Isnin, 1 Jun 2026

ANWAR BIN IBRAHIM KENA PERANGKAP


ANWAR 

BIN IBRAHIM

KENA PERANGKAP

KAH KAH KAH

NAK BUAT PRU16

ATAU KENA

TIBAI OLEH JOJOR

KAH KAH KAH

KHALAS


MB Johor umum bubar DUN, beri laluan untuk PRN

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan untuk pilihan raya negeri (PRN).

Pembubaran tersebut diumumkan Onn Hafiz yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor dalam satu sidang media khas di kediaman rasminya di Saujana di sini petang ini.

Menurut beliau, pembubaran DUN itu dilakukan selepas menghadap dan mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Johor,Tunku Mahkota Ismail  pagi ini.

DUN Johor yang mempunyai 56 kerusi dijadualkan terbubar secara automatik pada 21 April 2027 sekiranya tidak dibubarkan lebih awal.

Mengikut peruntukan undang-undang, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh sehingga 60 hari selepas pembubaran DUN untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menerusi PRN Johor ke-15 yang berlangsung pada Mac 2022, BN membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Pakatan Harapan (PH) pula memenangi 12 kerusi dengan DAP memperoleh 10 kerusi, manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) masing-masing satu kerusi.

Perikatan Nasional (PN) pula memenangi tiga kerusi, sementara Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) memperoleh satu kerusi.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Catat Ulasan