Rabu, 8 Januari 2025

K-POP HURU HARA



Mahkamah lanjutkan waran tangkap Presiden Korea Selatan

SEOUL: Mahkamah di Korea Selatan semalam meluluskan pelanjutan waran tangkap ke atas Presiden, Yoon Suk Yeol.

Suk Yeol kini berdepan proses pendakwaan susulan tindakan beliau menguatkuasakan undang-undang tentera yang hanya bertahan untuk tempoh singkat, lapor Agensi Berita Yonhap.

Mahkamah Daerah Barat Seoul meluluskan pelanjutan itu selepas dimohon penyiasat dari Pejabat Penyiasatan Rasuah untuk Pegawai Kanan (CIO) setelah waran asal tamat pada Isnin lalu, menurut pegawai.

Cubaan CIO untuk melaksanakan waran itu pada Jumaat lalu gagal selepas kakitangan keselamatan Presiden menghalang penyiasat daripada memasuki kediaman rasmi Suk Yeol di pusat bandar Seoul.

Walaupun penyiasat tidak mendedahkan tempoh pelanjutan waran itu, ia dipercayai melebihi tempoh biasa tujuh hari, memandangkan cabaran yang dijangka dihadapi dalam usaha menahan Suk Yeol.

CIO memohon waran awal pada 30 Disember lalu dengan mendakwa Suk Yeol terbabit sebagai dalang pemberontakan dan penyalahgunaan kuasa.

Sehari kemudian, mahkamah sama meluluskan waran itu, menjadikannya kali pertama dalam sejarah di mana waran tangkap dikeluarkan terhadap seorang Presiden yang masih berkhidmat di Korea Selatan.

Dengan pelanjutan itu, CIO dijangka membuat percubaan baharu untuk menguatkuasakan waran tangkap ke atas Suk Yeol dalam masa terdekat.

DEMOKRASI

DI KOREA TAK

DAPAT BERTAHAN

AMIN

DULU ASKAR

RAMPAS KUASA

KALI INI SEKALI

LAGI

AMIN

APA AKAN JADI

DENGAN K-POP

KAH KAH KAH

AMIN




Tiada ulasan:

Catat Ulasan