Selasa, 2 Jun 2026

BUBAR ADUN NEGERI SEMBILAN


BUBARKAN JUGA

ADUN N9

AMIN

JALAN SELESAI

KUKUHKAN ADAT

KHALAS


Adun PH N Sembilan hadir pertemuan di kediaman rasmi MB
Beberapa kenderaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan dilihat memasuki kediaman rasmi Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun di Seremban, hari ini.

Difahamkan kehadiran mereka kira-kira 9.30 pagi tadi bagi membincangkan perkembangan semasa berkenaan negeri itu.

Dalam pada itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Ahmad Shahir Md Shah berkata setakat ini tiada sidang media diadakan berkenaan pertemuan itu.

Beliau turut memaklumkan Menteri Besar akan menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir esok, iaitu rutin mingguan sebelum Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.- Bernama

BOOM BOOM TEL AVIV


TERAM PUTAR

IRAN TAK PEDULI

AMIN

DUNIA NAK LIHAT

ISRAEL

KUWAIT SAUDI

UAE BAHRIAN

KENA BEDIL

KAH KAH KAH

BOM BOM

TEL AVIV

KHALAS

Trump dakwa rundingan dengan Iran bergerak pantas meskipun Tehran ancam perluas perang

TEHRAN: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, memaklumkan rundingan dengan Iran sedang berlangsung pada kadar 'sangat pantas', walaupun Tehran mengancam untuk memperluaskan konflik dengan terus menutup Selat Hormuz dan mengaktifkan titik tekanan lain di seluruh rantau itu.

Agensi berita Tasnim melaporkan bahawa Tehran menggantung dialog dengan pihak pengantara susulan serangan Israel yang semakin meluas di Lubnan, apabila sekutu AS itu sekali lagi mengancam untuk melancarkan serangan ke atas pinggir selatan Beirut.

Trump kemudian berkata beliau berjaya memujuk Israel dan Hizbullah yang disokong Iran supaya meredakan ketegangan, manakala Kedutaan AS di Lubnan memaklumkan kumpulan pejuang itu menerima cadangan Washington mengenai 'penghentian serangan secara bersama'.

"Rundingan dengan Republik Islam Iran masih diteruskan pada kadar yang sangat pantas," kata Trump menerusi media sosial.

Beberapa minggu rundingan tidak langsung antara AS dan Iran, ancaman serta serangan udara gagal menamatkan konflik atau membuka semula Selat Hormuz, laluan perkapalan utama bagi eksport minyak dan gas Teluk.

Pertukaran serangan antara AS dan Iran semalaman berlaku serentak dengan perluasan operasi darat Israel di Lubnan, apabila Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu berikrar untuk mara lebih jauh dan mengancam serangan terhadap 'sasaran pengganas' di pinggir selatan Beirut.

Jurucakap Israel berbahasa Arab menggesa penduduk kawasan pinggir selatan yang dikenali sebagai Dahiyeh supaya berpindah "demi keselamatan mereka", manakala imej AFP menunjukkan kesesakan lalu lintas yang teruk ketika penduduk melarikan diri.

Netanyahu kemudian berkata beliau memaklumkan kepada Trump bahawa Israel akan menyerang Beirut jika Hizbullah tidak menghentikan serangan terhadap Israel, sambil meneruskan operasi ketenteraan di selatan Lubnan.

AS menyokong operasi Israel terhadap Hizbullah sambil berusaha mencapai perjanjian dengan Iran bagi menamatkan konflik, membuka semula Selat Hormuz dan mengenakan kawalan terhadap program nuklear Iran.

Bagaimanapun, Iran sekali lagi menegaskan bahawa ia belum memulakan rundingan nuklear dan menuntut Israel menghentikan operasi ketenteraannya di Lubnan sebelum sebarang perjanjian lebih luas dapat dicapai.

Menjelang mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Lubnan, jurucakap Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata: "Kami amat bimbang dengan peningkatan aktiviti ketenteraan di seluruh selatan Lubnan dan kawasan sekitarnya."




 

TAK PERNAH MENGUNDI


GUA TAK PERNAH

MENGUNDI

AMIN

SENTIASA GUMBIRA

BILA ANWAR

BIN IBRAHIM

KENA SERANG

KHALAS 

Unknown commented on
 "DUN JOHOR BUBAR"

kau pengundi di johor ke? yang terpekik terlolong dabik dada sana sini kenapa? dapat wang dari si sembab ke? kah kah kah!

WAJIB MEMBACA



BUKAN ALIRAN

APA YANG DI IKUTI

AMIN

TAPI WAJIB

MEMBACA APA

CHEMTRAILS

AMIN

Unknown commented on
 "DARI SARJANA KIMIA"


isham aliran sastera. tengok garisan di awan pun dah tuduh orang nak racun kepala hotak dia. macam dia tu ada ilmu hebat sangat. lanciaolah wei! kah kah kah!



 

PAGI INI


PAGI INI 





PAGI INI

SELASA 2 JUN 2026

PERANG HARI KE 95

GENCATAN SENJATA MASIH BERJALAN


TERAM TERUS PUTAR ALAM
Hari hari Mat Teram umum rundingan sedang berjalan – tapi hasil taraaak kah kah kah.

Zionis Israel terus serang Lebanon.

Iran  buktikan amaran dengan serangan keatas Kuwait.

Harga minyak terus naik.

IRAN TERUS KUTIP DUIT TOL DI SELAT HORMUZ – Amerika  tak dapat buat apa pun – kah kah kah

UKRAINE – Rusia terus bedil Ukraine – kini dah tak jadi HOT NEWS  lagi – kah kah  kah – TUNGGU MASA NAK RAHAI.

BANGSA JOHOR
KAH KAH. KAH
Kah  kah  kah – MB JOHOR CAKAP DAN TERUS BUAT  - Masa Konvensyen PH di JB Madafaka Anwar Bin Ibrahim  marah bukan main – SEKARANG MADAFAKA NAK BUAT LANCHAU APA ? kah  kah  kah.

AGONG mahu UMNO kembali berkuasa – bukan saja d Johor malah di seluruh negara – kah kah  kah –

RAJA RAJA MELAYU mahu UMNO kembali berkuasa – justeru Najib akan di bebas jeng jeng jeng.

MB JOHOR tak peduli apa kata Zahid bin Hamidi -  Onn tak ambil pot  - kah kah kah  

NOTA : AGUNG CAKAP HAL MEI 13  KETIKA BERTITAH – jeng jeng jeng Amin.

HOKKIEN
Pagi ini kering sejuk kelam. Matahari tak muncul. LANGIT KELAM.  KL & KL Sentral berkabus nipis – kemarin tak hujan.

Di Pintu Masuk simponi Cengkerik bermain – wow gumbira sekali. Terkukur berlagu di atas bukit.

Jalan kosong – hanya Puppy Itam berdiri solo. 

Gua panggil PUCI PUCI PUCI – Siti muncul dan yang lain datang berlari – Tiong Laki Bini berlabuh sam. Ramai makan pagi ini.

Paling menggembirakan ialah Puppy Itam yang kurus  comot  pun dah mula berani masuk makan. Gua gumbira.

Gua berjalan ke Wakaf Tiga - Jantan Baik ikut sama. Dah jadi kawan baik dengan Tak Tak - walau pun biasanya jantan suka bergaduh - kini dah jadi  teman. 

Hari ini  akan redup – ketika gua menulis – renyai turun.  Mungkin hujan petang. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SELASA

BRO
Lu nak berhibur – lu nak enjoi – lu nak gumbira – lu tak perlu orang lain – lu hibur diri lu sendiri.

BRO
Lu hidup bukan nak senangkan diri lu tapi lu nak baiki diri.

BRO
Lu kaya kerana ada waktu -  jangan gadai masa. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA