TAHNIAH
!!!
SUSUN LAGI
BANYAK DEMO
AMIN
SEBELUM
KE PILIHANRAYA
TURUN
KE JALAN RAYA
KHALAS
𝗣𝗲𝗿𝗵𝗶𝗺𝗽𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛: 𝟭𝟴 𝗗𝗶𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀, 𝗭𝗮𝗺𝗿𝗶 𝗗𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗗𝗶𝘀𝗶𝗮𝘀𝗮𝘁 𝗕𝗮𝘄𝗮𝗵 𝗔𝗸𝘁𝗮 𝗛𝗮𝘀𝘂𝘁𝗮𝗻 – 𝗣𝗲𝗴𝘂𝗮𝗺
KUALA LUMPUR | 8 Feb 26 – Seramai 20 peserta perhimpunan Gerakan Anti-Rumah Anutan Haram (GARAH) ditahan polis malam tadi selepas pihak berkuasa mengarahkan perhimpunan tersebut dihentikan, dengan dua individu masih ditahan dan bakal dihadapkan ke prosiding reman pagi ini.
Peguam kanan, Haniff Khatri, dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa 18 daripada mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis, manakala dua lagi, Zamri Vinoth dan Tamim, masih dalam tahanan untuk permohonan reman yang dijadualkan sekitar jam 9 pagi hari ini.
Menurut beliau, siasatan terhadap dua individu terbabit difahamkan melibatkan Seksyen 4 Akta Hasutan serta Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, dengan prosiding reman dijalankan di balai polis berikutan mahkamah tidak beroperasi pada hari Ahad.
Haniff mendakwa arahan polis supaya perhimpunan dihentikan adalah bercanggah dengan Perlembagaan dan undang-undang, dan pihaknya telah menyatakan pendirian tersebut secara terbuka dalam sidang media sebelum penahanan dibuat. Beliau turut menawarkan dirinya untuk ditahan terlebih dahulu sebagai bantahan terhadap arahan berkenaan.
Mengulas dakwaan kononnya wujud unsur hasutan perkauman, Haniff menafikan perkara tersebut dan menegaskan bahawa perhimpunan GARAH bertujuan menegakkan kedaulatan undang-undang, malah melibatkan peserta daripada pelbagai latar belakang kaum.
Beliau turut menjelaskan bahawa gerakan GARAH belum mempunyai ketua rasmi, dan Zamri Vinoth hanya bertindak sebagai penyelaras perhimpunan yang dirancang, sekali gus menolak dakwaan bahawa gerakan itu dipimpin oleh individu tertentu.
Haniff berkata pasukan peguam akan hadir bagi membantah permohonan reman dan pergerakan GARAH akan diteruskan melalui perbincangan bersama NGO serta penubuhan struktur organisasi secara rasmi dalam masa terdekat. @politiko.my

Kepala bapak kau TT. BILA NAK MAMPOS
BalasPadam