APAKAH KES INI
SENGAJA
DILAMAKAN
UNTUK ELAK SATU
SOALAN?
AMIN
SAPA MURID
YANG PINDAH
SEKOLAH?
AMIN
APAKAH MURID
YANG NAMA
DI RAHSIAKAN
ANAK GEDEBE?
JENG JENG JENG
KHALAS
Inkues Zara Qairina: Unsur gangguan pada dokumen kemungkinan berlaku – Pakar
KOTA KINABALU – Unsur-unsur gangguan terhadap beberapa dokumen yang dikaitkan dengan Allahyarham Zara Qairina Mahathir tidak dapat diketepikan secara muktamad, Mahkamah Koroner diberitahu hari ini.
Pemeriksa dokumen forensik dan pakar tulisan tangan bertauliah, Dr Linthini Gannetion berkata dapatan beliau adalah berdasarkan halaman yang telah dikeluarkan, penggunaan dakwat berbeza, tulisan dipadamkan serta perbezaan corak tarikh pada dokumen berkenaan.
“Berdasarkan pemerhatian saya, halaman dikeluarkan, perbezaan jenis dakwat pada bahagian tertentu, wujud tulisan yang dipadamkan serta perbezaan corak tarikh pada beberapa halaman menunjukkan unsur gangguan terhadap dokumen Y1 hingga Y15 tidak dapat diketepikan secara muktamad,” katanya di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Linthini berkata dokumen ditandakan sebagai Y1 hingga Y15 disahkan merupakan helaian dikoyakkan daripada diari Love and Peace, yang dipercayai milik Zara Qairina.
Beliau berkata diari tersebut hanya mengandungi 106 halaman bergaris berbanding 228 halaman dalam sebuah buku rujukan daripada jenis yang sama, menunjukkan bahawa banyak halaman telah dikeluarkan sebelum diari itu diperiksa.
Beliau menjelaskan kesan koyakan berbeza pada dokumen Y1 hingga Y15 turut menunjukkan bahawa halaman-halaman tersebut tidak dikoyakkan dengan cara yang sama.
Linthini berkata beliau tidak dapat menentukan secara muktamad penulis beberapa halaman berkenaan kerana terdapat perbezaan tulisan tangan, selain sampel tulisan tangan Zara Qairina daripada tempoh yang sama tidak mencukupi untuk tujuan perbandingan yang tepat.
Bagaimanapun, beliau berkata tulisan pada halaman yang ditandakan sebagai Y10B, Y11A, Y11B, Y12A, Y12B, Y13A, Y13B, Y14A, Y14B, Y15A dan Y15B menunjukkan persamaan ketara dengan tulisan tangan Zara Qairina antara Februari hingga pertengahan April 2025 dan, pada pendapat beliau, ditulis oleh Zara Qairina.
Beliau juga mendapati bahawa Zara Qairina lazimnya tidak mencatat tarikh secara konsisten dalam catatan jurnalnya berdasarkan tulisan berbentuk jurnal yang telah diperiksa. Namun, hampir semua halaman dalam dokumen Y1 hingga Y15 mempunyai tarikh, kecuali Y8B dan Y13B.
Selain itu, Linthini turut mengesan penggunaan pen berbeza pada bahagian tertentu, yang menunjukkan kemungkinan sesetengah maklumat ditambah pada waktu berlainan.
“Pada halaman Y4B, huruf ‘hallenge’ dalam perkataan ‘challenge’ ditulis menggunakan pensel, manakala bahagian lain ditulis menggunakan pen. Pada halaman Y13A pula, frasa ‘Jala imut’ tidak konsisten dengan ciri-ciri tulisan tangan Allahyarham Zara Qairina dan menunjukkan ia ditulis oleh individu lain,” katanya.
Saksi ke-74 inkues itu, yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Pemeriksaan Dokumen Forensik dari Universiti Sains Malaysia, berkata pemeriksaannya turut berdepan kekangan kerana tidak semua ujian makmal dapat dijalankan memandangkan bahan bukti tidak boleh dibawa ke makmal untuk analisis lebih menyeluruh.
Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai 2025, sehari selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya kira-kira 4 pagi.- BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan