Ahad, 31 Mei 2026

KAJIAN WAJIB DI BUAT


INI MENARIK

APAKAH INI 

WATAK ASLI

SEPERTI SALMON

BALIK  KE TEMPAT

 LAHIR

ATAU WATAK

PERUBAHAN IKLIM

AMIN

INI TUGAS

JABATAN

 MAT SABU

BERSAMA

ILMUAN DARI

UNIVERSITI

UNTUK MENGKAJI

KHALAS

Musim 'ikan selar papan masuk muara' jadi tarikan

KUALA TERENGGANU: Selepas dilanda fenomena sotong jarum menghampiri pantai kini, tiba giliran ikan selar papan memasuki muara sejak akhir April lalu.

Kehadiran ikan berhampiran muara menjadi tarikan kepada kaki pancing yang berkumpul seawal pagi di sekitar muka kuala bagi merasai pengalaman bertarung untuk menaikkan spesies berkenaan.

Seawal jam 6.30 pagi, kawasan muara terutama di lokasi berhampiran Kampung Tanjung, di sini, dipenuhi pemancing yang datang dari pelbagai daerah untuk mencuba nasib mendapatkan ikan selar papan yang dikatakan aktif ketika arus pagi.

Terdahulu tular di media sosial mengenai aktiviti memancing ikan selar papan di muka muara Sungai Terengganu dengan pemancing setempat memperoleh tangkap memuaskan.

Presiden Tanjung Anglers Hunter, Wan Mohd Nazeri Wan Ngah, 48, berkata spesies terbabit kebiasaannya muncul akhir April hingga Julai dan bergerak mengikut perubahan arus.

Beliau berkata, fenomena ikan 'boiling' sering berlaku pada awal pagi apabila kumpulan ikan mula memasuki kawasan muka kuala.

"Biasanya selepas subuh kira-kira jam 6.30 pagi ikan mula 'ikut arus masuk' ke kuala dan waktu kemuncak kira-kira jam 7 pagi apabila spesies itu mula memakan umpan pemancing.

"Selepas jam 8 biasanya ikan dah mula kurang dan pada jam 9 pagi keadaan kembali sunyi kerana pemancing mula beredar dari kawasan muka kuala," katanya ketika ditemui di lokasi memancing.

Beliau berkata, lokasi di penghujung benteng berhampiran muka kuala menjadi antara lokasi utama kerana pertembungan arus sungai dan laut menghasilkan pusaran air yang menjadi laluan ikan bermain arus.

Sementara itu, kaki pancing, Mohamad Ariff Yusuff, 32, berkata dia mula aktif memancing sejak lima tahun lalu dan tidak melepaskan peluang turun ke muara setiap kali musim selar papan tiba.

"Suasana meriah di kawasan muara pada waktu pagi memberikan pengalaman tersendiri kepada komuniti kaki pancing. Bila musim ikan selar papan masuk muara memang meriah, tengok boiling dekat permukaan air pun dah boleh buat orang teruja," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan