Sabtu, 28 Februari 2026

PROJEK REGIME CHANGE BLOOMBERG LANGKAH AWAL BERJAYA !


PROJEK  

REGIME CHANGE BLOOMBERG

TAPAK PERTAMA

 BERJAYA

AMIN

GULINGKAN KERAJAAN BUKAN JENAYAH !!!


JANGAN RISAU

GULINGKAN

KERAJAAN BUKAN

JENAYAH

AMIN

KERAJAAN ZALIM

RASUAH PENIPU

WAJIB

DI GULINGKAN 

AMIN

TUGAS KERJA

YB PN IALAH

MENGGULINGKAN

KERAJAAN

KHALAS

Balu  Daim nafi terbabit, rancang guling kerajaan

Na’imah Khalid, balu bekas menteri kewangan Allahyarham Daim Zainuddin menyangkal sebarang bentuk usaha untuk menggulingkan kerajaan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Na'imah berkata bahawa sebarang percubaan yang mencadangkan dia berada di sebalik pendedahan Bloomberg yang melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki bukan sahaja tidak bertanggungjawab tetapi juga satu penghinaan kepada wartawan yang berkenaan.

"Dakwaan bahawa saya cuba mengganggu kestabilan atau menggulingkan kerajaan adalah sesuatu yang menggelikan hati dan mengingatkan kita kepada tuduhan lalu tentang menggulingkan kerajaan yang dihadapi oleh perdana menteri sendiri, apabila beliau pernah mengisytiharkan mempunyai "angka yang besar" untuk merampas kuasa."

"Tidak seperti beliau, saya tidak pernah terlibat, merenung atau menyokong sebarang usaha untuk menjejaskan kestabilan atau menjatuhkan kerajaan yang dipilih."

"Walaupun saya berasa teruja dengan dakwaan bahawa saya berada di sebalik laporan siasatan oleh Bloomberg, saya tidak mahu mengambil kredit daripada mereka yang benar-benar menggunakan kemahiran dan bakat kewartawanan mereka untuk mendedahkan dakwaan mengejutkan yang menyelubungi ketua SPRM," kata kenyataan itu.

Na’imah memberi maklum balas terhadap kenyataan Ketua Polis Negara Khalid Ismail terbit awal hari ini yang mengumumkan pihak berkuasa sedang menyiasat isteri seorang bekas menteri kabinet atas dakwaan percubaan untuk menggulingkan kerajaan.

Menurut Khalid, plot itu melibatkan seorang "individu berpengaruh" dan sebuah agensi media antarabangsa dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan selepas polis menerima laporan mengenai dakwaan konspirasi itu semalam.

Seksyen 124B Kanun Keseksaan merujuk aktiviti jenayah yang dianggap memudaratkan demokrasi berparlimen dan membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Perkembangan terkini menyerupai skandal 1MDB, apabila pentadbiran Najib Razak membuat dakwaan serupa terhadap organisasi media tertentu manakala pengkritik menghadapi ancaman pendakwaan atas "aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen".

Menurut salinan laporan polis yang dilihat oleh Malaysiakini, wanita yang disiasat itu didakwa telah mengadakan mesyuarat dalam talian sekitar Julai tahun lepas, dengan dia membincangkan rancangan yang didakwa untuk menggunakan saluran media antarabangsa bagi meningkatkan tekanan ke atas Anwar dan ketua SPRM Azam Baki.

Dua anak bekas menteri itu, dua peguam dan beberapa wakil firma komunikasi strategik antarabangsa didakwa menghadiri mesyuarat tersebut.

Seterusnya, Na’imah mendakwa laporan polis itu dibuat oleh “seorang lelaki yang tidak berpuas hati”.

Kandungan laporan polis palsu

“Saya membaca dengan sangat terkejut laporan polis yang difailkan oleh seorang individu, mendakwa penglibatan saya dalam percubaan untuk menggulingkan kerajaan.

“Individu yang membuat laporan itu menghubungi saya dan menawarkan khidmatnya pada Julai 2025 sebagai sebahagian daripada pasukan komunikasi yang dicadangkan.

“Disebabkan prestasi kerjanya yang buruk, beliau telah diberhentikan. Selepas pemecatan beliau, beliau cuba membuat tuntutan kewangan selanjutnya.”

Na’imah mendakwa kandungan laporan polis itu palsu dan tidak masuk akal dan masa laporan itu menunjukkan percubaan terdesak untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada desakan yang semakin meningkat agar Azam dipecat dari pejabatnya.

Ini kerana, tambahnya, laporan itu dibuat tujuh bulan selepas pertemuan yang didakwa itu dan susulan salah satu skandal terbesar yang dihadapi kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim.

Menurut Na'imah artikel pertama yang diterbitkan oleh Bloomberg, yang diterbitkan pada bulan September 2024, mengenai SPRM dan dakwaan penyalahgunaan kuasa perdana menteri, mendahului pertemuan yang didakwa dirujuk dalam laporan polis itu lebih 10 bulan.

“Apakah jenis konspirasi yang boleh berlaku sedangkan Bloomberg telah pun mendedahkan penyalahgunaan kuasa yang berkaitan dengan SPRM dan Anwar jauh sebelum pertemuan yang didakwa itu.

“Tambahan pula, bagaimana seseorang boleh menjatuhkan kerajaan dengan bantuan media antarabangsa, atau dalam hal ini, firma perhubungan awam? Jika itu berlaku, banyak kerajaan Malaysia pada masa lalu akan digantikan sepanjang masa.

“Sejak bilakah mendapatkan nasihat perhubungan awam profesional menjadi satu jenayah, terutamanya apabila berhadapan dengan kuasa tidak terkawal agensi yang diketuai oleh individu yang tercemar skandal yang terus mendapat sokongan penuh perdana menteri?

“Pendedahan baru-baru ini oleh Bloomberg hanya mengukuhkan lagi ketidakpercayaan orang ramai terhadap dakwaan perdana menteri yang melancarkan perang terhadap rasuah (kerana) mereka mengesahkan keterlibatan kuasa politik, kepentingan korporat dan institusi penguatkuasaan dan yang mengejutkan sekarang, mafia korporat.”

Dengan menggunakan agensi penguatkuasaan dalam keadaan yang berunsur politik, Na’imah berkata kerajaan hanya mengesahkan teras utama laporan Bloomberg, apabila kuasa institusi dijadikan senjata.

“Adalah tidak masuk akal untuk mencadangkan bahawa menunjukkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa di peringkat tertinggi kerajaan adalah percubaan untuk menggulingkan kerajaan,” kata Na’imah menegaskan hak undang-undangnya berhubung dakwaan yang menurutnya palsu dan merosakkan ini.



KOTE KERAS TANPA SEMPADAN


DI PARIS ADA

DOKTOR TANPA

SEMPADAAN

AMIN

DI ALOR GAJAH

ADA KOTE KERAS

TANPA SEMPADAN

KAH KAH KAH

AMIN


Dakwaan cabul wanita, pengerusi madrasah dihadap ke mahkamah

ALOR GAJAH: Seorang lelaki warga emas yang juga pengerusi madrasah didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini, hari ini, atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita pengikutnya, tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Salleh Hamzah, 70, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus dibacakan pertuduhan itu di hadapan Majistret Dr Teoh Shu Yee.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa berusia 46 tahun dengan niat mahu mencabul kehormatannya di sebuah vila di Pengkalan Balak, Masjid Tanah, di sini pada kira-kira jam 9 pagi 1 November lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Farah Nabihah Sofian mencadangkan jaminan RM8,000 berserta syarat tertuduh tidak mengganggu mangsa, namun peguam tertuduh, Muhammad Denial Khairul Hizam merayu jumlah dikurangkan RM3,000 atas alasan anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap, selain sentiasa memberi kerjasama dan hadir sepanjang siasatan dijalankan.

Katanya, tertuduh yang juga guru agama perlu menanggung isteri dan hanya bergantung kepada sumbangan anak serta orang awam sebagai penceramah.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM4,000 berserta syarat dimohon pendakwaan sementara menunggu perbicaraan kes itu selesai.

Sebutan semula kes ditetapkan 14 April depan bagi serahan dokumen.

APA JADI DENGAN JO LO?


APA JADI

DENGAN JO LO?

AMIN

Unknown commented on 
"AZAM BIN BAKI AKAN DI DAKWA"

Wei apa pula kabinet kerusi meja katil menentukan nak dakwa atau tidak? Kah kah kah nampak sangat poyo teramat tinggi sekarang, apa jadi kes simbah asid? Apa jadi kes pukul oleh kerabat? Apa jadi kepada kes terhadap anak-anak Mahathir Mohamad? 

Apa jadi kes Jho Low? Cuma nak berkongsi ingat semua bukan semua jenama pelupa secara terpilih atau kabinet kerusi meja juga menentukan siapa siasat siapa dakwa atau siapa kena masuk mahkamah? Kah kah kah

DUNIA INI AKHIRNYA MILIK ANAK MUDA


ANAK MUDA WAJIB

BANGUN

 SELAMATKAN

NEGARA

AMIN

Unknown commented on
 "RAKYAT MAHU
 AZAM BIN BAKI DI TANGKAP"

Ini bukan cerita baru, semuanya wujud sekian lama, ketua polis kawan dengan penjenayah, ketua SPRM kawan dengan perasuah, penguatkuasa kawan dengan peniaga tepi jalan, JPJ kawan dengan tauke lori, tauke bas Express, bukan pelik bukan sesuatu yang tidak diketahui umum, 

siapa lagi nak bayar majlis berbuka puasa, nak bayar percutian, siapa nak bayar majlis kahwin majlis beranak Majis semua kah kah kah kah penat jaga negara kalau ketua SPRM pun ada kes rasuah kah kah kah tetapi negaraku hebat semuanya boleh berjalan kalau ada kabel padat sendat ketat kah kah kah

PAGI INI


PAGI INI




PAGI INI

SABTU 28 FEBUARI 2026

PUASA HARI KE 10

LAWAK BERDIRI


MADAFAKA BUAT LAWAK BERDIRI
KAH KAH KAH
Ada komplot nak gulingkan kerajaan MADAFAKA Anwar bin Ibrahim kah kah kah.

KOMPLOT APA ?
Semua orang tahu berjuta rakyat Malaysia nak humbankan Anwar bin Ibrahim. MENGGULINGKAN KERAJAAN BUKAN  SATU KESALAHAN. 

Bukan satu komplot – semua orang tahu - Tak caya tanya Mat Sabu. kah kah kah.

Semua YB PN berniat, bekerja tiap hari untuk menggulingkan  kerajaan.  Menggulingkan  kerajaan ialah tugas politikus pembangang.

APA SEBEA BERLAKU?
Ini taktik nak alih cerita – tiap hari rakyat satu Malaysia berlabun hal Azam bin Baki dan MAFIA KORPORAT – maka Anwar bin Ibrahim nak alih cerita.

Buat CERITA balu Daim nak gulingkan kerajaan – kah kah kah.

Yang betul nak buat REGIME CHANGE – TUKAR KERAJAAN ialah Media BLOOMBERG – ini betul projek regime change . Kenapa ada projek REGIME CHANGE ? 

Kerana Anwar bin Ibrahim putar alam - Dia kencing kawan baik dia  Paul Wolfowitz kah kah kah. Mamat ni tolong beri dia kerja di Amerika – kini Madafaka dah kencing – Zionis Yahudi ini pasti marah -  bau kentut pun tak dapat kah  kah kah.

 Madafaka  sedang gelabah. DAP beri tekanan nak tuntut SIASATAN DI RAJA kes Azam bin Baki. Jika tak ada siasatan maka DAP ancam nak keluar kerajaan – kah kah kah.

PALING MENAKUTKAN MADAFAKA ialah melihat muka DR SAM.  Ini menakutkan Anwar bin Ibrahim. Secara bijak PN telah mengangkat DR  SAM  - ini pilihan tepat. Amin.

HOKKIEN
Pagi ini kering sejuk segar. Cuaca kelam – matahari muncul tapi awan  kelabu menutup.  Langit mendung. KL & KL Sentral berkabus nipis. Kemarin renyai sekejap.

How Wow masih bersuara dari tempat yang sama. Cengkerik juga bersimponi.

Di lorong masuk semua dah menunggu. Emak datang menyongsong – tak sabar. Yang lain ikut sama. Lalu gua beri makan. Pagi ini Puppy Itam ada sama –  Puppy Itam dah jadi anak muda. 

Pendatang Putih masih  marah dengan Tak Tak. Tapi Tak Tak tidak ambil pot.

Sebuah Pesawat melintas – tak kelihatan di lindung awan. Bunyi kuat memecah alam pasti kapal terbang besar menuju ke KLIA.

Di Wakaf Pertama semua  berkumpul.  Tapi Puppy Itam tak pernah datang ke Wakaf Pertama.

SEEEET – suara tanda Tiong  berlabuh. Saekor sampai dulu kemudian saekor lagi. Gua tabur Friskies agak jauh untuk Tiong mencatuk. Siti dan Tak Tak dapat hati ayam rebus.

Hari ini akan panas. Jap lagi gua nak ke Chow Kit rutin  mingguan. Gua nak beli buah – aap buah ada Sabtu ini ?

Gua rasa petang akan redup – alam sedang membantu kita  berpuasa. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM UNTUK SAMBUT
PAGI SABTU

BRO
Lu ada kucing lu ada burung lu ada anjing – lu pasti akan jatuh cinta dengan  mereka.

BRO
Waktu lu habiskan dengan kucing atau anjing tidak sia-sia.

BRO
Haiwan yang lu pelihara  akan beri lu motivasi untuk menjadi baik sesama manusia. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI
SELAMAT BERPUASA