DI PARIS ADA
DOKTOR TANPA
SEMPADAAN
AMIN
DI ALOR GAJAH
ADA KOTE KERAS
TANPA SEMPADAN
KAH KAH KAH
AMIN
Dakwaan cabul wanita, pengerusi madrasah dihadap ke mahkamah
ALOR GAJAH: Seorang lelaki warga emas yang juga pengerusi madrasah didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini, hari ini, atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita pengikutnya, tahun lalu.
Tertuduh, Muhammad Salleh Hamzah, 70, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus dibacakan pertuduhan itu di hadapan Majistret Dr Teoh Shu Yee.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa berusia 46 tahun dengan niat mahu mencabul kehormatannya di sebuah vila di Pengkalan Balak, Masjid Tanah, di sini pada kira-kira jam 9 pagi 1 November lalu.
Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.
Timbalan Pendakwa Raya, Farah Nabihah Sofian mencadangkan jaminan RM8,000 berserta syarat tertuduh tidak mengganggu mangsa, namun peguam tertuduh, Muhammad Denial Khairul Hizam merayu jumlah dikurangkan RM3,000 atas alasan anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap, selain sentiasa memberi kerjasama dan hadir sepanjang siasatan dijalankan.
Katanya, tertuduh yang juga guru agama perlu menanggung isteri dan hanya bergantung kepada sumbangan anak serta orang awam sebagai penceramah.
Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM4,000 berserta syarat dimohon pendakwaan sementara menunggu perbicaraan kes itu selesai.
Sebutan semula kes ditetapkan 14 April depan bagi serahan dokumen.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan