Zahid pula diam sahaja, dan takut nak cakap apa-apa," kata Isham kepada MalaysiaNow.

Takiyuddin dalam surat kepada Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, meminta usul berkenaan titah tambahan itu dibahaskan segera mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) dan 18(2).

Menurutnya, kerajaan tidak pernah menafi atau mengesahkan kewujudan dokumen tersebut tersebut.

"Titah perintah Yang di-Pertuan Agong dibuat pada menjalankan kuasa perlembagaan Baginda mesti dilaksanakan oleh pihak kerajaan. 

"Perkara ini berkepentingan awam kerana kegagalan melaksanakan apa-apa titah Yang di-Pertuan Agong merupakan satu penderhakaan yang boleh mengakibatkan krisis Perlembagaan," kata Takiyuddin.

Isham berkata semakin jelas PKR dan DAP tidak berminat untuk memperjuangkan nasib Najib.

"Malah mereka dilihat menentang jika Najib diberi (status) tahanan di rumah. Oleh itu itu secara logiknya, untuk apa Najib nak sokong PH ini lagi? Sebab PH pun tidak sokong dia malah menentang tahanan di rumahnya," katanya.

Minggu lalu, Nizar Najib memfailkan afidavit berhubung kewujudan titah tambahan yang menurutnya dimaklumkan sendiri kepadanya oleh bekas Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Afidavit itu difailkan pada 5 Disember sebelum semakan kehakiman oleh Najib berhubung kewujudan titah itu di Mahkamah Rayuan.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi memutuskan afidavit berhubung kewujudan titah itu seperti mana difailkan Zahid dan Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail tidak menunjukkan pengetahuan langsung mengenai kewujudan titah tersebut.

Nasib bekas perdana menteri terus menjadi penghalang kerjasama secara penuh antara BN dan parti komponen PH walaupun hampir dua tahun mereka sama-sama membentuk kerajaan campuran selepas keputusan tergantung pilihan raya umum pada 2022. 

Semasa konvensyen BN baru-baru ini, Presiden MCA Wee Ka Siong turut mengkritik gabungan itu kerana gagal membela nasib Najib.

"Jangan putih dihitamkan, hitam diputihkan. Hakikatnya ada atau tidak?

"Dalam kes ini, integriti BN itu... Takkan banduan tiada hak?" soalnya semasa konvensyen berkenaan.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution semasa menjawab mengenai kewujudan titah tersebut memetik keputusan mahkamah yang mengatakan ia bersifat khabar angin, namun tidak mengesah atau menafikan kewujudan titah berkenaan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim pula menegaskan tidak mahu terbabit perbincangan berkaitan titah tambahan berkaitan tahanan rumah untuk Najib.

Sejak dihantar ke penjara pada 23 Ogos 2022, pemimpin Umno giat berkempen mendapatkan pengampunan diraja untuk Najib, seperti yang diberikan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 2018 yang membenarkan pemimpin PKR itu dibebaskan dari penjara ketika menjalani hukuman penjara atas sabitan liwat, di samping membenarkannya kembali aktif dalam politik.

Desakan untuk pengampunan diraja semakin kuat selepas Zahid membawa ahli Parlimen Umno untuk bergabung dengan PH.

Penyokong setia Najib, yang dilihat masih berpengaruh dalam parti, merasakan Anwar harus membalas budi Umno yang menyokong PH, sekaligus membolehkan beliau memenuhi impiannya menjadi perdana menteri.

Selepas berbulan-bulan spekulasi dan tekanan terhadap kerajaan, Lembaga Pengampunan mengumumkan hukuman penjara Najib dikurangkan kepada enam tahun, dan denda kepada RM50 juta, yang sekiranya dibayar akan membenarkan beliau keluar setahun lebih awal.

Najib disabitkan atas tuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram dalam penyelewengan RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd.

Sebelum ini, peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah mendakwa kerajaan menyembunyikan titah tambahan itu.

"Mengapa mereka menyembunyikan titah Yang di-Pertuan Agong, sedangkan kamu (ada kuasa) mendedahkannya? Mereka harus mendedahkan dan menguatkuasakannya," Shafee dilaporkan berkata.

Manakala seorang lagi peguam, Haniff Khatri Abdulla memberi amaran, tindakan menyembunyikan titah diraja boleh membawa kepada kesalahan khianat.

Menurut Haniff, pihak berkuasa sekurang-kurangnya perlu mengakui kewujudan titah itu, dan sekiranya tidak bersetuju, membuat rayuan kepada Agong untuk membatalkannya.

"Tak boleh ambil dan sembunyi bawah meja," katanya.

WOIT

ZAHID ENGGAN

BELA NAJIB

KAH KAH KAH

NAJIB JADI

MANGSA UMNO

KAH KAH KAH

KINI NAJIB NAZAK

SEORANG DIRI

DALAM PENJARA

KAJANG

KHALAS

1 ulasan:

  1. Aiiikk? Peguam Madey Hanif Khatri pun tumpang interprame?? Aiii...!!! Madey nak team-up dgn Najib pulak ka??

    BalasPadam