Rabu, 17 Disember 2025

CHINA MERAH BUAT KACAU



Filipina bantah kapal Pengawal Pantai China cederakan nelayan di Laut China Selatan


MANILA: Majlis Maritim Filipina semalam, menegaskan akan menghantar bantahan terhadap tindakan 'gangguan dan membahayakan' Pengawal Pantai China terhadap nelayan negara itu di perairan di Laut China Selatan, minggu lalu.

Kejadian itu, katanya, amat membimbangkan, selain menyifatkan penggunaan meriam air dan gerakan berbahaya Pengawal Pantai China, mengakibatkan kecederaan serta kerosakan 'tidak boleh dibenarkan'.

"Filipina akan melakukan tindak balas diplomatik sewajarnya, menyatakan bantahan tegas terhadap tindakan ini dan menuntut China menghentikan perlakuan agresif," katanya dalam kenyataan.

Pengawal Pantai Manila hujung minggu lalu, berkata tiga nelayan Filipina cedera, manakala dua bot rosak selepas kapal Pengawal Pantai China melepaskan tembakan meriam air dan memotong tali sauh mereka berhampiran Terumbu Sabina, pada Jumaat lalu.

Sementara itu, pegawai akhbar kepada Presiden, Claire Castro, berkata Filipina akan menyerahkan 'demarche' kepada kedutaan China, memetik maklumat daripada Menteri Luar.

Jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun, pula berkata, Filipina menggerakkan sejumlah besar kapal pada Jumaat lalu, bertujuan 'menimbulkan masalah', selain menjelaskan kapal terbabit mengabaikan siri amaran serta nasihat supaya tidak berdegil dan kekal di lagun berkenaan.

Bercakap pada sidang media semalam, beliau berkata, kapal Filipina melakukan tindakan berbahaya seperti perubahan haluan dengan berniat jahat, selain kru mereka 'menunjukkan pisau untuk mengugut pegawai Pengawal Pantai China' yang sedang menjalankan tugas penguatkuasaan undang-undang.

Selain itu, katanya, Amerika Syarikat (AS) tidak berhak untuk campur tangan dalam hal maritim dengan China menggesa republik berkenaan menghentikan putar belit fakta serta menghasut untuk konfrontasi.

Pada Jumaat lalu, Pengawal Pantai China dilaporkan berkata, pihaknya menghalau beberapa kapal Filipina dan melakukan 'tindakan kawalan'.

Filipina pula menyifatkan kenyataan China 'amat membimbangkan'.

"Kami menggesa terutama kepada CCG untuk bertindak secara bertanggungjawab, mematuhi standard tingkah laku antarabangsa dan meletakkan keselamatan nyawa di laut di atas tindakan yang menimbulkan ketakutan serta membahayakan orang awam," katanya.

AS juga mengecam tindakan China menggunakan meriam air dan memotong tali sauh bot nelayan Filipina.

Terumbu Sabina, dirujuk sebagai Terumbu Xianbin oleh China, manakala Manila (Terumbu Escoda), terletak dalam zon ekonomi eksklusif Filipina, 150 kilometer dari barat wilayah Palawan.

China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan, laluan perairan yang menyokong perdagangan tahunan lebih AS$3 trilion.

Kawasan yang dituntut Beijing meliputi zon ekonomi eksklusif Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Vietnam.

Tribunal Timbang Tara Antarabangsa pada 2016, memutuskan tuntutan Beijing tidak memiliki asas di bawah undang-undang antarabangsa dengan keputusan itu ditolak China. - REUTERS

CHINA MERAH

BUAT KACAU

AMIN

FILPINA AKAN

PANGIL AMERIKA

AMIN

PERANG JANGAN

TAK PERANG

AMIN

JANGAN GERTAK

ACAH ACAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan