Isnin, 1 Jun 2026

PEMJARA TAIPING YANG KLASIK


GUA PERNAH

DI TAHAN

TIGA HARI

DALAM PENJARA

TAIPING YANG KLASIK

SEBELUM 

DI HANTAR PULANG

KE KUALA LUMPUR

UNTUK BEBAS

DARI ISA 2003

KHALAS 

TARIK KERAKYATAAN


TARIK

KERAKYATAN KE ?

KAH KAH KAH

KALAU CHINA

KALAU INDIA

BOLEH HANTAR

KE NEGARA

NENEK MOYANG

KAH KAH KAH

KALAU MELAYU

NAK HANTAR 

KE MANA?

KAH KAH KAH

KHALAS 


Agong: Individu enggan ikut Rukun Negara tak layak jadi rakyat Malaysia

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini bertitah bahawa mana-mana individu yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara, tidak layak digelar sebagai warganegara Malaysia.

Seri Paduka Baginda bertitah Rukun Negara yang diperkenalkan pada 31 Ogos 1970, merupakan aku janji dan ikrar setiap warga Malaysia bagi membina semula perpaduan kaum serta menjamin keharmonian masyarakat.

“Oleh itu, saya menyeru kepada semua pihak, agar menghayati setiap prinsip Rukun Negara dan menjadikannya amalan dan garis panduan hidup sebagai rakyat Malaysia.

“Oleh yang demikian, jika ada mana-mana rakyat malaysia yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara tersebut, saya menasihati agar dia tidak layak di gelar sebagai warganegara Malaysia,” titah Sultan Ibrahim.

Seri Paduka Baginda bertitah pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Hadir sama Anwar bin  Ibrahim dan isteri Wan Azizah Wan Ismail,  Ahmad Zahid Hamidi dan anggota Jemaah Menteri termasuk Menteri Komunikasi  Fahmi Fadzil serta perwakilan asing.

Yang di-Pertuan Agong bertitah setiap rakyat harus bersatu hati, bertolak ansur dan saling hormat menghormati serta berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara.

Titah Seri Paduka Baginda perpaduan adalah asas kekuatan negara yang menjamin kemajuan ekonomi, keharmonian kaum dan kestabilan negara.

Sehubungan itu, Sultan Ibrahim bertitah semua pihak perlu mengambil iktibar daripada sejarah hitam negara, peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang tercetus apabila ada pihak yang bertindak keterlaluan, menghina orang lain, dan hilang rasa hormat kepada bangsa dan ketuanan negara ini.

“Peristiwa ini (13 Mei) telah meruntuhkan perpaduan rakyat danmenghancurkan kestabilan negara. Jangan sampai pisang berbuah dua kali,” titah Sultan Ibrahim.

Istiadat pengurniaan itu merupakan kali ketiga disempurnakan Sultan Ibrahim sejak Seri Paduka ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 20 Julai 2024.

Secara keseluruhan, sebanyak 161 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong tahun ini.- Bernama

KENA SABO


ONN SABO

ANWAR

BIN IBRAHIM

KAH KAH KAH

AMIN


 

ANWAR BIN IBRAHIM KENA PERANGKAP


ANWAR 

BIN IBRAHIM

KENA PERANGKAP

KAH KAH KAH

NAK BUAT PRU16

ATAU KENA

TIBAI OLEH JOJOR

KAH KAH KAH

KHALAS


MB Johor umum bubar DUN, beri laluan untuk PRN

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan untuk pilihan raya negeri (PRN).

Pembubaran tersebut diumumkan Onn Hafiz yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor dalam satu sidang media khas di kediaman rasminya di Saujana di sini petang ini.

Menurut beliau, pembubaran DUN itu dilakukan selepas menghadap dan mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Johor,Tunku Mahkota Ismail  pagi ini.

DUN Johor yang mempunyai 56 kerusi dijadualkan terbubar secara automatik pada 21 April 2027 sekiranya tidak dibubarkan lebih awal.

Mengikut peruntukan undang-undang, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh sehingga 60 hari selepas pembubaran DUN untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menerusi PRN Johor ke-15 yang berlangsung pada Mac 2022, BN membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Pakatan Harapan (PH) pula memenangi 12 kerusi dengan DAP memperoleh 10 kerusi, manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) masing-masing satu kerusi.

Perikatan Nasional (PN) pula memenangi tiga kerusi, sementara Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) memperoleh satu kerusi.- MalaysiaGazette

PERANG WAJIB BERMULA


PERANG WAJIB

BERMULA

AMIN

GENCATAN SENJATA

ADALAH MASA

UNTUK KUMPUL

SENJATA & TENTERA

AMIN

RUNDINGAN 

HANYA TEATER

UNTUK SPEKULASI

JUAL MINYAK

KHALAS


Iran dakwa kurang percaya terhadap rundingan damai

DUBAI: Kelewatan dalam proses diplomatik bagi menamatkan perang antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran berpunca daripada kekurangan kepercayaan, pendirian Washington yang bercanggah serta serangan Israel ke atas Lubnan.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baghaei berkata rundingan itu bermula dalam suasana penuh syak wasangka dan tidak percaya antara kedua-dua pihak.

"Rundingan bermula dalam suasana syak wasangka dan ketidakpercayaan yang mendalam, dan pertukaran mesej berlaku dalam keadaan sedemikian.

"Pihak satu lagi sentiasa mengubah pendirian dan mengemukakan tuntutan baharu atau bercanggah adalah sesuatu yang semula jadi apabila keadaan ini menyebabkan rundingan berlarutan," katanya.

Beliau turut berkata, Iran menganggap tindakan Israel di rantau itu, termasuk di Lubnan, tidak boleh dipisahkan daripada AS. - REUTERS

DUN JOHOR BUBAR


KAH AH KAH

KAH AH KAH

KAH AH KAH

OOOLAAAA

KAH KAH KAH

KACAU SEMUA

KACAU SAMPAI

TERBARAI

KHALAS 


DUN Johor dibubarkan berkuat kuasa hari ini

Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran dewan undangan negeri (DUN) berkuat kuasa hari ini.

Katanya pembubaran itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor Tengku Mahkota Ismail.

“Saya ingin memaklumkan bahawa saya telah menghadap Tengku Mahkota Ismail pada hari ini 1 Jun 2026.

“Sehubungan itu atas titah perkenan Pemangku Sultan Johor, watikah pembubaran DUN Johor Darul Takzim telah diperkenankan berkuat kuasa 1 Jun 2026 iaitu pada hari ini,” katanya dalam sidang media, sebentar tadi.

TER NOWW TER HOTT TER KINI


TER NOW

TER HOT

TERKINI




KERAJAAN NEGERI

JOHOR BUBAR

KAH KAH KAH

TAK IKUT ARAHAN

ZAHID HAMIDI

KAH KAH KAH

KHALAS

DARI SARJANA KIMIA


DARI

SARJANA KIMIA

AMIN

Unknown commented on
 "MINYAK DARI PLASTIK ?"

Jesus. Talk about misinformation. Overly simplified lah. Kau org belajar Sains Teras ke? Yikes.

Yes, cawan pinggan plastik is made from petroleum feedstock but they're not LITERALLY diesel and petrol lah. Aiyoh. WTF.

Aku org sarjana kimia tengok ni I can't keep quiet lah.



 

PANTEK MAK KAU


DI N9 DIPANGGIL

PANTEK MAK KAU

PEMBONGAK

KAH KAH KAH

KHALAS

Unknown commented on 
"ANWAR BIN IBRAHIM DBKL"

Anwar is a real chameleon, though.

Dia depan orang lain, cerita lain.

In my life I have known people like this, I call people like this "pathological liar".

Search online for "Anwar chameleon", you can see



 

PELUAQNG UNTUK GULING KERAJAAN


AMERIKA & ISREAL

SEDANG

 MEMBANTU PARTI PEMBANGKANG

GULINGKAN 

KERAJAAN

RASUAH

AMIN

PEBANGKANG

JANGAN LEPASKAN

PELUANG INI

KHALAS 


Sebahagian sektor perniagaan berisiko tutup sementara operas

KUALA LUMPUR: Sebahagian sektor dalam perniagaan negara ini berisiko menutup operasi secara sementara pada separuh kedua tahun ini, jika krisis gangguan bekalan global berpanjangan susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat yang mencetuskan peningkatan kos logistik serta lonjakan harga bahan mentah hingga menekan aliran tunai syarikat.

Paling terdedah ialah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta sektor pembuatan berasaskan import yang kini bergelut kekurangan bahan mentah kritikal, kelewatan penghantaran dan kos operasi yang meningkat mendadak menjelang kemuncak krisis dijangka berlaku pada Jun dan Julai ini.

Presiden Persekutuan Pengilangan Malaysia (FMM), Jacob Lee Chor Kok, berkata hasil tinjauan kedua impak Asia Barat oleh persekutuan itu mendapati 70 peratus pengeluar kini mengalami kekurangan kritikal input pengeluaran penting seperti resin, polimer, petrokimia dan logam.

Beliau berkata, kira-kira lapan peratus ahli FMM hanya mempunyai stok kritikal kurang daripada dua minggu, manakala 40 peratus lagi hanya menyimpan inventori mencukupi untuk tempoh satu hingga dua bulan.

Katanya, PKS kini berada dalam kedudukan sangat tertekan menjelang kemuncak krisis pertengahan tahun ini dengan sektor pembuatan konvensional dan PKS beroperasi dengan margin keuntungan kecil sekitar lima hingga 15 peratus.

"Ia menyebabkan mereka sukar menyerap kelewatan berpanjangan dan kenaikan kos penghantaran antara 20 hingga 50 peratus.

"Walaupun syarikat sedang cuba beralih kepada sumber alternatif dari China, India dan ASEAN, proses itu tidak mudah kerana membabitkan isu standard dan ketidakpadanan kualiti yang menghalang peralihan segera," katanya kepada BH.

Chor Kok berkata, ancaman penutupan sementara atau separa operasi kini semakin realistik sekiranya gangguan rantaian bekalan dan tekanan kos tidak ditangani segera.

Beliau berkata, tinjauan FMM mengesahkan 72 peratus pengeluar menyaksikan keadaan operasi semakin merosot dengan 74.5 peratus syarikat melaporkan kos pengeluaran meningkat sekurang-kurangnya 10 peratus berbanding sebelum krisis, manakala 68 peratus lagi berdepan masalah modal kerja dan aliran tunai akibat kelewatan bayaran pembeli dan syarat pembayaran pembekal yang semakin ketat.

Menurutnya, tekanan kewangan itu juga mula diterjemahkan kepada pengurangan struktur operasi apabila 28 peratus pengeluar terpaksa melaksanakan pelarasan tenaga kerja, termasuk mengurangkan kerja lebih masa dan membekukan pengambilan pekerja.

Katanya, sektor paling terdedah termasuk pengeluar plastik hiliran, bahan kimia dan pemproses bahan industri yang bergantung kepada bahan suapan import seperti nafta, benzena, LPG dan sulfur dari Asia Barat serta Eropah.

"Selain itu, industri intensif diesel seperti seramik, pembuatan kaca, pemprosesan makanan berintensif haba dan kuari, turut berdepan tekanan susulan kenaikan harga diesel industri dan peningkatan 28 peratus harga minyak mentah Brent global tahun ini.

"Justeru, FMM menggesa kerajaan menubuhkan Pasukan Petugas Khas Krisis Eksport dan Pembuatan bagi menyelaras langkah mitigasi segera termasuk pengecualian duti import dan cukai jualan terhadap bahan mentah kritikal dari rantau bukan konflik.

"Kami turut mencadangkan potongan cukai berganda untuk kos logistik berkaitan krisis serta akses subsidi diesel industri bersasar bagi memastikan operasi kilang dan pekerjaan tempatan terpelihara," katanya.

Tak cukup bersedia 

Sementara itu, Presiden Persatuan SME Malaysia (SME Malaysia), Dr Chin Chee Seong, turut bersependapat dengan menyatakan sebahagian besar PKS tempatan masih belum bersedia menghadapi gangguan rantaian bekalan berpanjangan.

"Secara terus terang, kebanyakan PKS tempatan tidak cukup bersedia sekiranya keadaan bertambah buruk pada Jun dan Julai. Mereka beroperasi dengan aliran tunai ketat, kitaran inventori pendek dan modal kerja terhad.

"Tidak seperti syarikat besar, PKS tidak mempunyai kapasiti kewangan untuk menyimpan stok bahan mentah dalam jumlah besar, menyerap kenaikan kos penghantaran berpanjangan atau menanggung kelewatan bekalan yang lama," katanya.

Chee Seong berkata, tinjauan pada April 2026 menunjukkan 76 peratus PKS mengakui kenaikan harga bahan api memberi kesan besar kepada operasi, manakala lebih 80 peratus berdepan peningkatan kos dua digit dengan sebahagiannya melebihi 20 peratus.

Beliau berkata, sekitar 45 peratus PKS menjangkakan masalah aliran tunai serius, manakala 33 peratus menjangka perniagaan menjadi perlahan.

"Isu utama kini bukan lagi sekadar kenaikan kos, tetapi kelangsungan aliran tunai. Jika gangguan berpanjangan terus berlaku, banyak PKS akan bergelut bukan kerana kekurangan permintaan, tetapi kerana mereka tidak lagi mempunyai kecairan mencukupi untuk terus beroperasi," katanya.

Menurutnya, jika keadaan itu berterusan sehingga Jun dan Julai, risiko penutupan sementara, pengurangan pengeluaran, pengurangan waktu kerja, pembekuan pengambilan pekerja dan pengecilan operasi akan meningkat dengan ketara.


1 JUTA AHLI PKR BERTANYA ?


JAWAPAN 1 JUTA

AHLI PKR NAK  TAHU

IALAH: MANA  ILANG

NURUL BIN IZZAH?

KHALAS

BERITA BAIK UNTUK MENGHASUT


PERANG

 BERTERUSAN

ADALAH BAIK

AMIN

HARGA MINYAK

TERUS NAIK

AMIN

RAKYAT NAIK

MINYAK 

MUDAH UNTUK

DI HASUT

KHALAS 



Harga minyak meningkat selepas Israel mara lebih jauh ke Lubnan


BEIJING: Harga minyak meningkat lebih dua peratus pada awal dagangan hari ini selepas Israel mengarahkan tenteranya mara lebih jauh ke dalam Lubnan dalam pertempuran menentang Hezbollah yang disokong Iran, walaupun gencatan senjata diumumkan lebih enam minggu lalu.

Niaga hadapan minyak mentah AS meningkat AS$2.37 atau 2.71 peratus kepada AS$89.73 setong setakat 0028 GMT.

Niaga hadapan Brent pula naik AS$2.16 atau 2.37 peratus kepada AS$93.28 setong.

Peningkatan konflik itu, yang berlaku sejurus selepas Amerika Syarikat (AS) menjadi tuan rumah rundingan damai Israel-Lubnan di Washington pada Jumaat lalu, mengurangkan harapan bahawa AS dan Iran akan segera mengumumkan lanjutan perjanjian gencatan senjata mereka.

Harapan terhadap lanjutan gencatan senjata itu sebelum ini menyebabkan harga minyak mentah Brent dan West Texas Intermediate (WTI) masing-masing ditutup rendah sebanyak 1.8 peratus dan 1.7 peratus pada Jumaat.

Konflik Israel-Lubnan merupakan kesan limpahan terbesar daripada perang Iran.

Konflik itu bermula pada 2 Mac apabila Hezbollah melancarkan roket dan dron merentasi sempadan Israel sebagai tanda sokongan kepada sekutunya, Iran.

Kedua-dua pihak mencapai gencatan senjata pada pertengahan April, namun serangan balas masih berterusan.

Presiden AS, Donald Trump, berkata pada Jumaat bahawa beliau akan membuat keputusan tidak lama lagi mengenai cadangan perjanjian untuk melanjutkan gencatan senjata dengan Iran yang diumumkan pada awal April.

Langkah itu bertujuan memberi lebih banyak masa kepada perunding untuk mencari penyelesaian kekal kepada konflik terbabit serta isu utama berkaitan program nuklear Iran.

Israel dijangka memainkan peranan penting dalam sebarang perjanjian sedemikian, manakala Iran berulang kali menegaskan bahawa Hezbollah juga perlu dilibatkan dalam rundingan.

Pada masa sama, kebimbangan semakin meningkat mengenai kewujudan periuk api laut di Selat Hormuz, laluan utama penghantaran minyak dan gas dunia, menurut penganalisis IG, Tony Sycamore.

Beliau berkata, situasi itu boleh melambatkan proses pembukaan semula selat berkenaan dan menyebabkan kelegaan kepada pasaran minyak mengambil masa yang lebih lama walaupun laluan itu dibuka semula.

"Walaupun perjanjian dicapai, ia tidak akan menyebabkan lambakan bekalan minyak secara mendadak," kata Sycamore.

Seorang wartawan Axios melaporkan di platform X pada Jumaat bahawa Iran meletakkan lebih banyak periuk api di selat itu pada awal minggu lalu, tidak lama selepas Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth, menyatakan bahawa sebarang cubaan menambah periuk api akan dianggap sebagai pelanggaran gencatan senjata.

Selat Hormuz mengendalikan kira-kira satu perlima aliran minyak dan gas global, dan Iran secara efektif telah menutup laluan itu sejak konflik bermula berikutan serangan AS dan Israel pada Februari.

Kebimbangan terhadap gangguan bekalan mengatasi kesan data ekonomi China yang lemah pada hujung minggu lalu, menunjukkan aktiviti sektor pembuatan semakin perlahan.

Perkembangan itu menambah kebimbangan bahawa ekonomi kedua terbesar dunia itu sedang kehilangan momentum, dibebani oleh penyusutan eksport dan tekanan kos yang berterusan.-Reuters