Ahad, 8 Februari 2026

TIBI PEMBUNUH SENYAP



Kluster Tibi Dikesan Di Kota Tinggi, 33 Orang Positif Daripada 804 Yang Disaring!


Situasi kesihatan awam di Johor kembali menjadi perhatian apabila penyakit tibi dikesan dalam satu kluster di Kota Tinggi, membabitkan puluhan kes positif hasil saringan kontak rapat yang dijalankan oleh pihak berkuasa kesihatan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan satu kluster Tuberkulosis atau tibi dikesan pada 25 Januari lalu, dengan sebanyak 33 kes positif dikenal pasti hasil saringan ke atas 804 kontak rapat setakat 4 Februari.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pasukan KKM kini berada di lapangan dan sedang mengambil tindakan agresif bagi membendung penularan penyakit tibi berkenaan.

“Semua pesakit yang dikesan positif telah menerima rawatan dan sedang dipantau rapi oleh pihak KKM,” katanya menerusi hantaran di laman X lewat malam tadi.

Beliau turut memaklumkan satu kematian dilaporkan dalam kluster berkenaan, namun mengesahkan punca kematian tersebut bukan disebabkan oleh penyakit tibi.

Menurut Dr Dzulkefly, KKM kini berada dalam tahap kesiapsiagaan tinggi, dengan tindakan pengesanan kes secara aktif atau Active Case Detection akan diteruskan bagi memastikan keselamatan komuniti setempat daripada jangkitan penyakit tibi.

Dalam pada itu, penduduk sekitar yang mengalami simptom seperti batuk berpanjangan, demam atau berpeluh pada waktu malam dinasihatkan supaya segera menjalani saringan kesihatan dan tidak menunggu sehingga keadaan menjadi lebih serius.

Orang ramai juga diminta agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau berita palsu berkaitan penyakit tibi yang boleh mencetuskan kebimbangan dan panik dalam kalangan masyarakat.

Untuk makluman, penyakit tibi atau turut dikenali sebagai batuk kering merupakan penyakit berjangkit yang berpunca daripada bakteria Mycobacterium tuberculosis dan boleh merebak melalui udara kepada individu yang mempunyai kontak rapat

Antara gejala penyakit tibi termasuklah batuk berpanjangan, penurunan berat badan yang ketara, hilang selera makan, berpeluh pada waktu malam serta batuk berdarah.

Walaupun berbahaya jika tidak dirawat, penyakit tibi boleh dicegah dan sembuh sepenuhnya melalui rawatan yang berkesan, dengan tempoh rawatan minimum selama enam bulan seperti yang disarankan oleh pihak kesihatan.

DULU TIBI

JADI PEMBUNUH

SENYAP

AMIN

DAPAT DIHAPUS

KINI 

DATANG KEMBALI

DI BAWA OLEH

PEKERJA ASING

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan