PELIK ...PELIK
KENAPA TAKDA
TANGKAPAN?
AMIN
DAH DAPAT
HULUR KE ?
JENG JENG JENG
KHALAS
Aktiviti bitcoin haram di 5 premis di Bukit Beruntung terbongkar
SHAH ALAM: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) membongkar aktiviti perlombongan bitcoin haram di kawasan perniagaan sekitar Bukit Beruntung, Hulu Selangor menerusi operasi penguatkuasaan bersepadu semalam.
MPHS dalam kenyataan berkata, operasi dijalankan susulan aduan awam berhubung gangguan bekalan elektrik yang berlaku di kawasan terdekat dipercayai berpunca daripada penggunaan tenaga elektrik secara berlebihan dan tidak terkawal di premis tertentu.
Menurut kenyataan itu, MPHS diketuai Yang Dipertuanya, Julaihah Jamaludin bekerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi membanteras aktiviti berkenaan.
"Hasil operasi mendapati lima premis di kawasan perniagaan menjalankan aktiviti perlombongan tanpa kebenaran atau lesen yang sah.
"Untuk makluman, aktiviti ini tidak dibenarkan sekiranya dijalankan tanpa kelulusan pihak berkuasa dan membabitkan penggunaan bekalan elektrik secara tidak terkawal.
"Ia bukan sahaja menyebabkan gangguan bekalan elektrik kepada penduduk sekitar malah turut mendatangkan risiko kerosakan infrastruktur elektrik, peningkatan bahaya litar pintas serta kebakaran, dan menjejaskan keselamatan serta kesejahteraan komuniti setempat," katanya.
MPHS berkata, tindakan sitaan peralatan kemudian dibuat ke atas premis yang terlibat sebagai langkah penguatkuasaan mengikut peruntukan undang-undang dan tatacara yang berkuat kuasa.
"Kami ingin menegaskan sebarang aktiviti penggunaan elektrik dalam skala besar perlu mematuhi semua peraturan lesen, pendaftaran perniagaan serta syarat teknikal bekalan elektrik yang ditetapkan.
"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti menyalahi undang-undang," katanya.

jangan guna bitcoint haram... anak haram tak faham apa itu haram.. kah kah kah
BalasPadam