Selasa, 7 Januari 2025

INDONESIA EKSPORT TENAGA



Indonesia hantar 425,000 pekerja migran ke luar negara tahun ini


JAKARTA: Indonesia, satu daripada penyedia pekerja asing terbesar di dunia, merancang untuk menghantar sekurang-kurangnya 425,000 pekerja ke luar negara pada 2025, menjangka meningkatkan ekonomi sebanyak 0.52 peratus daripada potensi pendapatan pertukaran asing, kata Menteri Perlindungan Pekerja Migran, Abdul Kadir Karding pada Isnin, lapor Xinhua.

"Tahun ini, kami memutuskan untuk meningkatkan sasaran supaya pekerja asing Indonesia dapat memanfaatkan peluang pekerjaan sedia ada di luar negara secara optimum dan menyumbang kepada ekonomi negara," kata Karding kepada pemberita di Jakarta.

Beliau berkata pada 2024, Indonesia menghantar 297,000 pekerja asing ke luar negara, yang membawa pendapatan pertukaran asing sebanyak 251 trilion rupiah (AS$15.5 bilion) dan membantu memacu pertumbuhan ekonomi sekitar 0.36 peratus.

"Penghantaran pekerja asing juga telah membantu mengurangkan kadar pengangguran sebanyak 3.98 peratus daripada jumlah 7.47 juta pengangguran yang dicatatkan pada 2024," kata Karding. - BERNAMA-XINHUA

KITA SEMUA

ALAU ALUKAN

TENAGA KERJA

TENAGA BURUH

DARI INONESIA

AMIN

SATU BAHASA

SATU BANGSA

SATU BUDAYA

AMIN

INI LAH NAMANYA

MELAYU RAYA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan