ZAKAR SHI
TAK PERLU
RISAU
KAH KAH KAH
SEMUA LAPORAN
INI TAK JADI
APA-APA
KAH KAH KAH
LAGI BANYAK
KOMPLIN LAGI
KERAS ZAKAR SHI
MELAWAN
KHALAS
153 laporan polis diterima berhubung kenyataan Puad Zarkashi
JOHOR BAHRU – Polis membuka kertas siasatan terhadap kenyataan yang dikeluarkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Mohd Puad Zarkashi menerusi media sosial selepas menerima 153 laporan polis di seluruh negara setakat pukul 3 petang tadi.
Ketua Polis Johor, Ab Rahaman Arsad berkata, dua laporan polis turut dibuat oleh bekas Exco Kerajaan Negeri Johor dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Johor pada pukul 10.53 pagi dan 12.13 tengah hari tadi.
“Setakat pukul 3 petang, sebanyak 153 laporan polis diterima di seluruh Malaysia dan pihak polis menjangkakan jumlah itu akan terus meningkat,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 melibatkan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut, manakala Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berkaitan kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya menghormati proses siasatan yang sedang berjalan serta tidak membuat sebarang komen atau spekulasi yang boleh menimbulkan kegentaran awam.
“Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati menyalahgunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi bagi tujuan yang menyalahi undang-undang.
“Kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi memastikan ruang digital kekal sebagai platform yang selamat serta memupuk budaya komunikasi yang matang, berfakta dan saling menghormati demi kesejahteraan sosial dan kestabilan negara,” katanya. –

Tiada ulasan:
Catat Ulasan