Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah dan tidak akan menyerahkan kedaulatan negara kepada pihak luar dalam isu pindaan undang-undang berkaitan benih tumbuhan.
Menafikan dakwaan bahawa Malaysia tunduk kepada pengaruh asing, Mohamad berkata, keputusan muktamad mengenai pindaan Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 (Akta 634) kekal di tangan kerajaan dan Parlimen Malaysia.
"Kementerian ingin menegaskan satu perkara yang sangat asas dan sangat penting bahawa kedaulatan negara dalam menggubal undang-undang tidak pernah dan tidak akan diserahkan kepada sesiapa pun.
"Sama ada sebelum atau selepas apa-apa rundingan, apa-apa perbincangan atau apa-apa pandangan luar, keputusan muktamad tetap berada di tangan kerajaan dan Parlimen Malaysia," katanya kepada Malaysiakini.
Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu diminta mengulas himpunan 200 pesawah di hadapan parlimen pagi semalam bagi mendesak kerajaan membatalkan penyertaan Malaysia dalam Konvensyen Kesatuan Antarabangsa bagi Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan (Upov) 1991.
Kumpulan itu - yang diketuai Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM) - mendakwa penyerahan draf pindaan akta tersebut kepada Sekretariat Upov di Geneva pada Sept lalu sebagai "pencabulan kedaulatan".
Mengulas dakwaan penyerahan draf tersebut, Mohamad menjelaskan bahawa langkah itu dibuat semata-mata bertujuan untuk "rujukan teknikal".
"Ia tidak mengikat, tidak membawa sebarang kelulusan dasar, dan tidak pernah menjadi penyerahan kuasa kepada mana-mana pihak luar.
"Maklum balas awal daripada Majlis Upov yang menyatakan Malaysia boleh meneruskan proses perundangan bukanlah satu arahan yang wajib dipatuhi, sebaliknya kementerian sedang meneliti draf tersebut bersama Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi memastikan ia selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip perundangan negara," katanya.
Ahli Parlimen Kota Raja itu turut memberi jaminan bahawa suara pemegang taruh tempatan akan diambil kira sebelum sebarang pindaan dimuktamadkan oleh kementerian.
"Siri libat urus telah dijalankan di beberapa negeri termasuk Sarawak, Negeri Sembilan dan Johor, dan akan diteruskan ke negeri-negeri lain.
"Kerajaan kekal berpegang kepada prinsip bahawa pindaan Akta 634 ini mesti mengambil kira kepentingan tempatan termasuk petani kecil, komuniti Orang Asal, amalan adat dan tradisional, hak pemegangan dan perkongsian benih oleh petani, serta realiti sosioekonomi negara kita sendiri.
"Sebab itu, penyerahan draf kepada Upov tidak boleh ditafsirkan sebagai mendahului mandat rakyat atau tunduk kepada pengaruh luar," jelasnya.
Terdahulu, jurucakap perhimpunan protes semalam, Abdul Rashid Yob, mendakwa pindaan tersebut akan mengukuhkan monopoli syarikat besar dan menghapuskan hak tradisi petani kecil.
Perhimpunan aman itu turut disertai wakil Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan kumpulan mahasiswa yang membawa plakad mengecam penyertaan Malaysia ke dalam Upov 1991 yang dianggap sebagai "penjajahan benih".

Kalau engkau suka, orang muntah pun engkau sokong, kalau tidak suka engkau belasah habis habisan, sebenar inilah sikap perangai orang kita, sejak dahulu, tersangat emosi tanpa akal fikiran yang waras, setiap satu isu dilihat dari perspektif sentimen tanpa menggunakan logik akal, perubahan demi perubahan berlaku setiap hari, tetapi engkau masih mahu kembali ke zaman Perang Dunia Kedua kah kah kah bukan engkau seorang malah semua pemimpin yang sudah berumur, tidak mahu melepaskan jawatan, tidak mahu orang layak ganti, jadi terus menerus cantas mereka, orang cerdik bijak pandai semuanya disisihkan manakala tukang bodoh tukang angguk tukang cium tangan diangkat ke atas langit kah kah kah ubat paling mujarab menjadi pelupa kah kah kah
BalasPadam