Jumaat, 22 Ogos 2008

PANDUAN UNTUK PELANCONG POLITIK

Hujung minggu telah sampai. Pelancong politik dari seluruh negara akan sampai untuk melihat dan menjadi Pak Sibuk dalam Pertandingan Agung Politik Permulaan Kurun.

Ini ialah pertandingan projek 3P - Permatang Pauh - Parlimen - Putrajaya.

Kepada Pelancong Politik sila ambil perhatian:

Semua bilik hotel dan rumah tumpangan di sekitar Bukit Mertajam/Permatang Pauh tidak ada yang kosong. Masjid dan surau juga penuh. Ada pilihan hotel di Butterworth tetapi perlu ada tempahan bilik seawal mungkin. Hotel di Sungai Petani mungkin penuh.

Bilik hotel di Pulau Pinang masih banyak. Jika gagal, tidur dalam kereta adalah yang terbaik. Sila bawa bantal dan ’sleeping bag’. Untuk mandi manda banyak stesen minyak memiliki bilik air yang cemerlang.

Makan:

Pilihan cukup lumayan di sekitar Permatang Pauh. Nasi Kandar Melayu di sebelah Masjid Kampung Pematang Semang amat baik. Tempatnya selekeh tetapi masakan cool.

Kueh Tiew Goreng Bukit Mertajam ‘cool’. Kalau hendak merayau jauh cuba di Sungai Dua. Di Sungai Dua juga ada Mee Udang. Banyak kedai/warung yang menjual mee udang. Perhatikan di mana yang banyak kereta berhenti di sana jadi pilihan.

Jangan ambil 'pot' warung burger. Tak ‘cool’.

Makanan Cina itik panggang hanya ada di Bukit Mertajam. Cun cukup cun dan murah. Kedai Mamak? Lupakan sahaja.

Rumah Urut:

Rumah urut yang ’ini’ saya belum bertemu. Tetapi untuk rehat dan merasa suasana Bangsar tanpa Mat Salleh dan Sarong Party Girl sila ke Seberang Jaya. Untuk lebih 'rilek' naik ferry ke Tanjung. Semua ada.

Membeli Belah:

Kedai Bundle cukup banyak di sekitar Permatang Pauh. Perhatikan kiri dan kanan jalan-jalan kampung akan ada kedai bundle. Lebih murah dan cukup berjenama.

Filem:

Masuk ke Bilik Gerakan PKR - video Reformasi terus menerus di tayangkan. Jika bosan pergi ke Ibu Pejabat United Malays National Organisation, ada 'filem lucah' pelakonnya Saiful dan Muhamad.

Komidi Stand Up Comic:

Ada pementasan komidi setiap malam. Tetapi agak sulit untuk mengetahui tempatnya.

Antara pelawak handalan ialah Ezam Mat Nor, Lokman Adam, Azwan Din dan mungkin juga Zahid Mat Ariff.

Tempat agak sulit jadi sila hubungi bilik Gerak Gempur Putera United Malays National Organisation.

Atau hubungi terus Khairy Jamaluddin.

15 ulasan:

  1. katak panggang juga murah dan sedap. apalagi jika dibuat goreng kunyit. saya tak taula kalau di penang. tapi di ipoh banyak dan laku.

    aku jugak mendapat maklumat yang sama... hubungi terus encik khairy jamaluddin! dia antara comittee penganjur lawak komidi.

    BalasPadam
  2. Salam Tuan,

    Ringkas dan padat info yang diberikan berkaitan dengan Panduan Pelancong Politik.. jarang-jarang suasana begini.. jadi jangan lepaskan peluang..

    Satu tempat tumpuan di Bandar Perda, disini ada pasaraya baru dibuka buat mereka orang yang berada....terutama dari ibu kota..

    Dan kalau gian nak menyanyi di sini juga banyak... carilah bandar perda...dan bandar sunway...


    Salam mesra..

    Fazrulls

    BalasPadam
  3. gua caya la sama lu your best article yet tak habis gelak.tq bro

    BalasPadam
  4. abg isham,
    bawah highway BKE bleh lepak..
    Saya tengok ada kosong lagi...hehehehe

    BalasPadam
  5. klu nak tau apa2 lagi pasai pmatang pauh tanya aq...aq bley bagitau apa2 saja...

    BalasPadam
  6. sorry..ada pembetulan sikit ya.. bukannya Masjid Permatang Semang..tapi Masjid Kubang Semang..yang pasti memang makan dekat gerai sebelam masjid tu best..gerai Omm orang san panggil..kuih yang di jual depan kubur pun best..kalu nak makan laksa beras.. pi kat pekan penanti..best.....

    BalasPadam
  7. Ok Saudara,

    saya suka laporan anda utk hari ini, esok jangan lupa kalau ada yang nak jadi pemandu pelancong, anda mungkin suruh min buat, dia cuti 2 hari.....

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    BalasPadam
  8. jgn lupa.......
    seafood kat bukit tambun
    mee udang kuala juru "restoran jamu selera"
    nasi beriyani restoran hameediyah penang road.

    BalasPadam
  9. char kuey teow bukit mertajam memang chempiang la! IS CHAR KUEY TEOW nama warung tu..kat simpang atas sikit dari balai polis.

    hotel memang penuh sampai ke sg petani dan georgetown. tapi mungkin terselit 1-2 bilik..kena cuba lah.
    sapa2 yg nak squat tapi terlupa bawak sleeping bag, bantal atau comforter boleh cari kat summit shopping complex. nak yg murah cari kat bundle...kalau berbau boleh hantar dobi kat taman usahaniaga, bukit mertajam. oh ya! tak byk kedai dobi kat area sini..setakat ni cuma di tmn usahaniaga dan sg rambai je yg dpt dikesan.

    BalasPadam
  10. bro hisham, blog luh best betul.. cara penyampaian lain dari yang lain... best betul. 5 star utk abg hisham!

    BalasPadam
  11. InsyaAllah saya juga akan berada di sana sebagai pelancong politik seperti saudara....

    BalasPadam
  12. kenapa baru hari ni aku jumpa blog ni? tuan tanah tukartiub ni punya gaya yang cukup berbeza. tahniah.
    pasal fru yang menderu-deru tu, aku tengok tadi rombongan pelancong berkenderaan merah melalui usm kubang kerian. meriah juga nampaknya. stop kat lampu isyarat aku tanya dgn bahasa isyarat kat ahli yang duduk berborak dalam belakang trak merah belakang sekali, "Nak gi mano?" Dengan bahasa isyarat la. Mereka jawab ramai2 dengan ceria, "Permatang Pauh." Aku pun angkat thumb up. Tapi depa bagi thumb down!?
    Ceria agaknya pasal dpt melancong. Thumb down agaknya mungkin kena tidur dalam trak aje. Hotel sana penuh kan? hu hu hu..

    BalasPadam
  13. salam,
    apsal saya baru jumpa blog abg hisham ni?terlambat dan rugi betul. Best and fun la bro!!

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum Tuan Direktor!

    Saya amat berterimakasih pada tuan kerana cara blogging tuan kali ini amat padat dan tepat sekali!

    Entertaining blog by a true professional!

    Keep it up sir!

    BalasPadam