Selasa, 10 Februari 2026

NRUL IZZAH TETAP DI ATAS


JANGAN PANDANG

REDAH KEHEBATAN

NURUL IZAH

AMIN

NURUL BERGUMPAL

DENGAN 3 JANTAN

NURUL MENANG

AMIN

NURUL IZZAH

TETAP DI ATAS

KHALAS


𝗜𝘀𝗵𝗮𝗺 𝗝𝗮𝗹𝗶𝗹 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗲𝗹𝗮𝗸 𝗖𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗔𝗻𝗮𝗸 𝗣𝗠𝗫, 𝗗𝗮𝗸𝘄𝗮 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗙𝗮𝗵𝗮𝗺 𝗜𝘀𝘂 𝗦𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿
KUALA LUMPUR | 10 Feb 26 — Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil menempelak cadangan Nurul Izzah Anwar berkaitan penambahan jawatankuasa pemantauan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sambil mendakwa anak kepada Perdana Menteri itu tidak memahami isu sebenar membabitkan kebebasan institusi berkenaan.

Dalam satu kenyataan, Isham berkata SPRM ketika ini sudah mempunyai pelbagai jawatankuasa pemantau, termasuk di bawah Parlimen, dan penambahan satu lagi jawatankuasa disifatkan sebagai langkah tidak perlu serta membazirkan wang rakyat.

“SPRM ini sudah ada banyak jawatankuasa pemantau termasuk Anti-Corruption Advisory Board (ACAB), Special Committee on Corruption (SCC), Complaints Committee (CC), Operations Review Panel (ORP), Consultation & Corruption Prevention Panel (CCPP) etc. SCC itu jawatankuasa pemantau yang memang sudah ada di bawah Parlimen.

“Jangan malas membaca. Katanya ditujukan kepada Timbalan Presiden PKR.

Menurut beliau, masalah pokok kebebasan SPRM bukan terletak pada kekurangan mekanisme pemantauan, sebaliknya pada struktur pentadbiran dan peruntukan undang-undang yang meletakkan SPRM di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“SPRM diletakkan secara pentadbiran di bawah Jabatan Perdana Menteri, manakala Ketua Pesuruhjaya SPRM dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Ini memberi pengaruh besar Perdana Menteri terhadap SPRM,” katanya.

Sehubungan itu, Isham menyifatkan cadangan Nurul Izzah sebagai tersasar dan gagal menyentuh punca sebenar isu kebebasan institusi antirasuah tersebut.

Beliau turut mempersoalkan janji reformasi Pakatan Harapan sebelum ini yang antara lain berikrar supaya pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM dibuat melalui Parlimen dan bukannya atas nasihat Perdana Menteri.

“Apa jadi dengan janji reformasi itu?” katanya.

Sebagai langkah penyelesaian, Isham mencadangkan pindaan terhadap Akta SPRM supaya suruhanjaya itu diletakkan secara pentadbiran di bawah jawatankuasa Parlimen berkaitan rasuah, termasuk dari segi bajet dan pelantikan kakitangan.

“Pinda Akta SPRM supaya SPRM diletak secara pentadbiran terus di bawah Jawatankuasa Parlimen berkenaan Rasuah oleh itu bajet dan perlantikan kakitangan dibuat melalui jawatankuasa ini di Parlimen.

“Jika jawatankuasa ini tidak cukup kakitangan, ambil kakitangan sedia ada dari JPM supaya mereka lapor terus ke Parlimen. JPM pun sudah amat besar, pindah sekumpulan kakitangan ke Parlimen tidak akan luak pun. Katanya.

Beliau juga mencadangkan agar Ketua Pesuruhjaya SPRM dipilih oleh jawatankuasa Parlimen yang kemudiannya menasihati Yang di-Pertuan Agong berhubung pelantikan atau lanjutan kontrak jawatan tersebut.

Baru-baru ini, Nurul Izzah mencadangkan agar kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa bebas untuk memantau tindakan penguatkuasaan SPRM seperti dailaporkan The Star, semalam. @politiko.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan