Isnin, 2 Disember 2024
TUKAR TIUB DIANCAM AKAN DITUTUP
TUKAR TIUB
DIACAM
AKAN DITUTUP
KEMARIN AHAD GUA TERIMA
SURAT INI - SILA BACA DI BAWAH
SATU POSTING GUA
BERTAJUK :
HAMAS AKAN TERUS MELAWAN
TELAH DI PADAMKAN
OLEH BLOGSPOT.COM
ATAS ALASAN
MENYOKONG HAMAS
HINGGA KE TAHAP INI
GUA BELUM BUAT APA APA
BELUM BERBINCANG
DENGAN KAWAN KAWAN
BELUM BERTANYA
PANDANGAN PEGUAM
KEPADA PEMBACA SETIA
TUKAR TIUB
JIKA MUSUH MENYERANG
ERTINYA KITA MELAKUKAN
SESUATU YANG BETUL
JIKA MUSUH TAK AMBIL POT
ERTINYA
KITA SAMA PALAT MACAM MUSUH
TERUS LAYARI
TUKAR TIUB
SOKONGAN PEMBACA
BERI GUA KEKUATAN
AMIN
Your post titled
"HAMAS AKAN TERUS MELAWAN" has been deleted
Blogger <no-reply@google.com>
Sun, Dec 1, 8:23 PM (19 hours ago)
to me
Hello,
As you may know, our Community Guidelines
(https://blogger.com/go/contentpolicy) describe the boundaries for what we
allow-- and don't allow-- on Blogger. Your post titled "HAMAS AKAN TERUS MELAWAN" was flagged to us for review. We have determined that it violates our guidelines and deleted the post, previouslyat http://tukartiub.blogspot.com/2024/11/hamas-akan-terus-melawan.html.
Why was your blog post deleted?
Your content has violated our Terrorist Content policy. Please visit our Community Guidelines page linked in this email to learn more.
If you believe we made an error, you can request an appeal: https://www.blogger.com/go/appeal-post?blogId=261228659536690484&postId=8847902432526560487.
You may have the option to pursue your claims in court. If you have legal questions or wish to examine legal options that may be available to you, you may want to consult with your own legal counsel.
We encourage you to review the full content of your blog posts to make sure they are in line with our standards as additional violations could result in termination of your blog.
For more information, please review the following resources:
Terms of Service: https://www.blogger.com/go/terms Blogger Community Guidelines: https://blogger.com/go/contentpolicy
Sincerely,
The Blogger Team
JO LOW MASUK ISLAM ?
Kerajaan Arab Saudi derma RM60.6 juta – Najib
KUALA LUMPUR – Najib memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, beliau pernah memaklumkan kepada pasukan siasatan bahawa wang RM60.6 juta yang menjadi pertikaian dalam siasatan terhadapnya, didermakan oleh Kerajaan Arab Saudi.
Isteri Rosmah berkata, beliau percaya wang yang dihantar oleh Putera Faisal bin Turki bin Bandar Al-Saud adalah sumbangan Almarhum Raja Abdullah daripada dana baginda atau kerajaan berkenaan.
Ketika ditanya asas kepada kepercayaan tersebut, Najib berkata, sebelum kiriman wang itu, beliau dimaklumkan sendiri oleh Raja Arab Saudi, Raja Abdullah dalam satu majlis persendirian pada 2010.
“Ketika itu baginda menyampaikannya melalui jurubahasa, niatnya untuk menyokong saya dari segi kewangan yang mana saya kemudian menerima kiriman wang daripada Riyadh Bank Saudi Arab.
“Saya juga telah menerima surat pengesahan Arab Saudi bahawa derma itu daripada Raja Abdullah melalui wakil dirajanya yang kemudian dipanjangkan kepada AmBank dan Bank Negara.
“Pada pertemuan dengan Raja Abdullah, saya diberitahu secara khusus bahawa saya akan dibantu dalam Pilihan Raya Umum) untuk memastikan bahawa saya akan dikembalikan sebagai Perdana Menteri kepada kerajaan hari ini. Saya faham ini
bantuan kewangan.
“Kemudian, pada tarikh yang berbeza, saya dimaklumkan oleh Jho Low (Low Taek Jho) bahawa Raja Abdullah akan menderma AS$1 Bilion,” ujar beliau.
Najib selanjutnya berkata, beliau kemudian membuka akaun di AmIslamic Bank Berhad atas cadangan setiausaha sulitnya (ketika itu) untuk menerima derma politik tersebut.
Najib, 71, menyatakan demikian ketika membaca pernyataan pembelaannya bagi menjawab empat pertuduhan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon di sini antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014 manakala bagi pertuduhan pengubahan haram pula antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013 di lokasi sama.
Dalam jilid pertama pernyataan pembelaan setebal 335 muka surat, Najib turut berkata, beliau tidak dimaklumkan berhubung wang RM60.6 juta ketika disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang dikaitkan dengan pertuduhan suapan yang dihadapinya.
Isteri Rosmah berkata, ketika siasatan dijalankan, beliau juga tidak ditanya bagaimana wang itu mempunyai kaitan dengan jaminan kerajaan yang diberikan kepada Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).
“Saya masih ingat saya telah dirujuk kepada satu siri Slip Kiriman Wang Ambank yang saya lihat kali pertama ketika rakaman percakapan.
“Namun saya tidak diberitahu bagaimana kaitan kiriman wang tersebut kepada mana-mana dakwaan penyalahgunaan jawatan yang dikatakan dilakukan oleh saya.
“Semasa penyiasatan, saya hanya membaca dengan kuat butiran seperti yang dipaparkan mengenai dokumen dan tiada penjelasan lanjut diminta daripada saya oleh pegawai perakam.
“Proses penyiasatan tidak pada bila-bila masa memaklumkan kepada saya tentang jumlah yang berkaitan dengan RM60,629,839.93,” ujarnya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung. –
KAH KAH KAH
BETULAH DUIT
INI DATANG DARI
RAJA SAUDI
AMIN
JIKA LU TAK CAYA
LU TANYA RAJA
SAUDI SENDIRI
KAH KAH KAH
LAGI PUN
YANG URUS DUIT
SAUDARA BARU
BERNAMA
HAJI JO LOW
BIN ABDULLAH
KAH KAH KAH
PASTI INI HALAL
PASTI INI KOSHER
PASTI INI SUCI
KAH KAH KAH
WOIT
RAJA ARAB INI
ADA LAGI KE ?
AMIN
KALAU MASIH IDUP
MINTA NURUL
PERGI JUMPA
MINTA DERMA
KAH KAH KAH
KHALAS
TAIWAN NEGARA MERDEKA !!!
Presiden Taiwan teruskan lawatan hari kedua ke AS tanpa peduli kemarahan China
HONOLULU: Presiden Taiwan, Lai Ching-te semalam tetap meneruskan lawatan hari keduanya ke Amerika Syarikat (AS), meskipun China berang dengan penjualan senjata negara itu yang lebih banyak kepada pulau itu.
Selain AS, Ching-te juga singgah ke Hawaii yang menjadi sebahagian daripada lawatan beliau ke Pasifik.
China yang menganggap Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya, menentang sebarang pengiktirafan antarabangsa terhadap Taiwan dan tuntutan pulau itu untuk menjadi negara berdaulat.
Beijing juga berang dengan sebarang hubungan rasmi antara pulau itu dan AS yang menjadi penyokong utama Taiwan dan pembekal senjata terbesar terhadap pulau itu.eo
Dalam ucapan awam pertama Ching-te sepanjang lawatan terbabit, pada Sabtu lalu, beliau berkata, mereka perlu 'berjuang bersama untuk mencegah peperangan' sambil memberi amaran 'tiada pihak menjadi pemenang' daripada konflik.
Pada malam sebelum lawatan selama seminggu itu, AS meluluskan cadangan penjualan alat ganti F-16 dan sistem radar kepada Taiwan serta peralatan komunikasi dengan nilai keseluruhan berjumlah AS$385 juta (RM1.71 bilion).
Hujung minggu lalu, Kementerian Luar China menggesa AS untuk 'segera menghentikan penjualan senjata kepada Taiwan dan menghentikan sokongan terhadap pasukan pemisah kemerdekaan Taiwan'.
Menurut kenyataan itu lagi, China akan mengambil tindakan balas yang tegas dan bertekad untuk mempertahankan kedaulatan negara, keselamatan dan integriti wilayah terbabit.
Dalam satu kenyataan berasingan, kementerian Luar China menyatakan pihaknya mengutuk keras lawatan persinggahan Ching-te di AS dan sudah mengemukakan protes serius kepada AS. - AFP
BERI BANTUAN MANGSA BANJIR
BANJIR
BERI BANTUAN
TANPA MENGIRA
PARTI POLITIK
AMIN
MANGSAM WAJIB
DIBANTU
AMIN
capt salai commented on
"BANJIR SAMPAI KE IPOH"
Bukan sampai ke Ipoh je TT,
atas katil mat mongak pun banjir..
Unknown commented on
"BANJIR SAMPAI KE IPOH"
banjir melanda negeri bawah ph & bawah pn eksekutif pusat tpm pusat kena pantau sebab banjir mcm k'jaan pusat federal kena bantu & bantuan apa saja kat negeri bawah persekutuan tanah melayu oops silap sekarang malaysia Madani!!!
Unknown commented on
"BANJIR SAMPAI KE IPOH"
Setinggi mana pun akhirnya air bah sampai juga, kalau rumah atas bukit macam rumah Tan Sri Dato' Seri semua mesti satu hari sampai kah kah kah kerana kerja orang kita semakin baik semakin cemerlang belajar tak habis tak cukup modal sama kah kah kah
PEMIMPIN MELAYU ISLAM DI TIPU OLEH CHINA
PEMIMPIN
MELAYU ISLAM
YANG WARAK
JUJUR SYUMUL LAGI BERIMAN
PERNAH CIUM BATU ITAM
PERNAH BERI SALAM
PADA KUBUR NABI
KINI
MENJADI MANGSA PENIPUAN
CHINA BERNAMA JHO LOW
KINI PEMIMPIN MELAYU ISLAM
DISEKSA DALAM PENJARA
AMIN
UKRAINE SEMUA DAH TERGADAI
SEMUA TANAH
PERTANIAN
UKRAINE
TERGADAI KINI
DIMILIKI
BLACKROCK
KHALAS
Unknown commented on
"AJEN ZIONIS
PAKAI BAJU ISLAM"
Tetiba saja Perang di Syria jadi liputan media doonia..
Perang Ukraine tiba tiba senyap sejak Trump jadi President Amerika Syarikat...
Russia China Taiwan Korea Utara tenggelam berita di media doonia
Sebab apa...
Sebab USA tak boleh jual senjata di Ukraine lagi...
PETANG INI
PETANG INI
JAM 1.50 PETANG
AWAL TADI MATAHARI
BERSINAR INDAH
KINI AWAN HITAM
MULA BERKUMPUL
APAKAH HUJAN AKAN SAMPAI?
ATAU
DI WILAYAH LAIN UJAN DAH TURUN
TANGKAP AZAM BAKI DULU
Balu selar Anwar teruskan tindakan 'pengecut' sasar arwah suami
Balu kepada Daim Zainuddin yang meninggal dunia pada Nov 13 lalu membidas Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana masih menyasarkan arwah suaminya susulan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa ia sedang mengkaji "jejak wang di luar negara" yang dikaitkan dengan bekas menteri kewangan itu.
"Kini, dengan pemergian Daim, tidakkah pengecut bagi Anwar meneruskan penipuan besar-besaran dan sandiwara siasatan ini, dengan membangkitkan tuduhan kononnya wujud 'jejak wang' dan lain-lain?" kata Naimah Khalid, sambil mendakwa Anwar dan SPRM cuba mencemar nama suaminya dengan mengulangi tuduhan "mencuri berbilion" tanpa memberikan butiran kesalahan.
Daim dan Naimah sebelum ini dihadapkan tuduhan gagal mematuhi notis SPRM mengisytiharkan harta, dalam apa yang disifatkan pasangan itu adalah sebahagian daripada penganiayaan bermotif politik yang didalangi Anwar.
Susulan kematian Daim, Naimah menggesa supaya pendakwaan diteruskan kerana suaminya menyimpan hasrat untuk membersihkan nama menerusi perbicaraan di mahkamah.
Peguam Daim, Gurdial Singh Nijar sebelum ini dilaporkan memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya mahu membersihkan namanya.
"Ketika dia berbaring sakit di atas katil, beliau menyatakan keperluan untuk membersihkan namanya daripada apa yang beliau anggap sebagai pertuduhan tidak berasas terhadapnya atas sebab yang dia tidak dapat jelaskan. Permintaan kami dan arahan kami (daripadanya) ialah supaya kes ini mesti diteruskan .
"Kami di pihak pembelaan mesti menjawab kes itu melalui pemeriksaan balas dan saksi-saksi kami,” kata Gurdial.
Bagaimanapun, Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk membebaskan Daim daripada tuduhan tersebut.
Naimah hari ini mempersoalkan langkah SPRM untuk meneruskan siasatan terhadap Daim dengan mendapatkan kerjasama agensi antarabangsa menyiasat "jejak wang" di luar negara.
"Jejak wang apa?" soalnya. "Untuk menyiasat jejak wang, perlu ada kesalahan rasuah dilakukan terlebih dahulu. Jika tiada kesalahan, maka sesuatu aset adalah dikira sah dan hasil usaha keras sama ada di Malaysia atau di tempat lain."
Beliau berkata dalam usaha Anwar bersekongkol dengan Azam Baki menuduh Daim "mencuri berbilion", mereka tidak pernah memberitahu kesalahan yang dilakukan walaupun Daim berulang kali menulis kepada ketua pesuruhjaya SPRM itu.
"Sehingga akhir hayatnya, mereka gagal memberikan sebarang jawapan. Adakah ini adil?
"Adakah ia adil untuk melemparkan tuduhan tanpa bukti kepada seseorang demi memuaskan nafsu untuk membalas dendam? Islam menganggap fitnah sebagai dosa besar dan mereka yang melakukannya dilaknat di dunia dan akhirat," tambah Naimah.
Sambil menyifatkan Anwar seorang yang "tidak pernah serik menunjukkkan dirinya berpendidikan", Naimah merujuk kepada sebuah novel karangan Franz Kafka, "The Trial", yang menceritakan kisah seorang lelaki yang ditangkap lalu dibicarakan dari jarak jauh tanpa diberitahu apa jenayah yang dilakukannya.
"Hanya dalam pemerintahan diktator sahaja seseorang disiasat tetapi tidak diberitahu kesalahan mereka. Anwar, yang tidak pernah serik menunjukkkan dirinya berpendidikan, pasti pernah mendengar tentang Kafka.
"Di negara polis yang diperintah Anwar, seperti mana dalam buku Kafka, "The Trial", seseorang boleh dituduh berulang kali melakukan jenayah 'jejak wang' dan sebagainya, tanpa sekali pun diberitahu apa jenayah yang dilakukannya."
TANGKAP
AZAM BAKI
DULU
AMIN
BAGI AZAM BAKI
REHAT
KAH KAH KAH
BARU RAKYAT
PERCAYA PADA
SPRM
AMIN
KHALAS
GENCATAN SENJATA - TAKTIK ZIONIS
Israel serang sasaran Hizbullah di Lubnan beberapa hari selepas gencatan senjata yang rapuh
BAILTULMAQDIS: Tentera Israel melancarkan serangan udara terhadap aktiviti Hizbullah semalam, yang didakwa mampu 'menimbulkan ancaman' selepas beberapa hari gencatan senjata yang rapuh antara kedua-duanya dan kumpulan yang disokong Iran.
Tentera berkata, empat serangan berasingan terhadap Lubnan ke atas kemudahan, senjata dan kenderaan milik Hizbullah kerana aktiviti itu boleh menimbulkan ancaman kepada Israel, melanggar persefahaman gencatan senjata.
"Tentera juga menyerang 'infrastruktur tentera' di sempadan Syria-Lubnan yang digunakan secara aktif oleh Hizbullah untuk menyeludup senjata yang melanggar gencatan senjata," menurut kenyataan tentera.
Minggu lalu, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, berkata kerajaannya bersedia menerima gencatan senjata selepas lebih setahun bermusuhan dengan Hizbullah, tetapi memberi amaran bahawa Israel akan mengekalkan 'kebebasan penuh tentera bertindak' sekiranya berlaku sebarang pelanggaran.
Kementerian Kesihatan Lubnan berkata, satu serangan Israel ke atas sebuah kereta di Majdal Zoun mencederakan tiga orang termasuk seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun.
Agensi Berita Nasional (NNA) milik negara Lubnan melaporkan, pelanggaran gencatan senjata yang berterusan oleh Israel, termasuk insiden di mana sebuah kereta kebal Israel menghancurkan beberapa kereta dan mengepung beberapa keluarga yang kemudiannya dipindahkan oleh Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah.
Perjanjian gencatan senjata itu, yang bertujuan untuk menamatkan lebih setahun perang merentas sempadan dan dua bulan perang habis-habisan, berkuat kuasa awal Rabu.
Sebagai sebahagian daripada syarat perjanjian itu, tentera Lubnan dan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) akan ditempatkan di selatan Lubnan apabila tentera Israel berundur dalam tempoh 60 hari.
Pada Jumaat lalu, ketua Hizbullah, Naim Qassem berikrar untuk bekerjasama dengan tentera Lubnan untuk melaksanakan komitmen perjanjian itu.
NNA melaporkan, ketua tentera, Joseph Aoun bertemu Mejar Jeneral Amerika Syarikat, Jasper Jeffers untuk membincangkan 'keadaan umum dan mekanisme penyelarasan antara pihak berkenaan di selatan'.
Komando Pusat tentera AS berkata, Jeffers tiba di Beirut minggu ini untuk berkhidmat sebagai pengerusi bersama bagi pelaksanaan dan mekanisme pemantauan gencatan senjata. - AFP
ZIONIS KAKI
KENCING
AMIN
GENCATAN
SENJATA TIPU
KHALAS
ISIS IALAH ZIONIS ARAB
ISIS IALAH
ZIONIS ARAB
AMIN
Unknown commented on
"AJEN ZIONIS
PAKAI BAJU ISLAM"
Baju pon ada branding isle dgn kapiaq ka? Hahahaha...ini sohai
MAT SAKAU PRESIDEN UMNO
MAT SAKAU
PRESIDEN
UMNO
KHALAS
Unknown commented on
"MAMAT BERANI
BERSUARA"
bukan president PKR president umno dok bayar gaji sapa pun, eksekutif pusat tpm eksekutif pusat president PKR president umno sakau47 bebas dnaa?!!?
Unknown commented on
"MAMAT BERANI
BERSUARA"
president PKR president umno president parti amanah bagi kat depa cakap tentu tak kena siasat tangkap atas akta hasutan 3R dll!!
PAGI INI
PAGI INI
SENIN 2 DISEMBER 2024
BANJIR MASIH BELUM REDA
ANGKA MANGSA
MAKIN BERTAMBAH
POLITIKUS
AMBIL KESEMPATAN
UNTUK TUNJUK WIRA
INI BIASA
DI SEPANYOL
RAJA DAN POLITIKUS
KENA PUKI MAK
KENA BALING LUMPUR
BILA MELAWAT WILAYAH BANJIR
DI VALENCIA
DIMANA JO LOW ?
KENAPA TAK BAWA PULANG?
KESIAN NAJIB
NAZAK SORANG DIRI DALAM JIL
KALAU JO LOW DI BAWA PULANG
PASTI NAJIB AKAN BEBAS
KERANA YANG JAHAT
YANG MENCURI
YANG MENIPU
BUKAN NAJIB
BUKAN BUKAN BUKAN
TAPI
CHINA JO LOW
YANG TIPU PEMIMPIN MELAYU
TANGKAP JO LOW
BEBASKAN NAJIB
KAH KAH KAH
KOREA SELATAN
PERBINCANG UNTUK
BUAT UNDANG UNDANG
ANTI PLASTIK GAGAL
NEGARA PENGELUAR MINYAK
MACAM SAUDI SABOTAJ
SYRIA
PESAWAT RUSIA MULA BOM
GERILA ZIONIS ISLAM
YANG DATANG MENAWAN
ALEPPO
AMERIKA
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
JO BIDEN AMPONKAN
HUNTER BIDEN
INI HAK PRESIDEN
SEBELUM TAMAT KERJA
TAIWAN
AMERIKA JUAL SENJATA
BERNILAI 1.7 BILION RINGGIT
PADA TAIWAN
CHINA MERAH BENGANG
HOKKIEN
PAGI INI BASAH SEGAR
MATA HARI DAH MUNCUL
CAHAYA LEMAH
KL & KL SENTRAL
BERKABUS NIPIS
LANGIT BIRU INDAH
DI PANGKAH AWAN PUTIH
DI PINTU MASUK
JANTAN BERKOKOK
TAK HENTI
SUARA JANTAN MUDA
AGAK SERAK
SEKUMPULAN PIPIT UBAN
MELINTAS MENCARI REZEKI
WARGA HOKKIEN
MENYALAK MARAH
HARI INI AKAN PANAS
TAK TAK DAH MENJALAR
BERJEMUR DI BALKONI
CAHAYA MATA HARI DAH SAMPAI
JIKA PETANG HUJAN
MALAM SEJUK NYAMAN
AMIN
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
SENIN
HABIB MEMEREKSA IKAN DI PARA
IKAN DI GULAI UNTUK KENDURI
NAJIB TERSEKSA DALAM PENJARA
JO LOW PERANCANG DAN PENCURI
LETAK ALMARI TEPI TINGKAP
ANAK PAK HABIB PERGI SEKOLAH
CHINA JO LOW WAJIB DITANGKAP
BEBASKAN NAJIB YANG TIDAK BERSALAH
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA