Selasa, 2 Jun 2026

BOOM BOOM TEL AVIV


TERAM PUTAR

IRAN TAK PEDULI

AMIN

DUNIA NAK LIHAT

ISRAEL

KUWAIT SAUDI

UAE BAHRIAN

KENA BEDIL

KAH KAH KAH

BOM BOM

TEL AVIV

KHALAS

Trump dakwa rundingan dengan Iran bergerak pantas meskipun Tehran ancam perluas perang

TEHRAN: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, memaklumkan rundingan dengan Iran sedang berlangsung pada kadar 'sangat pantas', walaupun Tehran mengancam untuk memperluaskan konflik dengan terus menutup Selat Hormuz dan mengaktifkan titik tekanan lain di seluruh rantau itu.

Agensi berita Tasnim melaporkan bahawa Tehran menggantung dialog dengan pihak pengantara susulan serangan Israel yang semakin meluas di Lubnan, apabila sekutu AS itu sekali lagi mengancam untuk melancarkan serangan ke atas pinggir selatan Beirut.

Trump kemudian berkata beliau berjaya memujuk Israel dan Hizbullah yang disokong Iran supaya meredakan ketegangan, manakala Kedutaan AS di Lubnan memaklumkan kumpulan pejuang itu menerima cadangan Washington mengenai 'penghentian serangan secara bersama'.

"Rundingan dengan Republik Islam Iran masih diteruskan pada kadar yang sangat pantas," kata Trump menerusi media sosial.

Beberapa minggu rundingan tidak langsung antara AS dan Iran, ancaman serta serangan udara gagal menamatkan konflik atau membuka semula Selat Hormuz, laluan perkapalan utama bagi eksport minyak dan gas Teluk.

Pertukaran serangan antara AS dan Iran semalaman berlaku serentak dengan perluasan operasi darat Israel di Lubnan, apabila Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu berikrar untuk mara lebih jauh dan mengancam serangan terhadap 'sasaran pengganas' di pinggir selatan Beirut.

Jurucakap Israel berbahasa Arab menggesa penduduk kawasan pinggir selatan yang dikenali sebagai Dahiyeh supaya berpindah "demi keselamatan mereka", manakala imej AFP menunjukkan kesesakan lalu lintas yang teruk ketika penduduk melarikan diri.

Netanyahu kemudian berkata beliau memaklumkan kepada Trump bahawa Israel akan menyerang Beirut jika Hizbullah tidak menghentikan serangan terhadap Israel, sambil meneruskan operasi ketenteraan di selatan Lubnan.

AS menyokong operasi Israel terhadap Hizbullah sambil berusaha mencapai perjanjian dengan Iran bagi menamatkan konflik, membuka semula Selat Hormuz dan mengenakan kawalan terhadap program nuklear Iran.

Bagaimanapun, Iran sekali lagi menegaskan bahawa ia belum memulakan rundingan nuklear dan menuntut Israel menghentikan operasi ketenteraannya di Lubnan sebelum sebarang perjanjian lebih luas dapat dicapai.

Menjelang mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Lubnan, jurucakap Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata: "Kami amat bimbang dengan peningkatan aktiviti ketenteraan di seluruh selatan Lubnan dan kawasan sekitarnya."




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan