Rabu, 8 Januari 2025

SEMUA ADA BEG



AGC ‘membisu’ tidak mahu komen titah adendum

PUTRAJAYA – Usaha pihak media untuk mendapatkan ulasan berkaitan titah adendum terus menemui jalan buntu selepas Peguam Negara yang baharu,  Mohd. Dusuki Mokhtar enggan memberikan sebarang komen berkaitan kesahihan perintah yang didakwa diberikan kepada  Najib  Razak.

Malah bekas Peguam Negara yang kini hakim Mahkamah Persekutuan, Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh turut ‘membisu’ ketika dihampiri wakil media untuk mendapatkan pengesahan kewujudan titah berkenaan.

“Tiada komen, tiada komen,” ujar Mohd. Dusuki ketika dihampiri sekumpulan wartawan selepas selesai majlis pembukaan Tahun Perundangan 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Terrirudin turut mengelak untuk menjawab soalan pihak wakil media yang mengejarnya di luar dewan persidangan sewaktu beliau bergerak meninggalkan majlis berkenaan.

Kedua-duanya menjadi tumpuan berhubung isu titah adendum yang dikatakan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang membolehkan Najib yang juga bekas Perdana Menteri menjalani baki hukuman penjara enam tahun dalam tahanan rumah.

Isnin lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan Najib mencabar kewujudan titah adendum selepas membenarkan beliau memulakan prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.

Bekas Perdana Menteri memohon pengisytiharan bagi memaksa kerajaan melaksanakan perintah adendum yang dikeluarkan oleh Agong terdahulu. – 

   WOIT

KESIAN LAAA

SEMUA ADA BEG

KAH KAH KAH

SEMUA DAPAT

BEG

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan