DAP desak AGC teruskan pertuduhan dalam kes Teoh Beng Hock
DAP hari ini menggesa Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tidak lagi berselindung di sebalik alasan teknikal dan segera memulakan pendakwaan terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam kes kematian Teoh Beng Hock.
Dalam satu kenyataan bersama, Pengerusi Kebangsaan DAP Gobind Singh Deo dan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata keputusan AGC menutup kes atas alasan kekurangan bukti bercanggah dengan fakta kes dan keputusan mahkamah yang pernah dibuat.
Sambil menggesa AGC menyemak semula keputusannya untuk menghentikan siasatan, mereka juga menyokong tindakan undang-undang oleh keluarganya terhadap tindakan AGC yang mengklasifikasikan kes itu sebagai 'tiada tindakan lanjut' (NFA).
“Kami dimaklumkan bahawa tindakan sedang dipertimbangkan untuk mencabar keputusan NFA di mahkamah melalui semakan kehakiman oleh keluarga Teoh.
"Kami menyokong tindakan ini dan juga meminta peguam negara menyemak keputusannya dan meneruskan pertuduhan terhadap mereka yang bertanggungjawab atas kematian Teoh tanpa berlengah-lengah lagi," kata kedua-dua mereka dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan