Selasa, 23 Jun 2026

PANAS MULA MEMBUNUH


PANAS!!!

DUNIA MAKIN

PANAS

KHALAS


Dua kanak-kanak maut dalam kereta ketika gelombang haba landa Perancis

PARIS: Dua kanak-kanak berusia dua dan empat tahun ditemukan maut di dalam kereta milik keluarga mereka di bandar Carpentras, selatan Perancis, semalam, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Berdasarkan siasatan awal, dua beradik itu dipercayai terkunci secara tidak sengaja di dalam kenderaan berkenaan, menurut pejabat pendakwa raya tempatan.

Ibu mereka menemukan kedua-dua kanak-kanak itu di dalam kereta yang di parkir di laluan masuk rumah keluarga berkenaan.

Pasukan kecemasan berusaha memberi bantuan kecemasan kepada mangsa, namun gagal menyelamatkan mereka.

Pejabat pendakwa raya membuka siasatan awal atas kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat, manakala bedah siasat turut diarahkan bagi menentukan punca sebenar serta keadaan yang membawa kepada kematian kedua-dua kanak-kanak itu.

Ibu mangsa yang berusia 33 tahun menerima rawatan daripada anggota bomba selepas mengalami kejutan emosi.

Pihak berkuasa berkata, penyiasat pada peringkat awal tidak dapat mengambil keterangannya berikutan keadaannya ketika itu.

Siasatan lanjut masih dijalankan.

Tragedi berlaku ketika Perancis berdepan gelombang haba yang tinggi, dengan suhu mencecah sehingga 42 darjah Celsius di beberapa kawasan negara itu.

Di Carpentras, suhu dilaporkan meningkat kepada sekitar 39 darjah Celsius pada Isnin, menurut perkhidmatan cuaca kebangsaan, Météo-France.

Sebahagian besar wilayah Perancis masih berada di bawah amaran merah, iaitu tahap amaran tertinggi, dengan suhu dijangka terus meningkat dalam beberapa hari akan datang.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan