Kain rentang besar telah kelihatan dipasang di bulatan-bulatan jalan : Hadi Jadi PM.
Kain rentang ini kebanyakkannya dapat dilihat di kawasan Seberang Jaya. Muktamar Pas di Ipoh yang baru selesai telah ada 'pemintaan' agar Haji Hadi Awang dinaikkan 'pangkat' untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Haji Hadi dikenali sebagai susuk yang bertanggung jawab mengeluarkan 'Amanat Haji Hadi'. Dalam Amanat ini Hj Hadi telah mengeluarkan pendapat - sesiapa sahaja yang bukan Pas adalah 'kafir'.
Banner pro Hj Hadi yang dianggap layak untuk menjadi PM ini dilihat oleh orang ramai sebagai satu usaha terdesak United Malays National Organisation untuk memecahkan setiakawan dalam Pakatan.
Ada juga orang kampung yang melihat banner ini sebagai satu lawak untuk meng'cartoon'kan Haji Hadi.
POLIS DI TAMBAH
Di Permatang Pauh hari ini telah ada 6 ribu orang anggota polis yang bertugas. Ini bertambah satu kali ganda daripada empat hari dahulu.
Di hujung minggu Permatang Pauh kelihatan dipenuhi oleh Polis dan FRU. Di mana ceruk pun akan kelihatan anggota polis tercongok bertugas.
TERSEREMPAK DENGAN POLIS
Pagi Sabtu jam 3.40 pagi di jalan kampong Kubang Semang, saya terserempak satu kumpulan polis yang bertugas untuk mengawal dua kumpulan anak-anak muda daripada dua parti politik - Pakatan dan Barisan - yang sedang memasang sepanduk.
Pemasangan poster, sepanduk dan bendera daripada dua kumpulan ini betul berhadapan antara satu sama lain.
SILAT DAN BERSILAT
Telah diberitakan Omar Din, guru silat yang pro-United Malays National Organisation telah memanggil ahli-ahli Silat Lincah dan Selendang Merah untuk turun ke Permatang Pauh.
WAYANG BERGERAK
PKR telah membawa panggung bergerak dalam lori besar. Filem dan klip Reformasi dimainkan.
Panggung ini berpindah dari satu kampung ke satu kampung yang lain.
MAT EZAM DAN KJ
Orang-orang United Malays National Organisation di Permatang Pauh telah menolak Mat Ezam dan Khairy Jamaluddin atau KJ nama manjanya.
Laporan culaan dua hari dahulu menunjukkan Pakatan mendapat 55% sokongan manakala United Malays National Organisation mendapat 45%.
Dengan kesampaian Ezam Mat Nor dan KJ, sokongan terhadap United Malays National Organisation telah menurun kepada 30% dan Pakatan melonjak kepada 70%.
POSTER NAJIB
Di sekitar Seberang Jaya poster Najib Razak memakai baju Melayu merah kelihatan terpasang di sepanjang jalan. Silap-silap haribulan pengundi akan menganggap Najib Razak yang bertanding.
Poster Abdullah Badawi memakai baju biru dengan latar belakang biru kelihatan agak gelap dan pudar, ada juga terpasang tetapi tidak semewah dan sebanyak poster Najib.
RASTA MAN DI PERMATANG PAUH
Jangan silap baca. Poster-poster kecil yang membawa warna ‘Rasta’ Bob Marley yang tepasang di beberapa tempat di Permatang Pauh bukan daripada 'jah'. Ini adalah poster calon AKIM yang telah mula dipasang.
Berlatarkan warna hijau dan ada bulatan puting di tengah-tengah menyerupai lambang Pas. Di tengah-tengah bulatan putih ini ada warna ‘Rasta’.

Mengikut laporan Malaysia Kini, banyak poster dan risalah berbau perkauman yang melampau telah diedarkan oleh pihak tertentu di tempat-tempat yang tertentu. Adakah itu benar? Bagaimana reaksi pengundi mengenai perkara ini?
BalasPadamlaporan padat sebijik2. susah didapati di paper2 dan majalah2.pertarungan semakin sengit. semoga rakyat juga yang beruntung!
BalasPadamSemakin hari di permatang pauh, semakin hebat umpan2 ditabur. ada yang pada kail, ada juga tersangkut di pukat! Bro, ada rtikel baru menarik di blog saya!
BalasPadamhttp://www.universalkita.com
Finally PAS show their tail. Look like Anwar supporters must prepare another war after defeat UMNO. But no matter how, our Chinese still with you! DSAI. Only Anwar can be PM, no body else!
BalasPadamSalam Tuan,
BalasPadamTadi pagi saya di pasar Sbr. Jaya membelih kuih muih dan nasi lemak, terkejut saya kerana peniaga disitu lebih menumpukan perhatian menyiapkan tempahan berbungkus2 malah beribu nasi lemak dan beribu2 kuih muih yang di pesan entah dari siapa dan kenapa,
Murah betul rezeki mereka semenjak Permatang Pauh di alam pilihan raya...
Dan ada wakil petugas PAS cawangan Kuala Lumpur dan Kelantan sedang sibuk memanggil orang ramai untuk memeriksa daftar undi dengan menggunakan pembesar suara yang datangya dari sebuah lori kecik..
Meriah sungguh suasana, rasa-rasa macam di zaman dahulu kala, lori di gunakan sebagai medan mengsampaikan iklan2...
Apa pun hanya tinggal 4 hari saja lagi.. selepas ini satu agenda baru pula akan menyusul..
Malam ini.. dengar bermacam-macam cerita di mana semua bekas yang pernah terlibat dengan DSAI akan bergabung... mencari jalan-jalan terakhir atau ekhtiar yang pengabisan.. dengar kata si saiful yang mengangkat sumpah juga turun dan turut di taja bagi tujuan yang pengabisan...entahlah...
Saya berharap warga permatang pauh patut lebih waras dan berhati-hati dalam menentukan semua agenda dari ke-3, ya ke-3 pihak ini...
Salam mesra,
dari warga Permatang Pauh....
Fazrulls
Salam,
BalasPadamSelain daripada meletakkan gambar H.Hadi sebagai bakal PM, pihak BN juga dikatakan sudah mengedarkan senarai "kabinet babi" untuk mempengaruhi para pengundi di Permatang Pauh supaya menolak
Anwar Ibrahim.
Apa yang dilakukan oleh BN ini saya rasa merupakan satu taktik kotor daripada orang yang terdesak.
Ini Ustadz pernah jadi Menteri Besar cuma 1 penggal sahaja.
BalasPadamAllah swt tidak membenarnya beliau sambung ..... apa hikmah nya?
Mana Rahmat Allah yang di turunkan ke Terengganu yang membolehkan pengundi2 lantik ramai PAS & PKR supaya belaiu dapat sambung ...TIADA!
Ini adalah peringkatan kepada Ustadz Hadi supaya berfikir panjang dan ingat bahawa kaum China dan Hindia itu makhluk Allah swt jua.
Jangan terlalu taksub and campur aduk Islam dengan bangsa Melayu sangat ada hadd nya.
Ustadz Hadi perlu campur banyak sikit dan bermesra dengan Cendekiawan bukan Islam mahu pun Ulama Tulen Islam yang tahu menahu teantang Tamadun Islam dan juga Tamadun Barat/Moden Tamadun Hindu Tamadun China.
Bahkan di UIA itu terdapat belabagai madhab dan scholar2 dari merata dunia dan bijak2 belaka.
Pernah belajar dan mengajar di dunia Barat dan Timur.
Luas pandangan, mereka pun pakai baju baisa je tidak ada serban pun, tidak perlu tunjuk menunjuk ke Ilmuan mereka.
Look forward to the Dark Ages when Hadi becomes PM of Malaysia. Another Ayatollah in the making. Total disaster for the Non Muslims. Good Luck Malaysia.
BalasPadamSalam buat semua pembaca,
BalasPadamSaya minta semua warga P44 Permatang Pauh sepakat hantar DSAI masuk Parlimen dulu. Itu yang pertama perlu kita lakukan. Lantak apa strategi team Puaka tu nak buat pasni. Yang penting hantar tu DSAI masuk parlimen..P44 titik mula perjalanan Memerdekakan Rakyat.
Tentang Habisan Team UMNO be end.
Asalamualaikum
BalasPadamthe chinese are 100% solidly supporting DSAI to be the next PM of Malaysia.
to my malay and indian friends
come let us together show and prove our solidarity and rally
behind DSAI.
forget about saiful sinful or whatever fool .
Alhamdulilah everything went smoothly during nomination day.
just go all out and vote DSAI for he will not only be our MP but also our next PM for all Malaysian.
long live DSAI and may ALLAH
bless you and your family.
Ameen
3:04 AM

Nice & compact. Haha. Thanks, Isham. Found your blog yesterday.
BalasPadam