Selasa, 30 September 2008

SELAMAT HARI RAYA DARI TUKAR TIUB

Curvey, Siti, Mami dan saya mengucapkan selamat hari raya kepada pembaca tukar tiub.

Saya akan pulang ke Jelebu di Negeri Sembilan untuk makan tapai. Kucing saya yang tiga ekor ini tinggal di rumah kenduri makan friskies dan air sejuk. Raya tahun ini mereka menerima dua ekor tamu baru – adik beradik mereka – yang dulunya diambil pilihara oleh keluarga yang lain.

Walau pun hari baik bulan baik – kucing-kucing ini – amat susah hendak berkawan. Bercekak dan menderam setiap masa. Nampaknya anak sudah tidak kenal ibu lagi. Abang sudah tidak kenal adik lagi.

Jadi raya ini jangan jadi macam kucing saya. Tak perlu bercekak dan menderam. Senyum dan ketawalah apabila makan tapai.

Tukar tiub tidak akan ada posting baru kerana di kampung teknoloji tak ada. Talipon bimbit pun tak ada line. Inilah indahnya duduk di pendalaman – kita tidak di ganggu modeniti.

Selamat Hari Raya – jangan melopong depan tv. Padamkan Tv dan berlabon sesama sendiri. Harap dapat jumpa lagi.



15 ulasan:

  1. Semoga Amal Ibadah Puasa kita nanti diterima Allah Ta'ala..

    Selamat Hari Raya saya ucapkan kepada " TUKAR TIUB " & semua muslimin dan muslimat....

    BalasPadam
  2. Salam..

    Selamat Hari Raya kpd Bro Isham, Bloggers dan semua pembaca. Tanpa mengira siapa anda dan berparti apa.. Selamat menjamu selera, selamat memandu, semoga sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat dan sejahtera.

    Salam EidulFitri 1429H.

    Harapan Baru Untuk Malaysia.


    *OrangKedah

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Raya kepada Pak Isham dan semua pungunjung laman web ini ....

    Tokaji..

    BalasPadam
  4. ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan SHR Aidil Fitri buat bro and family..memang seronok suasana di pendalaman...(lagi seronok kalau boleh balut sebatang dua..kepala penuh,senyum memanjang..)

    BalasPadam
  5. Salam aidilfitri Sham,

    selamat balik kampung, sampaikan salam pada orang kampung, aku dah bepuluh tahun tak raya di kampung.

    orang klawang...

    BalasPadam
  6. Selamat Hari Raya kepada semua.

    BalasPadam
  7. Selamat Hari Raya Aidilfitri abang Isham.



    Ngah.

    BalasPadam
  8. selamat raya bro.hisham...bergembira sentiasa maaf kalau ada salah...k'salam orang kampung..

    BalasPadam
  9. Selamat hari raya aidilfitri bung Isham!!! :)

    -AmBu

    BalasPadam
  10. Salam Tok Hisham,

    Happy E'idul Fitr Mubarak Wa Rahmah..

    Mudah2an amalan kite sepanjang pose ni diterima oleh-NYA...

    Amin..

    Mudah2an..

    BalasPadam
  11. Selamat hari Raya Bro Isham....
    Semoga dpt beraya dgn family dgn aman....kita org setia menunggu disini...harap ada info yg meletup lepas raya nie...."Selamat Hari Raya Semua"

    Zaini76

    BalasPadam
  12. selamat kenduri tapai bro......

    papahal baju melayu raya yg 3 tahun dulu tetap akan dipakai esok...barulah kool

    BalasPadam
  13. Selamat Hari Raya kepada saudara Isham!

    AM

    BalasPadam
  14. Hisham!
    I was supposed to go with peter and gang, ikut u balik kampung, makan2! terlepasss! haha
    see you soon!
    and Selamat hari Raya!

    BalasPadam