Isnin, 6 Januari 2025

DAKWA KAKI SOROK


KENYATAAN

 MEDIA ARMADA 

BERSATU

Titah Adendum : ARMADA BERSATU Sedia Bekerjasama Dengan Semua Sayap Pemuda, Pengkhianat Raja-Raja Melayu Mesti Diheret Ke Muka Pengadilan

Berdasarkan surat bertarikh 4 Januari 2025 yang dikeluarkan oleh Dato’ Pengelola Bijaya Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang yang diutuskan kepada YB Dato’ Mohamad Nizar Bin Dato’ Sri Mohamad Najib, maka telah terbukti bahawa ada ‘pengkhianat’ yang telah menyembunyikan Titah Addendum bertarikh 29 Januari 2024. 

ARMADA BERSATU ingin menegaskan bahawa setiap warganegara mempunyai hak yang sama sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Semua banduan yang dihukum boleh memohon pengampunan atau pengurangan hukuman untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang Di-Pertuan Agong menurut Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan. 

Justeru, ARMADA BERSATU ingin mencadangkan dan menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan semua sayap pemuda parti-parti politik bagi memastikan semua pengkhianat ini segera disiasat dan diheret ke muka keadilan demi menpertahankan kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu. 

HILMAN IDHAM
6 Januari 2025

Tiada ulasan:

Catat Ulasan