Selasa, 30 September 2008

BERITA YANG PALING DITAKUTI

Adalah diberitahu bahawa Hari Raya pada Rabu ini telah dibatalkan kerana sebab-sebab teknikal….. inilah berita yang amat-amat ditakuti semasa saya membesar dahulu.

Kami, kanak-kanak selalu berlabon sesama sendiri hal ini. Kalau mereka bolih istiharkan hari raya maka mereka boleh juga membatalkan hari raya.

Bayangkan betapa takutnya kami di Jelebu kalau-kalau hujan lebat di Port Dickson. Apa akan jadi dengan anak bulan tenggelam dalam kabus. ( Sila dapatkan Off The Edge – keluaran terbaru – ada tulisan saya tentang puasa/raya – iklan kapitalis)

Tahun ini – 2008 – saya dengar di Eropah dah raya hari ini - Selasa. Betul ke ? Kenapa tak sabar-sabar. Tak kan kerana MU main petang esok depa semua nak hari hari ini.



4 ulasan:

  1. Pak Isham,

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri; Eid Mubarak.
    London kemungkinan beraya esok jugak tapi kalau ikut ahlul-bayt, mungkin raya Khamis. Di sini masih tengok anak bulan jadi malam ini kena telefon masjid ataupun check internet; banyak masjid di London dah ada web page sendiri.

    BalasPadam
  2. hahaha...siam pun sama

    BalasPadam
  3. London raya Selasa brader.

    minot

    BalasPadam
  4. nonama:

    Kami kat Bahrain raya hari ini 30-Sep-2008. Bagi yang Syiah pula, raya esok, macam Sunni Malaysia.

    BalasPadam